JANGAN 'BUKA DIRI'


"Takutnya...nanti Ummi tolong delete gambar-gambar Kak Long dalam blog dan Ning ye..."demikian respond Kak Long tatkala saya menunjukkan satu emel yang diterima.


Emel itu merupakan satu pendedahan mengenai salahguna gambar-gambar wanita Muslimah yang telah elok menutup aurat, tetapi dengan menggunakan teknik superimpose dan sinar x-ray, 'gambar' yang telah diedit tersebut dikatakan boleh 'menampakkan' anggota dalaman yang sepatutnya tidak dipertontonkan.


Saya tidak mengetahui apakah kemungkinan benar perkara itu berlaku. Namun, walau apapun, saya berpandangan Muslimah hari ini sudah terlalu berlebihan menonjolkan diri mereka kepada umum lewat gambar-gambar di blog, FB, Friendster dan laman-laman sosial yang lain.


Saya masih ingat, kalau dulu, jika hendak menatap gambar teman-teman, peluang itu hanya ada ketika bertandang ke rumah mereka. Gambar-gambar peribadi, baik menutup aurat atau sebaliknya tidak sewenang-wenangnya diperlihatkan kepada yang bukan ahli keluarga. Semuanya tersimpan kemas di dalam album gambar masing-masing.


Akan tetapi kemodenan peralatan dengan dunia tanpa sempadan hari ini, menjadikan Muslimah semakin 'membuka diri'.


Saya selalu terfikir hal ini, adakah pendedahan kerap gambar-gambar mereka dengan pujian yang diterima baik dari teman-teman wanita atau lelaki pastinya, mendatangkan kebaikan atau sebaliknya?


Apakah mungkin akan timbul di hati lelaki yang menatap gambar-gambar mereka ini, perasaan yang tidak sepatutnya ada.


Contoh : A ( seorang lelaki ) yang merupakan teman sepermainan B ( seorang wanita cantik yang telah bersuami ) semasa kecil melihat gambar B di laman FB...terdetik di hatinya :


"Kalaulah B jadi isteriku....alangkah bertuahnya..."


Akhirnya, saya suka mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, marilah kita menjauhkan maksiat hati sebegini. Bimbang, jika maksiat yang dianggap kecil dan remeh ini menjadi punca berlakunya banyak perceraian dan perselisihan suami isteri hari ini.


Kepada adik-adik Muslimah yang belum berumahtangga, jaga dan lindungilah kecantikan anda...Keindahan dan kejelitaan bukan untuk dipamer dan dijaja. Kecantikan anugerah Allah adalah hadiah eksklusif buat seorang sahaja di dunia..iaitu lelaki bernama suami.


Semoga kalian dianugerahi lelaki yang beriman dan soleh.. bahagia di dunia, bahagia juga di akhirat sana.


"Jagalah Allah, Allah akan menjaga kita". InsyaAllah


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

fArhAnA said…
"Semoga kalian dianugerahi lelaki yang beriman dan soleh.. Bahagia di dunia, bahagia juga di akhirat sana."

amin..
Naj said…
semoga Allah menjaga kita semua sbg wanita solehah..ustazah, mohon utk share di fb ye:)
keropok segera said…
suke dengan entri ni
Unknown said…
Salam Ummu Husna. Saya memang setuju sangat2 entri nie. ini yang dikatakan oleh suami saya ketika saya berniat untuk akfit dalam fb. Mula2 saya menentang dengan mengatakan suami saya tidak berfikiran terbuka. Saya termenung panjang memikirkan arahan atau lebih senang buah fikiran suami... setelah saya tenung dengan lebih dalam saya terima kata2 suami itu adalah tanda sayang dia kepada saya dan tanda dia seorang suami yang menjaga hak dan maruah isterinya.
Izzah said…
salam kak..

harap dipelihara oleh Allah selalu..

"Semoga kalian dianugerahi lelaki yang beriman dan soleh.. bahagia di dunia, bahagia juga di akhirat sana."

amin...
Salam kak Ina,

Terima Kasih atas doa akak untuk kami.

Amin ya Rabb.
atie said…
Salam..

ada ye perkara2 yang macam tu.... bahaya gak kan post gambar dalam internet nie...
'ain said…
ermm...agak2 ustazah, na ada buat tak perkara di atas?...
NuR said…
Assalamualaikum ustazah ina..
Ustazah ade buat ceramah on9 lg x?
kalau ade,ape website die yer?
ameena said…
Assalamua'laikum Ustazah,
Bagaimana cara terbaik utk memberi tahu sahabat kita utk tidak meletakkan gambar kita di dalam fb atau frienster...bukan apa, kdg2 bkn kita yg paparkan, tp pihak lain yg buat..minta pendpt ustazah..
mrsbad said…
Salam ukhwah ustazah..
Terima kasih atas perkongsian ni.
sy ada terima sms tntg info ni namun tdk pasti kebenarannye.namun sy sudah mula mendelete gmbr2 di FB dan frenster sjk menerima sms tersebut. Posting ustazah ni menyedarkan sy lagi betapa seorg muslimah amat bertggjwb dlm menjaga diriNya sndri agar sntiasa terpelihara. Terima kasih :)
Raihana Bahru said…
salam..
syukran perkongsian yg sgt bermanfaat ustazah.Pendapat ana,kalau kita nak delete,niat betul2 kerana apa kita nak delete.Moga kita betul2 diberi kekuatan nak bermujahadah.Cuma ana nk mintak pandangan ustazah,bagi kita yang faham situasi ini,alhamdulillah kita boleh fikir dan terima.Tapi bagaimana kita mahu sampaikan kepada sahabat2 kita yang kurang memahami mengenai bahaya memaparkan gmbr2 peribadi dengan cara yang lebih berhemah?Mohon pndngn ustazah..syukran.
Salam semua,

FARHANA : Sama-sama kita mendoakan, ameen, ameen.

PUTERI ZUNNURAIN : Ameen Ya Rabb. Silakan ukhtie, jazakillah :)

KEROPOK SEGERA : Ringkas sahaja. Semoga ada manfaat di dalamnya.
MLASYLKL : Alhamdulillah, benar dan amat baik nasihat suami saudari. Teknologi yang ada di depan mata harus kita manfaatkan untuk kebaikan diri, masyarakat dan agama pastinya.

Jika tidak, pelbagai masalah akan melanda sebagaimana yang banyak berlaku hari ini, kesan dari kita tidak mentaati dan menjaga hukum Allah sebaiknya.

Hikmah yang terdapat dalam perintah Allah agar kaum wanita menutup aurat dan tidak menonjolkan diri sudah semakin sirna.

Justeru, mari kita saling mengingatkan. Mudah-mudahan kita semua berolah rahmat daripada Yang Maha Esa.

Tahniah saudari kerana taat suami :) Alhamdulillah
IZZAH : Sama-sama kita berdoa dengan hati yang tulus dan pasrah demi mengharap redha dan cinta-Nya..

Rabbi, anta maqsuudi, wa ridhaka mathlubi...
TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM : Alhamdulillah, tolong doakan Kak Ina juga ye :)

KHAIRUNNISA' : Hanya kepada-Nya kita berlindung dengan menyegerakan amal dan ketaatan sebagaimana yang diperintahkan.
ATIE : Dunia tanpa sempadan...

'AIN ( NA ) : Rasulullah SAW berpesan :

" Istafti qolbaka, birr ma itma'ann ilayhi nafs wa atma'anna ilayhil qolb wal ithmu ma haka fi nafs wa taroddod fi shudduur "

Mafhumnya : Mintalah fatwa (nasihat) pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang, dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hati gelisah.

Semoga Allah menunjukkan kita kebenaran dan petunjuk-Nya.
NUR : Maaf dik, dah lama Kak Ina tak buat kuliah online. InsyaAllah jika ada, Kak Ina akan warwarkan dalam blog ni :)
INA : Pertamanya, saudari boleh remove tag paparan gambar yang dihantar.

