16 March 2010

ADUHAI ANAKKU SAYANG


Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya. Selesai sudah program ceramah saya di Nottingham pada hari minggu, 14 Mac yang lalu. Dalam debar dan gementar, kerana sudah lama tidak ‘melontar’ kata-kata di hadapan pendengar yang ramai, saya menggagahkan diri untuk bertenang.

Sementelah tajuk yang dikupas merupakan rutin seharian, sedikit sebanyak ia membantu memberi keyakinan. Ditambah pula gabungjalin antara ilmu, pengetahuan sedia ada serta pengalaman dan bakat mengalunkan suara, saya memohon limpah rahmat-Nya agar penyampaian saya difahami dan dapat memberi manfaat kepada pendengar yang ada.

Oh ya, tidak dilupa, sokongan dan bantuan idea dari suami tercinta. Terima kasih abang


Ceramah tersebut dianjurkan oleh HELWA NMC ( Nottingham Malaysian Community ), yang merupakan satu pertubuhan untuk kaum Hawa yang berada di bumi Nottingham. Ahli-ahlinya terdiri daripada para wanita yang telah mendaftar sebagai ahli NMC dan ditubuhkan bagi mewujud satu medium untuk menjaga keharmonian dan ukhuwah ahli.

Kesyukuran juga saya panjatkan kerana bertepatan dengan program ceramah yang dirancang pada 14 Mac, ia juga merupakan tarikh sambutan perayaan ‘Hari Ibu’ di United Kingdom. Bukan satu kebetulan, bahkan ia datang dari pengetahuan dan perancangan Tuhan. Maha Suci Allah yang sangat sempurna dalam perancangan dan tindakan-Nya.

ATURAN ALLAH
Sebetulnya sewaktu memberikan persetujuan kepada pihak penganjur beserta tarikh cadangan program, saya terlupa bahawa tarikh yang saya berikan itu merupakan tarikh sambutan istimewa bagi meraikan jasa seorang ibu. Kerana itu bila anak-anak menyerahkan kad dengan senyum simpul yang memikat, barulah saya teringat.

Memang benar, tiada satu pun peristiwa atau apa-apa kejadian yang kita alami merupakan satu kebetulan tanpa perancangan. Apa yang perlu kita sedari dan insafi ialah apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, apa yang kita temukan, semuanya bukan kebetulan, tapi sudah diatur oleh Allah.

Setiap satu yang kita alami merupakan didikan dari-Nya. Lantaran DIA sangat suci dari melakukan sesuatu yang sia-sia. Justeru, saya percaya, sambutan hari ibu yang sedang dirai, menambahkan elemen semangat dan keghairahan ibu-ibu yang hadir untuk sama-sama mengambil manfaat dari tajuk yang dibicara.

ADUHAI ANAKKU SAYANG
Buat akhirnya, ingin saya kongsikan kata-kata dari anak-anak tersayang. Terima kasih Kak Long, Kak Ngah, Khalil dan Solehah
Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dari Yang Maha Esa, ameen.


“Mom, you're a wonderful mother, so gentle, yet so strong. The many ways you show you care, always make me feel I belong.
You're patient when I'm foolish; You give guidance when I ask; It seems you can do most anything; You're the master of every task.
You're a dependable source of comfort;
You're my cushion when I fall.You help in times of trouble;You support me whenever I call.

I love you more than you know;You have my total respect.If I had my choice of mothers,You'd be the one I'd select!
Sayang ummi!


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

3 comments:

tajnur said...

Salam!
Apabila membicarakan Aturan Allah, dlm Surah AlHadid:`Tiada sesuatupun bencana yg menimpa dibumi dan(tidak pula) pada diri2mu melainkan semuanya tertulis dlm kitab (Luh Mahfuz)sebelum Kami menciptakannya. Tetapi menjadi ketetapan Allah, apa yg kita lakukan didunia mesti dipertanggungjawabkan setelah Bai`ah dgn Allah (Surah AlA`araaf:172). Anak2 yg solehlah merupakan pewaris yg menyambung amalan kita setelah kembali menemui Allah SWT. Syukurlah kalau didikan mrk telah kita sempurnakan. Wallahualam

zue said...

Salam kIna,
terima kasih krn sudi meluangkan masa ke Notts.selama berjauhan dan bertanya soalan tru email,malu pula nk tanya directly bila dh ada peluang bertemu 4 mata..hehe.tp, apa pon zue dan kwn2 di sini cuba praktik kan mana yg boleh slps peringatan dr kIna tu.Doakan semoga ianya berkekalan.insyaAllah.

whiteperl said...

“Mom, you're a wonderful mother, so gentle, yet so strong. The many ways you show you care, always make me feel I belong.
You're patient when I'm foolish; You give guidance when I ask; It seems you can do most anything; You're the master of every task.
You're a dependable source of comfort;
You're my cushion when I fall.You help in times of trouble;You support me whenever I call.

I love you more than you know;You have my total respect.If I had my choice of mothers,You'd be the one I'd select!

terima kasih atas perkongsian...kata-kata diatas amat saya inginkan dr seorang ibu, tapi tiada...saya terus membesar dan akhirnya saya mencari-cari makna hidup ini,jadilah siapa saya pada saat ini.semua kelemahan seorang ibu saya perlukan fikiran yang amat wajar untuk menerima walaupun terpaksa...saya akan menghormati ibu kerana ALLAH bukan kerana ibu.perlu belajar berubah demi diri sendiri,trully i'm alone,don't have anybody.Sebab tue saya suka membaca blog ini kerana begitu indah didikan yang anak ummu husna terima tapi saya x dapat.AlhamduliLLAH atas segala ketentuannya. how lucky your doughter...saya pun sebenarnya sedang belajar dr blog ini.