28 March 2010

KERANA ALAM TIDAK PERNAH BERDUSTA


Yakinlah….alam tidak pernah berdusta…

Bunga-bunga kuning itu muncul kembali…

tanpa terlewat, tanpa bertangguh. ..

Tika musim bunga datang bertamu, dia pasti ada di situ…

Pada dua mata indahnya bertemu…

Yakinlah..alam tidak pernah berdusta…

Kuning kelopaknya menceriakan suasana….

Hijau dedaunnya menyegarkan rasa…

Sebelum musim luruh menjengah pula…

Sebelum kelopak dan daunannya gugur semula…

Aku terpaku pada keindahan alam saat ini…

Sepertimana keghairahanku saat tiba musim dingin bersalji…

Putih salju memikat kalbu….

Kedinginannya…air mengalir membeku kaku…

Namun pasti…saat sinar mentari mencelah di siang hari…

Salju putih, cair dek panas cahayanya……

Air mataku menitis melihat keajaiban alam semesta…..

Betapa ia patuh pada Yang Maha Mencipta….

Bergilir tiba atas ketentuan-Nya…

Tidak pernah sekalipun ia berdusta…

Subhanallah, walhamdulillah, Allahuakbar…

MasyaAllah…

Pujian kupanjatlkan ke hadrat-Mu Rabbi...

Benarlah jika sampai masanya…

Dari barat sang mentari terbit menyinari dunia..

Petanda berakhir hayat makhluk semesta…

Yakinlah…

Kerana alam tidak pernah berdusta.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.



15 comments:

ibunoor said...

Ya benar ummuhusna...sedangkan alam juga menunjukkan 'musimnya'...inikan pula 'iman' di dada...

Semoga semua kita ketemu dgn redha illahi...insyaAllah...

bidadari besi said...

salam singgah kak..

jemput ke blog sya, ada award utk akak...sudi2lah terima ye..(",)

joegrimjow said...

ustazah tahu macam mana bunga2 kat taman taman tumbuh?
pelik jugak sebab musim gini, tanpa orang tabur benih, banyak pulak yang tumbuh

zaharuddin said...

Salam Joe,

Ummuhusna refer pada sesetengah bunga aja, kat belakang rumah kami ni pokok yang gondol tu dah berbunga kuning segar. meh la datang jika nak tengok.

abuhusna
zaharuddin abd rahman
www.zaharuddin.net

Makbonda said...

Salam. Masyaallah cantiknya......balik tanah air nanti bawa bungani balik,buat buah tangan untuk Makbonda.

nashwa said...

nashwa jugak dh jd saksi akan hebatnya ciptaan Yang Esa..

bila dari ranting kering yg sejuk tiba2 keluar kuntuman sakura..

bila sakura penuh berkembang, baru dedaun hijau menyusul..

akhirnya daun hijau memenuhi ranting tadi sehinggalah kembali kekuningan dan luruh ke bumi..

tinggal semula ranting kering tadi diselimuti salji..

sebelum sakura kembali memutik sekali lagi..

subahanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..
:)

atie said...

Salam..

Indah sungguh bahasa dan kata2....

Ummu Husna said...

Salam semua,

IBUNOOR : Kerana alam sentiasa bertasbih memuji keagungan penciptanya, sedang manusia ramai yang lalai dan leka menikmati segala keindahan dunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkannya." (Al-Hajj 22:18)

Benarlah firman-Nya yang Maha Mulia.

Ummu Husna said...

BIDADARI BESI : Ukhtie, jazakillah atas award yang diberi.

Alhamdulillah atas limpah kurnia daripada-Nya. Terasa masih belum layak menerima anugerah tersebut kerana terlalu banyak kekurangan di sini sana dalam penulisan Kak Ina.

Walaubagaimanapun, ia menjadi salah satu pemangkin buat memotivasi diri ini, InsyaAllah.

Terima kasih sekali lagi :)

Ummu Husna said...

JOE : Pertanyaan Joe tu mengingatkan pada satu filem animasi 'Bee Movie'.

Mungkin sedikit sebanyak jawapannya ada di dalam cerita tersebut.

Ummu Husna said...

ABANG : Terima kasih atas jawapan :)
Sangat menghargainya.

Ummu Husna said...

MAKBONDA : InsyaAllah. Bunga Daffodil ini mudah tumbuh dan tak mmerlukan penjagaan yang begitu rapi..cuma sesuai ke dengan cuaca Malaysia yang panas lembab tu ye ? :)

Tiba-tiba teringat kenangan di Jordan. Melihat bunga kebangsaan, Bunga Raya yang hidup dan berbunga di negara empat musim.

Ummu Husna said...

NASHWA : Terima kasih Nashwa. Boleh jadi sambungan kepada sajak Kak Ina di atas tu ;)

Kombinasi Daffodil dan Sakura.

Semuanya cantik dan indah. Subhanallah!

Ummu Husna said...

ATIE :Indah lagi kalam Allah Yang Maha Mencipta segalanya :)

Subahanallah wabihamdih, Subhanallah al azim.

شــوكـة وردة said...

salam alaik ya ummu husna.

sy suka sgt dgn entry ini..^_^

teruskan usaha ya ummu husna,,,semoga Allah meredhaimu.

buat bekalan kpd kami adik2 ini...

wassalam.