Kemudian, beritahu secara baik beserta sebab-sebab dan minta kawan hormati pendirian saudari supaya tidak meletakkan/tag atau seumpamanya gambar-gambar saudari.

Seterusnya, banyakkan berdoa agar Allah membuka hati kawan-kawan untuk turut tidak mempamerkan gambar-gambar terutama yang tidak menutup aurat.

Semoga membantu :)
NORHAMIZAH : Ye, betul...tubuh kita, tanggungjawab kita.

Segalanya akan dipersoalkan nanti di akhirat. Pada hari mulut-mulut terkunci rapi, yang boleh berbicara adalah anggota tubuh untuk menjadi bukti kebesaran dan keadilan Allah kepada manusia.

Allahu Rabbuna, bantu kami memperbaiki diri..ameen.
RAIHANA : Perintaha Allah agar wanita duduk diam di rumah jika tiada sebarang urusan yang berkehendakkan mereka perlu keluar, seperti menuntut ilmu, bekerja menambah ekonomi keluarga, mendapatkan rawatan atau nasihat perundingan dan lain-lain yang diizinkan agama, dengan manfaat agar nilai dan harga diri wanita sebagai perhiasan dunia yang indah dapat terus dipelihara.

Firman-Nya :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرً

Maksudnya :"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Ayat ini menggesa wanita agar tetap tinggal di dalam rumah. Walaupun zahir ayat ini ditujukan kepada para isteri Nabi SAW, namun wanita selain mereka termasuk di dalam ayat ini dari sudut manfaat dan maknanya.

Perlu juga difahami bahawa maksud dari ayat ini bukan untuk membatasi ruang gerak seorang perempuan atau mengurangi peranannya di dalam masyarakat, tetapi hakikat dan maksudnya adalah untuk mengatur bagaimana seorang perempuan tatkala keluar dari rumahtangga agar tetap selari mengikut syari'at.

Sayangnya, ramai yang telah terlupa tentang ini dan 'membuka' diri dengan menggunakan hujung-hujung jari mereka sahaja.

Ramai Muslimah mengerti, bahawa diri wanita ini berharga, bak tagline satu iklan :

"Kerana dirimu begitu berharga"

Barang berharga bukan untuk dipertontonkan semahunya, tetapi disimpan sebaik mungkin agar nilai yang ada padanya kekal terjaga dan terpelihara.

Jika zaman ibu-ibu kita dulu, nak menatap gambar tunang pun susah. Gambar yang diberi, jika ada, hanya sekeping dua. Disimpan di bawah bantal atau di dalam dompet sebaiknya..tetapi hari ini..gambar dengan pelbagai gaya boleh dilihat di mana-mana laman sosial yang ada, dan oleh sesiapa saja.

Tiada lagi hak istimewa, hilang sudah seri rindu dan cinta.

Bagaimana keberkatan akan hadir dalam perhubungan halal yang telah atau bakal terjalin, jika wanita sendiri mempamer diri semahunya?

Pujian manusia hanya sementara, pujian dan kemuliaan daripada Allah yang kita harapkan sentiasa.

Semoga kita terus berusaha meraih kemuliaan itu dengan taufiq dan inayah Allah jua.
~fam~ said…
sungguh!
amat terkesn di hati.....
tq sis....
Unknown said…
Salam kak Ina,

Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga...ingatan buat diri sendiri jua. Moga kita termasuk di dalam lingkaran yang selalu menjaga dari segala segi. InsyaAllah...

-ibunoor-
Ruwaida Ridzwan said…
mohon share di blog ye...=)
bukanfarah said…
satu benda yang kita/saya abaikan.
hanya kerana taknak dicop pemikiran tertutup.


tapi sejak dapat satu vid & artikel mcm ni. mula terfikir,apa sebenarnya.


thanks for sharing.

btw,langkah pertama spt hidekan semua photo berjaya saya lakukan.harap-hrap ada istiqamah dalam hal dianggap-konon-kecil.

cuba untuk ke step seterusnya.doakan saya.:)

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA