PUTERI AYU UMMI ..


Saya suka memasak. Sejak kecil, saya gemar melihat emak memasak. Dari situ, saya memberanikan diri mencuba. Bermula dengan resepi yang mudah dan ringkas hingga kepada resepi yang agak remeh dan sedikit sulit penyediaannnya.

Ia akhirnya menjadi hobi sekaligus satu terapi yang cukup baik kala saya berdepan kebosanan. Ketika memasak dan mengadun bahan-bahan, saya melepaskan tekanan, melegakan ketegangan masalah, cuba berkreativiti dengan resepi yang saya temui di internet atau majalah.

Dalam kepelbagaian ragam masakan yang ada, saya paling berminat mencuba resepi kuih muih Malaysia. Lebih-lebih lagi tatkala jauh di perantauan. Serba serbi perlu dimasak sendiri. Apabila keinginan bertandang untuk mencicip kuih-muih tempatan, saya mula bergelanggang di dapur walaupun masa yang diambil mungkin panjang.

Oh! Di Leicester ini bukannya tidak punya pilihan.

Makanan bercirikan tempatan, segera lagi halal dari tradisi masyarakat India, Arab dan Pakistan memang banyak dijual di restoran-restoran. Malahan, kuih muih masyarakat imigran itu juga banyak dijual di kedai-kedai manisan milik mereka. Cuma saya dan keluarga lebih berselera dengan citarasa Malaysia dan Asia Tenggara.

Masih tidak boleh berenggang dari kombinasi rasa masin, masam, manis dan pedas.



KUIH ?
“ Ummi, Kak Ngah teringin nak makan kuih hijau yang macam bunga tu,” suatu hari anak kedua saya menyatakan keinginan.

Saya mengerutkan dahi cuba membayangkan kuih yang dimaksudkan.

“Kuih apa, Kak Ngah ?” saya bertanya inginkan kepastian. Sungguhpun saya tahu, Kak Ngah juga tidak pasti nama kuih yang diinginkannya, saya hanya mahu dia memberikan pembayang lain untuk kuih berkenaan.

“Ala, yang ada kelapa, warna hijau macam bunga tu...Ummi buatlah..” tambah Kak Ngah penuh harapan.

“Oh..kuih Puteri Ayu ye..” saya cuba meneka.

“Ye agaknya..” balas Kak Ngah ringkas.

“InsyaAllah, nanti Ummi buat. Ada satu bahan yang tak ada..” jelas saya. Kak Ngah mengangguk walau ada sedikit riak kecewa di wajahnya.

Saya tahu dia sangat gemar kuih Puteri Ayu. Namun, untuk membuatnya, saya memerlukan satu bahan yang dinamakan ovellate.

Sewaktu di Malaysia, jika saya dan anak-anak teringin memakan kuih Puteri Ayu, saya hanya membelinya dari gerai-gerai tepi jalan, terutama pada waktu pagi buat hidangan sarapan.

TIDAK PASTI
Sehinggalah pada suatu hari, seorang teman yang baru kembali dari Malaysia, memberikan saya sebekas kecil ovellate untuk digunakan. Betapa gembiranya saya.

Walaubagaimanapun, secara kebetulan, seorang teman yang lain ada bertanyakan kepada saya tentang status ovellate yang biasanya hanya dijual di dalam bekas jernih tanpa apa-apa label. Beliau diberitahu oleh seorang rakan, tentang ketidakpastian bahan-bahan yang ada di dalamnya. Tidak kurang juga ‘khabar-khabar’ yang mendakwa ia diperbuat dari unsur tidak halal.

Justeru itu, saya menangguhkan dahulu hasrat untuk menggunakan bahan tersebut kerana jujurnya, saya sendiri tidak begitu pasti apakah ovellate dan dari bahan apa ia diperbuat.

Semoga Allah mengampuni saya atas kelalaian tentang perkara ini.

TENTANG OVELLATE
Apa yang pernah saya temui di kedai-kedai, ovellate, seakan-akan mentega, cuma ia berwarna oren dan lebih jernih. Memang benar, tiada sebarang logo halal disertakan pada bekasnya. Dan lagi, ia banyak digunakan untuk membuat Puteri Ayu, kek chiffon, kek coklat, kek pisang dan beraneka jenis lagi kek-kek moden masa kini.


Ringkasnya, ia digunakan sebagai bahan tambahan untuk menghasilkan kuih atau kek yang lembut, gebu dan halus teksturnya. Penggunaannya tidak perlu banyak, cukup hanya sesudu dua mengikut sukatan.

Justeru, untuk lebih meyakinkan, saya berusaha mendapatkan maklumat. Berikut adalah hasil carian saya melalui google.com :

** This is Ovalette, also known as Sponge Cake Stabiliser.

They are always sold in clear, tacky plastic containers and can be purchased very cheaply (about RM 3 to 4 / 250gm). It is commonly used in sponge cakes because it helps keep the batter airy. Just a small dollop will give you a very light and cottony soft cake.
If you are wondering what it is made of, these are the ingredients on the label: Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine and Water. In summary, it's an emulsifier.
( source )

** Ovelette is the brand name of surfactant (SP) or emulsifier.

Emulsifiers : A typical emulsifier is produced from oil and glycerol. It enables two immisible phases to form a stable emulsion. It consists of a water-loving hydrophilic head and an oil-loving hydrophobic tail. The hydrophilic head is directed to the aqueous phase and the hydrophobic tail is directed to the oil phase. The emulsifier positions itself at the oil/water or air/water interface and reduces the surface tension and stabilizes in this way the emulsion. They also have the ability to interact with other food ingredients. In this way many functional roles in food are fulfilled, for example interaction with proteins or carbohydrates. The emulsifier may be an aerating agent, a starch complexing agent and/or crystallization inhibitor. ( source )

USAHA
“Hmm..macam mana ni ye? Semua maklumat yang ada kurang meyakinkan..” keluh saya sendirian.

Memang benar, dari sekian banyak maklumat yang diperolehi, saya akui, tidak ada satu pun yang dapat memberikan jawapan tepat tentang status sebenar ovellate. Inilah yang menggusarkan sedikit rasa hati saya sebagai seorang Ummi. Sebolehnya, saya mahu memenuhi kemahuan Kak Ngah untuk memakan kuih Puteri Ayu kegemarannya.

Tapi bagaimana ?

Saya tetap tidak berputus asa. Ikhtiar diteruskan dengan mencari bahan yang mungkin boleh digunakan untuk menggantikan ovellate sebagai bahan pelembut Puteri Ayu idaman. Doa saya, agar ada bahan lain yang dapat memainkan fungsi yang sama, dan paling utama ianya halal tanpa sedikit pun keraguan.

Pesan Rasulullah SAW :

“ Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan.” ( Hadis riwayat at Tirmizi dan An Nasai ).

Usaha dan doa saya berhasil. Dari laman web ini, saya beroleh maklumat yang dikehendaki.

Menurut pengalaman penulisnya, Ovellate boleh diganti dengan menggunakan susu pekat manis.

Oh! Mujur ada sedikit lagi di dalam peti ais.

Alhamdulillah.

RESEPI PUTERI AYU
Saya segera mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Syukur semuanya masih ada. Resepi asal saya perolehi dari laman myresepi.com :

3 biji telur
200 gm gula Melaka
50 gm gula putih
2 sudu besar susu pekat manis
300 gm tepung naik sendiri
140 ml susu segar

Saya memulakan kerja memasak dengan memutar telur bersama-sama gula Melaka, gula putih dan susu pekat manis sehingga kembang. Kemudian, saya masukkan pula tepung bersilihganti dengan susu segar, dan adunan tersebut diputar lagi sehingga sebati.

Sementara untuk bahagian kelapa, saya menggunakan secawan kelapa kering, satu sudu besar tepung ubi, sedikit air dan sedikit garam. Saya gaulkan bersama sebelum memasukkan campuran berkenaan sebentar di dalam ketuhar gelombang mikro. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kelapa yang agak lembap.

Setelah itu, barulah saya menyapu acuan dengan sedikit minyak masak. Saya masukkan pada bahagian bawahnya dengan sedikit inti kelapa sambil ditekan sehingga mampat dan padat. Akhir sekali, saya menuangkan adunan dan mengukus selama 5 minit.

PUTERI AYU UMMI
“Anak-anak..Puteri Ayu dah siap,” saya menjemput kempat-empat permata hati saya ke meja makan. Paling gembira dan teruja tentulah Kak Ngah. Cepat sahaja ia menjawab panggilan saya bila melihat kuih kegemaran.

Bagai tak sabar, terus sahaja mahu dimasukkan ke dalam mulut yang dinganga besar.

“ Hmm…nak makan Puteri Ayu, akhlak pun kenalah ayu juga,” tegur saya agak sinis. Tersengih-sengih Kak Ngah mendengarnya. Baru menyedari, doa dan basmalah belum dibaca.

“Ala..kalau dah termakan sebelum baca Bismillah, macam mana Ummi?” soal Kak Ngah.

“ Baca begini : Bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu,” saya menjawab. Kak Ngah mengikut dengan senang hati.

“ Ha..macam ni..barulah jadi Puteri Ayu Ummi,” saya menegaskan dengan iringan senyuman. Terasa puas dan bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan Kak Ngah sekaligus menunjukkannya adab seorang Muslimah.

Alhamdulillah..

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.


Comments

Nisha said…
Assalamualaikum semua
Wah bestnya. akak belum pernah cuba buat kuih puteri ayu.

Kita serupa
cara tak sama
ilmu jauh beza
Namun sama matlamatnya.

Wassalam.
Unknown said…
Itulah ye kak...di perantauan, banyak menguji kita lagi...ini baru bab nak memilih makanan halal tentu banyak lagi hal-hal lain yang teruji kan kak? Seperti biah yang sesuai untuk anak-anak dan yang selainnya. Tapi dari cerita-cerita akak...insyaAllah akak dan keluarga dapat menenganinya dengan baik. Bertuah jadi orang yang berilmu ni.

Sedap nampak kuih! Belum pernah lagi membuatnya. Boleh cuba resupi akak pula selepas ini insyaAllah. Terima kasih ya kak Ina dan berkongsilah lagi...

-ibunoor-
Fazlinil Irma said…
jazakillah khair kak ina atas perkongsian tentang ovellate..

cantik kueh akak =)
Anonymous said…
salam kak ina,
mmg kebanyakan ovellete yg ada di pasaran diragui status halalnya. tu lah untungnya jd cikgu ert, semua bhn masakan kena lebih arif dr org lain..hehe..
mmg betul susu pekat manis boleh ganti sbg pelembut dlm masakan roti dan kuih muuih. cth lain: cuba kak ina masukkan susu pekat dlm adunan cekodok pisang, sy jamin, cekodok tu akan kekal lembut sampai ke malam!
ok, slmt mencuba dan semoga air tgn kita sbg ibu mnjd penyubur barakah dlm diri anak2...
salam kaka...saya tak pernah buat kek dan tak kenal apa itu omelette....cantik puteri ayu itu...
kak long said…
nampak sedap kuih puteri Ayu tu.....thanks Ina bagi resepi tuu..nanti boleh buat kat umah....
'ain said…
na pun suka memasak, cuma x pernah buat kuih @ kek selain jemput2 hehe. Cuma baru2 ni, cuba buat mee goreng, tapi termasin lak pula
Klinik Ummi said…
Aslkm Dik Ina.

Betullah dik..kenapa ovalette ni tak ada yang dipasarkan dalam bekas yang berlabel ek?Agaknya siapa yang selalu beli bahan-bahan kek kat Malaysia ni boleh tanyakan penjual untuk kasi tengok kat kita bekas asal yang berlabel..

Terimakasih Dik Ina atas panduan terbaru ni.Hmm..lepas ni akakpun nak cuba guna susu pekat manis juga sebagai bahan pelembut,InsyaAllah...
Hi, the description of Ovalette was written by me. You can see it on my blog here:
http://thelittleteochew.blogspot.com/2009/09/what-is-ovalette.html

Kindly credit my blog accordingly. The "source" is certainly not from kejusedap facebook page.

Thanks.
Salam,

KAK NISHA : Boleh cuba kak. Kak Nisha lebih mahir bab masak memasak ini berbanding saya :)

Walau apa pun jalan yang kita tempuh, semoga jalan tersebut adalah jalan yang diredhai Allah SWT.
SATU : Alhamdulillah, terima kasih atas doa dan kata-kata yang amat menenangkan itu, Noor.

Memang hidup di perantauan ini banyak dugaan dan cabaran terutama dalam membesarkan anak-anak. Di sini peranan seorang ibu dan bapa sangat penting demi memastikan dalam diri anak-anak, tetap teguh jati diri mereka sebagai orang Melayu, dan lebih khusus dan utama sebagai seorang Muslim sebenar.

Doakan kami semua di perantauan ini ye :)

Walaubagaimanapun, itu semua rahmat dari-Nya jua.Jika ia ditangani secara positif, setiap cabaran yang hadir pasti dapat lebih mematang dan mendewasakan kita.

Bab kuih Puteris Ayu tu..cuba..jangan tak cuba Noor :)
FAZLINIL IRMA : Terima kasih kembali atas kunjungan dan maklumbalas dari Irma. Sumber sebenar tentang ovellate telah Kak Ina betulkan. Mungkin boleh berkunjung ke sana pula untuk mendapatkan lebih ilmu tentang masakan.

p/s : Puteri Ayu tu...asal boleh makan Irma ;)
ADILAH : Alhamdulillah, tu lah yang bagusnya dapat bersahabat dengan cikgu ERT ni. Dapat berkongsi ilmu dan pengalaman juga.

Wah..boleh cuba nanti masukkan susu pekat manis dalam cekodok pisang.

Biasa Kak Ina buat cucur, nak lembutkan..hanya masukkan 3 sudu besar minyak gorengan dalam adunan tepung.

Alhamdulillah, dapat satu petua baru. Jazakillah Cikgu ;)
MAZ : Tak pe Maz..Maz ada kemahiran jahit menjahit. Cantik hasil jahitan manik Maz tu :)
NAZAWANI : Sangat digalakkan untuk mencuba. Semoga berjaya ye :)
A'IN : Bab masak memasak ni, memang kena banyak try and error. Lepas dah sekali dua tak menjadi, kita akan belajar dari kesilapan. Tahu apa yang kurang dan apa yang terlebih.

Teruskan usaha ye A'in :) Practice makes perfect
KAK UMMI : Ina sebenarnya maat berharap ada teman-teman yang biasa dcengan bahan-bahan untuk membuat kek ini, agar dapat memberikan maklumat tentang bahan-bahan seperti ovellate ini.

Mungkin ada yang halal dijual, cuma pasarannya tidak meluas dan diketahui.

Mudah-mudahan dengan mewarwarkannnya, masyarakat Muslim kita terutama kaum wanita yang suka membuat kuih muih dan kek, dapat menggunakan bahan yang halal dan tidak meragukan.
JU ( THE LITTLE TEOCHEW ) : Hi, Ju..I do apologize for the misunderstanding and thank you very much for visiting my blog.

The actual source has been credited to your link. Hopefully, we can exchange some views on food in the future.

Thanks again.
Makbonda61 said…
Putri ayu antara kuih yang makbonda suka tapi terpaksa jauhi atas ketidak sahan ovellate,dengan informasi dari Ina,InsyaAllah kembali menerima.
'Asyida said…
Assalammualaikum..kak ina, boleh jugak gantikan Ovellate dgn Eno.
nadiah said…
Salam..
boleh sy tau email akk??ada beberapa soalan yg agk peribadi sy nk tny..
ummu said…
salam kak husna
jazakillah khu kairan katsira kak atas perkongsian pengganti ovellete. saya antara penggemar puteri ayu,anak2 pun suka.Dah lama sebenarnya tak makan kuih ni.sekarang dah jumpa cara sesuai mengganti ovellete,moga Allah ebrkati usaha murni ini.
Anonymous said…
Salam kak..insyaallah blh cuba resepi ni guna susu pekat..terima kasih atas maklumat ttg ovellete..:)
Anonymous said…
Salam husna...sorry akak ni perasan muda hehe...
Nabilatul Huda said…
Salam Ummu Husna...Terimakasih resepi ni...Akak kat Germany ni pun susah nak dptkan bahan2 spt emulgator ni..Jenuh juga cari soy emulgator..Tp tak jumpa..
cimi said…
Salam akak, macam mana nak agak sukatan susu pekat tuh dalam resepi kite? Sebab selalu ovellate tuh letak 1 sudu kecil je.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA