PANDANGLAH..LIHATLAH..JANGAN !

Saya sebenarnya berhasrat untuk menulis sesuatu yang lain dari topik ‘aurat wanita’ di dalam artikel kali ini. Akan tetapi, saya merasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa persoalan yang dilontarkan melalui satu komentar di bawah artikel : That’s not hijab!

“Assalamualaikum,

Saya belum berkahwin, pakai tudung tiga segi menutup bawah dada cuma bukan tudung labuh seperti anda..dlm rumah saya pakai baby tee, skirt, gaun dan sluar pendek, cuma kini saya sikit malu lalu menukar dgn sluar panjang tapi masih seksi kiranya. Suatu hari nanti jika berkahwin saya mungkin kekal cara begini?

Saya ada persoalan...kalo benar pakai tudung tapi tak bleh pakai cantik, tak bleh baju color, tak bleh bersolek wpun nipis diluar...benarkah wanita yg bertudung litup seperti anda berhias semata-mata utk suami, waktu bila anda bergaya? Kat rumah? atau anda langsung tidak bergaya pakai cantik2 takut plak anak persoalkan? ramai yg saya jumpa berpakaian seprti anda tetapi berbau, nampak tidak bermaya.muka pucat. Adakah benar dlm hati suami org seperti anda suka melihat isteri begitu?

Saya faham anda akan berhujah tentang kita ni milik Allah jadi kita kena ikut syariat yg ditetapkan. Pada anda, mungkin saya seorang yg tidak faham kerana pengetahuan agama anda high level berbanding saya. Maka itu saya mohon anda down grade sikit utk sampaikan sesuatu agar saya faham. Tak mustahil follower blog anda ialah org yg seperti anda, org biasa baca skali dan blalu pergi. Tak tahulah jika anda tidak kisah yg penting ialah menyampaikan saja.

Saya tidak berniat utk mempersoalkan saja tanpa membuka hati menerima pandangan anda tapi saya cuba dan mahu lagi perbaiki diri. Saya cuma ingin tahu dan minta anda jawab persoalan di atas kerana saya benar2 tidak tahu. Kehidupan dan cerita yg anda sampaikan terlalu sempurna. Saya dahulukan terima kasih – SERI”

PENJELASAN SAYA
Setiap kali saya melakar bait-bait kata yang menyentuh tentang aurat seorang wanita, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya bukan menulis kerana merasakan pakaian saya adalah contoh terbaik. Akan tetapi ia lebih kepada peringatan kepada diri sendiri dan teman-teman pembaca agar sentiasa berusaha kepada penyempurnaannya sedaya yang kita ada. Malah, banyak masanya, ketika memberi nasihat serta peringatan kepada orang lain, acap kali juga sengaja saya kenakan ke batang hidung sendiri. Biar tidak lupa diri !

Apa yang penting perhalusilah isinya dengan mencari jalan dan keyakinan iman untuk melaksananakan tanpa perlu mengandaikan sama ada pakaian individu tertentu termasuk saya sebagai role model terbaik atau tidak. Persoalan itu tidak timbul.

Semuanya bertitik tolak atas dasar ilmu serta nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran, justeru saya merasa bertanggungjawab untuk memberi sedikit penjelasan dan pendirian berpandu ayat-ayat Allah SWT dan Sunnah Rasul Junjungan.

Sebagai tambahan, suka saya mengingatkan bahawa dalam memperkatakan sesuatu berkait hukum, sama ada kita telah melaksanakan yang terbaik atau sedang berusaha melakukan yang lebih baik, itu merupakan persoalan kedua. Pokok utama, ialah bersikap jujur dan amanah dengan ilmu Allah SWT. Telus menyatakan kebenaran, walau ada ketikanya lebih banyak kepahitan perlu ditelan berbanding kemanisan yang menghadirkan ketenangan.

ANDAIAN DAN JAWAPAN
Persoalan yang dilontarkan oleh SERI, bahawa benarkah orang yang bertudung litup di luar, benar-benar berhias semata-mata untuk suami, atau sebenarnya tidak bergaya cantik lansung, adalah satu agakan dan andaian semata-mata. Pada saya perkara itu kurang manis untuk ditanya, kerana saya juga boleh melontarkan pertanyaan yang sama ( tapi tidak serupa ) iaitu benarkah wanita yang berhias dan terlalu menjaga penampilan di luar, akan berkeadaan serupa di dalam rumahtangga ? Di hadapan suami terutamanya ? atau sebenarnya ketika di rumah, mereka hanya biasa-biasa sahaja, buat apa nak bergaya, bukannya nak ke mana-mana ?

Kerana itu, pada saya tidak wajar menghukum semua Muslimah yang bertudung labuh, sebagai berbau tidak menyenangkan dengan muka pucat dan tidak bermaya, hanya dengan melihat beberapa orang berkeadaan sebegitu rupa. Pukul rata dalam hal seumpama ini adalah satu ketidakadilan.

Memang benar mengabaikan kebersihan bukan sikap yang diterima Islam, dan demikian juga bersolek serta berhias dengan pakaian berwarna yang terlalu menyerlah untuk menjadikan diri cantik dan kelihatan lebih menarik. Ia juga tidak digalakkan.

PERSOALAN WARNA
Saya tidak menolak pakaian berwarna warni kerana saya juga masih mengenakan pakaian sedemikian apabila keluar bersama keluarga. Cuma warna yang perlu dielakkan ialah warna-warna yang terlalu terang ( striking ) dan menyilau pandangan. Justeru itu, saya menyatakan warna gelap dan suram atau warna-warna lembut dan sederhana lebih selamat dari pandangan kaum lelaki di jalanan.

Mungkin akan ada yang menyoal kembali:

“Tidakkah wanita yang memakai warna hitam akan lebih menarik pandangan orang sekiranya dia berada di dalam suasana semua orang memakai pakaian berwarna garang dan ceria ?”

Saya akan menjawab begini :

“Pandangan yang terhasil kerana ‘berlainan’ dari orang sekeliling tidak sama dengan pandangan yang terhasil kerana tertarik dengan keindahan dan kecantikan. Pakaian pertama mungkin hanya menyebabkan orang merasa jengkel dan hairan berbanding pakaian bentuk kedua yang mampu menggoncang iman para jejaka. Di samping ia boleh memberi indikasi kepada lelaki bahawa wanita sebegini masih dari ‘jenis’ suka berfesyen dan bercantik walau telah menutup tubuh badan. Kesannya, seorang lelaki boleh membuat kesimpulan wanita ini mudah didekati, lebih mudah diajak berbual, dan mungkin juga lebih mudah untuk digoda. Kerana pakaian sebegitu boleh membawa maksud dan melambangkan ‘tolerability’ diri pemakai. Itulah kemerbahayaan yang dibimbangkan dan patut dielakkan !”

Reaksi sebegitu pasti tidak mudah berlaku bila wanita berpakaian dengan warna yang sederhana dan suram warnanya, juga sudah pasti tidak ketat dan nipis kainnya. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, namun itulah pandangan saya dan suami berdasarkan penelitian kami berdua.

HANYA UNTUK SUAMI
Justeru itu, apa yang dianjurkan oleh agama yang mulia ini ialah menjaga kebersihan, tidak selekeh, berpenampilan kemas dan sederhana pada gaya. Sementara, jika mahu bersolek dan mengenakan pakaian yang melirik tumpuan mata, cukuplah hanya di hadapan suami tercinta.

Keadaan inilah sewajarnya seorang Muslimah lakukan di dalam rumahtangga. Pakaian yang dikhususkan untuk suami di rumah sememangnya bukan pakaian yang biasa dipakai ketika di luar. Tidak perlu saya menerangkan lebih lanjut jenis dan bentuk pakaian yang bagaimana, cukup saya nyatakan bahawa seorang isteri sepatutnya memakai pakaian yang digemari dan biasanya dibeli oleh suami sendiri. Tidak semestinya seksi dan terbuka sana sini !

Perlu saya sebutkan di sini, bukan semua lelaki bergelar suami gemar isterinya bersolek cantik. Setakat pengalaman saya berbual dan bertukar pandangan dengan wanita lain, ada di antaranya menyatakan bahawa suami mereka tidak suka melihat mereka mengenakan alat solekan dan berhias berlebih-lebihan kerana ia seumpama penipuan dan khayalan semata-mata. Bukan tulen.

Kecantikan asli dengan tambahan nilai dari pekerti yang luhur dan terpuji lebih dihargai berbanding kecantikan palsu yang tercipta dari alat make-up pelbagai jenama. Keadaan inilah yang sukar difahami oleh sesetengah wanita melainkan jika mereka telah bersuami dan bergelar isteri.

CANTIK BUKAN PENENTU
Saya suka membawa pembaca semua melihat sudut lain kecantikan seorang wanita. Kecantikan bukan hanya boleh diperolehi melalui solekan dengan warna di mata, pipi dan bibir yang merah menyala. Akan tetapi, kecantikan juga mampu didapati melalui kaedah tradisional dan petua-petua lama.

Untuk diri saya sendiri, saya juga pernah mengenakan solekan di wajah. Pastinya hanya di dalam rumah. Namun kini, setelah menilai baik buruk menggunakan alat-alat solek dari bahan kimia, menatap wajah-wajah artis barat yang mana kejelitaan asli mereka telah sirna dek terlalu kerap menggunakan make-up pada muka, saya beralih kepada penggunaan sumber asli yang lebih mudah diperolehi dan murah pula harganya.

Kini, saya mengamalkan menyapu madu untuk memerahkan bibir dan hanya menggunakan serbuk kacang hijau yang telah ditapis ( bagi mendapatkan tekstur yang paling halus ) untuk membersihkan kulit muka dan badan seluruhnya. Selebihnya, hanya perlu mengenakan pelembab kulit dan bedak biasa baik ketika di rumah mahu pun sebelum keluar bersama keluarga. Sementara untuk penjagaan kesihatan, saya menganjurkan kita semua mengamalkan madu, kurma dan air susu di samping pengambilan vitamin C, B Kompleks dan lain-lain yang perlu.

Ingatlah, cantik tubuh, fizikal dan pakaian bukan penentu segala. Ia tidak dapat membeli bahagia dan ia juga bukan jaminan keutuhan sesebuah rumahtangga. Lihatlah, berapa ramai artis dan golongan terkenal, gagal mengekalkan keharmonian walaupun mereka berwajah cantik menggoda. Ada banyak perkara lain yang perlu diambil berat untuk menjadikan pasangan suami isteri kekal bahagia hingga ke syurga. Cantik hanya menyumbang sebahagian kecil sahaja. Paling penting adalah tanggungjawab, rasa percaya, yakin serta bersedia memberi kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada pasangan dan rumahtangga.

PANDANGLAH..LIHATLAH..JANGAN !
Akhirnya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa persoalan menutup aurat dan hijab, bukanlah berkisar kepada tudung semata-mata. Itu perlu difahami sebaiknya oleh semua Muslimah di luar sana. Bahkan tudung hanya merupakan sebahagian sahaja dari maksud sebenar menutup aurat dan berhijab di dalam Islam. Kerana itu, apabila menyentuh dua perkara tersebut, tidak dapat tidak saya harus menjelaskan dari sisi yang paling tepat dan sahih sebagaimana yang dikehendaki agama, baik dari sudut warna pakaian, solekan, berwangi-wangian dan sebagainya.

Sekian banyak di dalam hadis Rasulullah SAW yang mengingatkan tentang fitnah wanita di penghujung usia dunia, maka sudah tentu sikap bermudah-mudah dan mengambil ringan terhadap pelaksanaan kedua-duanya akan mendatangkan kesan buruk dan bencana.

Yakinlah, semakin terhindar seorang Muslimah dari pandangan kaum lelaki semakin baik dan mulia harga dirinya di sisi agama, kerana Allah SWT memerintahkan lelaki-lelaki mukmin untuk menjaga pandangan mereka. Namun, bagaimana mungkin para lelaki mukmin dapat menjalankan perintah ini jika kaum muslimahnya berhias diri dan mempamer keindahannya ? Justeru, kerana itulah syariat menganjurkan wanita menutup aurat dan berhijab dengan sempurna, iaitu untuk menjaganya dari pandangan kaum lelaki, terutama pandangan yang tercipta dari anak panah syaitan durjana. Bak kata orang muda, dari mata jatuh ke hati. Sukma bergelora, nafsu membara !

Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabdanya yang bermaksud :

“Sebaik-baik saf lelaki adalah saf paling depan dan sejelek-jeleknya adalah saf terakhir. Dan sebaik-baik saf wanita adalah saf terakhir, dan sejelek-jeleknya adalah saf paling depan.” ( Hadis riwayat Muslim).

Pesan Baginda ini menjelaskan bahawa saf terburuk bagi wanita adalah yang paling hadapan karena akan lebih mudah terlihat oleh kaum lelaki. Jika keadaan ini yang diperingatkan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum wanita ketika solat, maka sudah tentu di dalam suasana dan kegiatan bukan ibadah, mereka lebih dianjurkan untuk memelihara diri dari menjadi titik tumpu pandangan lelaki.

Insaflah, sikap berlapang dada untuk mematuhi semua perintah agama itu hanya akan dirasakan oleh orang-orang beriman dan bertakwa. Orang-orang yang menyerahkan sepenuh jiwa dan sangka baik mereka kepada ketentuan Allah SWT dan Rasul-Nya. Keadaan ini amat berbeza dengan orang-orang yang hatinya berpaling, maka setiap ajaran Islam akan terasa berat dan sukar untuk dilaksana. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, karena sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu .” ( Surah Al-Baqarah ayat 45 )


Wahai muslimah, mari kita bermuhasabah.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

****Contoh gambar pakaian Muslimah.



*****Contoh pakain yang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum Ummu Husna,

Terima kasih di atas penjelasan dan peringatan yang begitu baik untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai aurat wanita.
makbonda said…
Katakan kepadanya sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu. Barangsiapa berdusta dengan atas namaku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.”
[HR Tirmidzi dan Ibnu Umar]

teuskan kerja-kerja amanah ini,semoga anda mendapat kerahmatan
Alhamdulillah..perkongsian dan penjelasan yang sangat bernilai bagi diri saya..terima kasih..
Anonymous said…
bagaimana saya mahu berhubung dengan ustazah secara peribadi byk persoalan yang ingin saya tujukan kepada ustazah
incik said…
terimakasih ummuhusna..banyak saya dapat belajar..
Kak Nisha said…
Assalamualaikum semua.

Firman Allah yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menurut kehendak orang kafir dan orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka serta berserahlah kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi pelindung(yang menyelamatkanmu).”

(Surah Al-Ahzab 33:48)

***************

Betul dan sangat setuju dengan ummu Husna.

Suami kak pun tak suka akak mengenakan solekan. Anak akak pula kata, "nampak macam hantu je ibu pakai celak tu..".

Semasa zaman remaja dulu, akak pernah berjumpa seorang pakcik yang sempurna rupa parasnya(tampan lagi) tapi isterinya tak cantik(gemuk dan bibirnya tebal dan hitam). Ketika itu pekerjaan akak berhubung dengan orang ramai. Mungkin pakcik tu perasaan dengan pandangan akak padanya/isterinya. Akak tak pernah bertanya, mungkin dia tau apa yang tertanya-tanya di dalam hati akak.

Dia sendiri memberitahu kenapa dia setia dengan isterinya dan tidak berniat untuk mencari yang lain. katanya "wajahnya memang tak cantik tapi hatinya sangat baik" dan macam-macam lagi dia puji isterinya. Dan pakcik tu juga nampak air muka macam orang yang baik juga kerana saya sendiri tak mengenalinya dekat. Jadi cubalah fikir-fikirkan....

Wallahhu A'lam.

Wassalam
Amoi Ida said…
Salam kak Ina..

Hanya memberikan pandangan yang tak seberapa berdasarkan pengalaman peribadi..

Jika hati sudah disuluh cahaya iman, automatik segalanya berubah..perwatakan dan penampilan,akhlak dan budi bicara..

Wanita muslimah, tanyakan pada diri anda, adakah penampilan anda sekarang nie boleh digunakan di dalam solat? Jika boleh, teruskanlah..jika tidak tanyakan, mengapa? Tudungnya jarang? atau seluarnya ketat? Atau lipstiknya?

Ya Allah, moga Kau ampuni dosa-dosa kami ya Allah..yang sering mempertikaikan apa yang telah Kau perintahkan..sedangkan Kau Maha Tahu mengapa Kau turunkan sesuatu perintah dan larangan...

Jika wanita Islam itu merasai sentuhan iman dalam diri, dia akan bersedia untuk berubah..tudung tiga segi yang sudah sedia menutup, dia mahu labuhkannya lagi..baju yang mengerlip dia mahu bundarkan lagi..dia tahu dia sudah menutup aurat tapi dia rasa nak buat lebih baik lagi..semuanya kerana apa? Kerana dia takutkan Allah..kerana dia takut penampilannya membuatkan lelaki leka memandang dan membuatkan api neraka menyambar tubuhnya kelak..

Pointnya disini, marilah sama-sama kita bersihkan hati kita, berisgtifar..kita bermuhasabah..andai dijelaskan sepanjang jela manapun, anda di hati kita masih keras dan masih memberontak untuk berubah, ia tidak akan kemana-mana..
LadyBird said…
Saya seorang wanita yang berperawakan seperti penulis di atas. Tetapi saya tak pernah menyangkal tentang pemakaian pemakai tudung labuh. Tetapi saya pernah menyangkal berkaitan dengan akhlak si pemakai tudung labuh yang menyebabkan orang lain memandang serong kepada pemakai tudung labuh yang lain. Kepada para pemakai tudung labuh, jagalah akhlak, bukan sekadar menjaga pemakaian sahaja.
Jangan biarkan org cakap, tudung ajer labuh, tapi akhlak failed.

p/s : maaf andaikata menyinggung mana2 pihak.
mArYaM yAsEeRaH said…
salam...

perumpamaan yang mungkin boleh dibuat untuk si pemakai tudung yang benar2 mengikut syariat.. ibarat emas yang dijual di kedai2 emas... sesuatu yg berharga itu akan ditutup dengan penuh teliti krn nilaiannya yg tinggi.. mcm emas kat kedai.. siap di pagar, ditelakkan dlm 'kandang'nya.. mane blh pegang suka2 hati.. mcm tu jugak ngan brg2 yang kat kedai, contoh limau manderin.. kalau saya, mesti akan pilih yg berbalut ngan plastik.. tak main la yg tak berbalut.. mesti dah disentuh2 org, dibelek2, ditilik2.. dah takde value.. nak yg tertutup.. bersih, elok, special, berkualiti.. :-)

tahniah seri, sebab bertanya.. setiap masalah, perlu diutarakan.. supaya kita tak tertanya sorang2..

'FASALU AHLU ZIKRA, IN KUNTUN LA TA'LAMUUN'
Ros Illiyyuun said…
Salam,
sekadar pembetulan: Fas'aluu ahla al-zikr, in kuntum laa ta'lamuun. (al-Nisa':7)
Ummimusa said…
salam kak ina dan peminat2 tulisan kak ina...

sekadar sepuluh sen saya yang tak pernah bersekolah agama ini..

Yang saya nampak, isu sebenarnya di sini bukan lah isu mengenai kain, bau, alat mekap dan lain-lain (walaupun kak ina sangat berhikmah kerana melayani point-point tersebut) tapi isu sebenarnya ialah mengenai hati.

Kerana saya juga kadang-kadang atau selalu-selalu suka mempersoalkan, kenapa yang ini-ini tapi macam ini-ini? contoh: kenapa pakai tudung labuh tapi perangai macam ni macam ni?

bukan kah SETIAP orang muslim patut berakhlaq? (termasuk saya! dush atas kepala saya!)

tak ada ayat yang menyebut, "wahai wanita yang bertudung labuh, sila berakhlaq mulia"

takde, tapi Allah suruh semua berakhlaq.

cuma.....siapa makan cili, dia terasa pedas (dan saya selalu rasa pedasssssssss)...

saya (seperti juga orang lain) selalu terasa bila di ajak ke arah buat benda baik atau jadi baik, because it makes me feel as if i'm bad, and it will make me want to say, "eleh! as if you're all so good lah!" and i will start to say the bad things about them that i know.............

macam ni lah senang cakap, tudung labuh ke, tudung pendek ke, tudung bawal, keli, siakap tenggeri ke, kita semua tak perfect.

tapi kita expect yang tudung labuh tu mesti lebih perfect dari yang tudung ikan bawal.

jadi bila yg tudung labuh tu buat salah, satu kampus bising. betul tak? contoh lain, kalau yg tudung labuh tu kena buang universiti, atau fail subject, heboh satu uni sampai masuk muka depan metro, tapi ramai jer yang lain tudung siti mawi etc fail subject tapi tiada siapa tahu.

sebabnya?

kerana kita expect yg tudung labuh kena sentiasa jadi contoh, dan kita tak expect yg SEMUA ORG kena jadi contoh, kerana SEMUA ORG ialah org islam.

pada pendapat saya, jom kita sebarkan fahaman bahawa menjadi contoh itu adalah kewajipan semua org...lalalalala... (ketuk kepala saya sikit...dush!)

(ummimusa tengah pening2 sebab byk kerja terbengkalai)
Sakinah said…
Assalamualaikum,

Ilmu kewajiban menutup aurat sangatlah mudah difahami. Hatta orang bukan Islam apalagi orang Islam yang telah belajar agama di sekolah dan dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Islam.

Pada pendapat saya, sebenarnya ramai orang yang tahu akan kewajiban menutup aurat. Cuma mata hati mereka tertutup kerana tidak berjaya melawan nafsu untuk bergaya, kelihatan cantik menurut mereka BUKAN menurut ALLAH dan kononnya untuk meningkatkan keyakinan diri.

Selama kira-kira 3 bulan saya mencari. Mencari maklumat Islam yang sebenar BUKAN melihat pada penganutnya, kewajiban menutup aurat adalah salah satu yang membuka hati saya mengakui Islam agama yang benar. Menutup aurat sangat sesuai dengan fitrah saya sebagai seorang wanita yang rasa punya maruah dan sifat malu. Lepas setengah tahun masuk Islam, saya lengkap menutup aurat dan masih istiqamah hingga sekarang. Dah nak masuk 4 tahun saya bergelar muslimah; memakai tudung labuh, jubah dan pakai stokin dan sarung lengan.

Hampir 8 bulan saya berkahwin. Suami saya termasuk lelaki yang "kecantikan isteri saya hanya untuk saya". Suami suka dengan penampilan saya yang menutup aurat dan hanya pakai bedak muka bila keluar. Syukurlah suami saya bukan suami yang suka isterinya berhias sakan bila keluar rumah. Suami yang tidak kisah dengan aurat isteri dia termasuk lelaki DAYUS. Bagaimana wanita mencari pasangan hidup, begitulah dia dapat. Kalau menarik perhatian lelaki dengan baju seksi tudung ala kadar mekap gincu tebal, dapatlah suami yang suka isteri begitu

Kalau bos tetapkan tema baju dinner warna oren, cepat2 saja pergi kedai cari baju. Tapi baju menutup aurat yang ALLAH suruh pakai sejak akil baligh dah beli?

"Orang pakai tudung labuh pun ada perangai teruk dari saya"
"Saya tahu tutup aurat wajib tapi akhlak dan ilmu Islam saya tak tinggi, jadi saya tak layak"
"Ibu bapa saya tidak mendidik dan menegur saya bersungguh2"
"Saya rasa diri hodoh bila tutup aurat"
"Suami saya tidak halang pun saya pakai tidak tutup aurat"

Itukah ALASAN2 di hadapan Allah di Padang Mahsyar kelak? Agaknya Allah terima tak alasan2 itu?

Kononnya kalau cinta lautan api sanggup direnang, untuk kepuasan gunung didaki, untuk cipta rekod laut china selatan direnangi, tapi suruhan Allah menutup aurat?

Ingatlah kepada wanita yanga masih terdedah diri, setiap mata lelaki yang memandang, anda dapat dosa dan ibu bapa atau suami anda yang tidak menegur anda turut mendapat saham dosa.

Sikap baik tidak dapat menutup aurat
Kata2 yang baik tidak dapat menutup aurat
Bau wangi tidak dapat menutup aurat
Solat pun tidak dapat menutup aurat
Hanya pakaian yang dapat menutup aurat

Tentang pakaian takwa, akhlak yang baik, bersih dan kemas, sama-samalah kita mujahadah. Yang sering ungkapkan wanita tudung labuh pun akhlak buruk, kenapa tak jadi wanita tutup aurat yang akhlak baik? Sedangkan hal dunia tentu berlumba2 untuk berjaya, segala onak dan duri telah dilalui, caci maki orang tidak dipeduli demi mencapai kejayaan dunia. Tutup aurat tuntutan Allah bagaimana?

Semoga saya dan muslimah sekalian yang merasa punya harga diri amat bernilai dan mempunyai sifat malu yang tebal (semua anugerah Allah), yang tidak mahu menjual tubuh walaupun hanya dengan pandangan mata lelaki bukan muhrim, moga istiqamah dan sentiasa mendapat hidayah taufik.

Yang tahu menutup aurat itu wajib sebenarnya telah mendapat hidayah namun tidak melaksanakan tuntutan itu kerana tidak mendapat taufik. Semoga wanita2 yang masih ingkar dengan arahan Allah menutup aurat namun amat patuh dengan bos, moga diberi hidayah taufik

Maaf salah silap bahasa. Komen saya ini BUKAN khusus untuk entri kak Ina ini, tapi umum.
Sakinah said…
Sambung kak :)


Yang mencari kebenaran Islam melihat pada ajaran Islam yang sebenar, orang sedia Islam pula mencari kebenaran Islam pada penganutnya? Saya ada sahabat yang pernah kata saya orang paling bodoh dan tindakan saya paling bodoh masa masuk Islam, sekarang dia sedang tercari-cari juga dan dia mencari dalam Islam. Tapi sikap2 penganutnya sedikit sebanyak pengaruhi dia, antaranya wanita2 Islam yang dedah sana sini. Saya beritahu dia, "kalau nak tahu Islam yang sebenar, tengoklah ajaran Islam itu sendiri bukan penganutnya".

Saya ada seorang kakak yang pernah suatu dulu teringin masuk Islam sebab tertarik dengan pemakaian wanita Islam yang menutup aurat tapi dia tidak mendapat hidayah Islam itu dan dahpun kahwin sekarang. Kakak saya yang lain suka bandingkan pakaian Islam lain dengan pakaian saya dan dia tahu dan suka dengan cara saya. Seorang lagi kakak saya suruh saya pakai macam pakaian Islam yang lain; pakai seksi dan kononnya up to date.

Sangat banyak salah faham non Muslim pada Islam termasuk pakaian muslimah yang melukakan hati, banyak juga orang Islam sendiri yang sangat melukakan hati.
nhhas said…
salam,
kak Ina,

copy yer gambar cth berpakaian tu.
terima kasih.
nhhas.
nazila said…
Kalau hati terasa tidak selesa dengan artikel ummuhusna, maknanya ada yang tidak kena dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ummuhusna hanyalah perantara untuk menyedarkan kita yang mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu apa yang benar dan apa yang salah. Jangan pertikaikan hukum Allah swt. Telah jelas aurat Muslimah dalam Al-Quran dan as-Sunnah. Kalau tidak tahu kena belajar supaya tidak dikatakan jahil dan dungu.
Anonymous said…
Assalamualaikum.
Saya SERI. .

Dikesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kpd :

1) Ummu husna dan ustaz zaharuddin

2) Rohani : anda org pertama reply komen saya dlm that’s not hijab. Komen anda menyentuh hati saya, mudah utk saya faham. Saya gembira dan tersenyum sepanjang hari jumaat tu tau :) doakan saya ye kak, entah apa hingga saya terpangil ke blog ummu husna yg rata2 nya saya jangka follower yg bukan seperti saya yg kurang faham ni.

3) Maryam Yaseerah : terima kasih lagi kerana memahami persoalan di minda saya yg mengundang kontoversi ini.

4) Ummi musa : pandai anda menganalisis, persoalan itu pun bermain di fikiran saya sebenarnya…cuma saya tidak pandai menyusun bait kata, soalan yg saya ajukan straigt to the point.lantas ada yg tersinggung.

5) Dan semua komen

Seperti yg dijangka sendiri saya akan mengundang kontroversi, mengundang sinis pelbagai pihak dgn persoalan di atas. Saya telah pun mengambil kesempatan meninjau blog follower ummuhusna.

Kepada yg marah rasa tersinggung dgn soalan saya…..rasa tidak senang konon saya sendiri org islam yg mempertikaikan ataupun tak guna explain panjang berjela jika hati masih keras ataupun saya sukar faham makna kecantikan kerana belum berkahwin or whatever lagi …tidak ada perkataan utk diluahkan tapi seperti yg saya katakan dlm komen pertama yg perlu dikotakan oleh saya ialah....positif

saya tidak berniat utk mempersoalkan saja tanpa membuka hati menerima pandangan anda tapi saya cuba dan mahu lagi perbaiki diri. Terima kasih. - SERI
ummu anis said…
assalamualaikum..
satu pandangan yang amat bernas lagi menyentuh mata hati ini. Teruskan penulisan ummu husna semoga sentiasa di rahmat Allah
Sakinah said…
Maaf kak ina saya menyampuk..

Kepada Seri,

Bagi sayalah, persoalan-persoalan
seperti yang Seri utarakan itu bukan membuat hati marah atau tersinggung, tapi rasa sedih.

Banyak faktor yang mempengaruhi "agama" seseorang, misalnya memang
belajar agama di sekolah tapi hidup dalam suasana keluarga dan masyarakat yang jarang mengingatkan kebaikan.

memang kes seperti pertanyaan Seri ini dan banyak lagi kes yang berkaitan dengan Islam perlu direspon dengan berhikmah bukannya menghukum,marah, menyalahkan dsbgnya. namun mungkin kerana kelemahan seseorang itu menyampaikan membuatkan yang menerima menganggap ia suatu menghukum, marah dan sewaktu dengannya (dan mungkin memang ada yang menghukum).

moga Seri diberi hidayah taufik menutup aurat. Sama-samalah kita perbaiki diri dalam segala aspek untuk mencari redha Allah :)
mamdoh said…
This comment has been removed by the author.
mamdoh said…
.: Assalamu'alaikum.

> m2mdoh tak faham kenapa isteri mesti berhias untuk dilihat 'chantek' selain dari suami? Best sangat ke dipuji oleh selain dari suami? Best sangat ke tunjuk body tunjuk slimnya diri pd selain suami? no wonder if statistics shows married women is now a must-be-rape category. sesungguhnya lelaki kini nafsu tak terkawal, pergi mana2 jamuan mata jamin tersedia.. :-(

> m2mdoh xfhm kenapa nak sangat letak bahan kimia kat kuma atau kat badan sbb nak cantik. wanita tercantik apabila segala-gala tentangnya ialah ori. kalau puteh dengan mekap tebal memang tak ori. masa kat pelamin nampak berseri, masa tidur malam hari nampak mayat mana kat sebelah ni. tak bsyukur dah diberi deria, dberi complete itu ini, tp masih jugak puteh sana sini, nnt cacat dah tua nnt padan muka diri sendiri.

> m2mdoh tak fhm kenapa sekarang ramai yg berani. Allah dah seru simpan aurat, masih juga nak lawan Allah. punyalah byk hikmah nampak dan tersembunyi bila menjaga diri, ttp tetap nak test 'hr ni berapa persen peluang diri ini dirogol dibunuh ditinggalkan di tepi, mjadi tak suci'. Dah kena sekali, mendayu-dayu cakap bukan salah diri, tetapi semua salah lelaki. dah awak berani lawan kalam Allah tadi, nape takut plak bila diri dah dijamahi? Dah kata aurat ptut disembunyi, dsimpan utk suami, masih juga berani..

> mm.. byknya yg xfhm lg.. sedih bila mengenangkn hari-hari terpaksa mata dicuci, terpaksa kawal nafsu berahi, terpaksa kontrol iman turun rendah susah nak tinggi2.. yg m2mdoh fhm, bila dah kahwin nnt, semoga m2mdoh dpt mendidik diri dan isteri. Amin.

huhu.. :-(
:.
Anonymous said…
masya Allah... k ina.. saya suka membaca entry ini serta komen2nya. banyak mengetuk jiwa yg sering lalai..

ukhti sakinah, saya sangat mengkagumi pandangan saudari, walau saudari baru 4 tahun bergelar muslimah, namun kesedaran saudari itu cukup mendalam. Semoga Allah tetapkan kita semua pada jalanNya.. dan tetapkan niat kita melakukan sesuatu itu kerana Allah Ta'ala...
Al-Atiff said…
salam kak ina..
ringkas sahaja..
saya suka... terima kasih.. :)
Naz Mohamed said…
As-salam Ina,

Entri Ina amat bermanafaat. Jln dakwah bukannya mudah & penuh liku. Saya sendiri kurang berilmu.

Selain aurat luaran, penekanan juga perlu diberikan terhadap aspek dalaman iaitu hati. Bagaimana hati perlu ditutup dari gemilau dunia. Tidak bermakna menolak dunia, tetapi menutup hati agar tidak dipengaruhi oleh kehidupan dunia yang hanya merupakan persinggahan semata2. Hati perlu ditutup dari berprasangka buruk, hati perlu ditutup dari berniat serong dan hati perlu ditutup dari pelbagai hasutan syaitan.

Jika aurat luaran ditutup serapi2nya, sedang hati terbuka luas bermaharajalela, timbulkan sikap yang tidak selaras dengan penampilan. Akhirnya, terkeluarlah kata2, "pakai tudung labuh, tapi..."( agak ekstrim sehingga dikatakan munafik). Agak ramai juga wanita begini yang telah saya temui...nampak a'lim tetapi sibuk berbangga pasal harta dunia, menjaja cerita dll. Wanita sebegini mejadi fitnah kepada agama.

Saya sendiri masih belum sepenuhnya bertudung labuh. Namun saya cuba lakukan perubahan ke arahnya sedikit demi sedikit dan sentiasa ingin bermuhassabah diri dan menjaga hati. Agar akhirnya nanti penampilan saya selaras dengan perbuatan/sikap.

Insya Allah.
Anonymous said…
Kalau soal nk berpenampilan cantik depan suami, sy ada pengalaman.

Mula2 kawin dulu pun, sy penah rasa tak puas hati, bila keluar rumah tak dpt nk pakai cantik2 n seksi, bermekap, wangi2 mcm sesetengah wanita yg lain.
rasa jeles sbb takut suami kita pandang perempuan lain yg lagi cantik tu. kite ni pulak, bila keluar dgn suami, muka pucat je, baju pun labuh n longgar je..tak seksi mcm org lain.

tp lama2 sy sedar, saya puas dgn berdandan utk suami di rumah.

suami sy tahu yg sy hanya pakai perfume utk dia seorg sahaja. dan dia juga tahu yg sy hanya pakai seksi2 utk dia sorg shj. saya rasa puas di situ. saya rasa tenang di situ sbb diri saya hanya untuk tatapan suami sy seorg. thats how I feel so precious.

namun semua ini hanya kecantikan luaran shj, yg juga sgt penting utk mnjaga hubungan suami isteri.

yg plg penting? kecantikan hati dan akhlak kita, insyaallah..
peringatan utk diri sndiri dn semua.

-siti-
Amoi Ida said…
Terima kasih semua..and to seri, jgn putus asa dari mengharap rahmat Allah ya.. :) setiap yang berlaku terhadap kita tu ada hikmahnya dan selagi bernama manusia kita perlu cari jalan untuk terus menggali ilmu hinggalah kita memejamkan mata (peringatan utk diri sendiri paling utama)..sudah tentu ilmu dengan beramal..

oh ya seri nie siapa dan tinggal dimana..bole berkenalan? :D

mcm saya pulak, dari kecik walaupun Islam tapi biasa-biasa je..masa kecik sekolah rendah mak bagi baju skirt, saya pakai je..masa pend. jasmanipun mak belikan seluar pendek, pakai aja..sampailah seorang budak baru datang sekolah, dia sorang je satu-satunya budak perempuan Islam bertudung..terus balik umah minta mak belikan tuudng n baju kurung..

masa nak pakai tudung labuh, mak tak bagi..mak kata nanti hangat2 taik ayam..mak kata, pakaila apa nak pakai skang..tapi saya istikharah dan teruskan dan sedaya mungkn istiqamah..

kalau tudung labuh nie, pada pendapat saya, ia lebih menahan nafsu kita dan nafsu oranglain..sebab saya pakai tudung tiga segi biasa tu saya selalu diganggu..jadi saya rasa saya perlu lakukan sesuatu utk protect diri saya..

tapi saya sedih sb skang nie ramai yg bertudung labuh tapi melakukan sesuatu yg dulunya adalah amat luarbiasa jika pemakai tudung labuh bertindak sebegitu..saya rasa pembaca semua paham maksud saya..jadi kat sini, perasaan malu tu mmg dah semakin nipis dikalangan kita..

sabda Rasulullah..Jika kita tidak malu, buatlah sesuka hati kita!

syukurlah seri dapat ibu yang berilmu, yang tahu syariat Islam berbanding ibu saya yang dibela oleh ibu angkat dan diajar dengan budaya barat..walaupun begitu saya tetap menghargai dan mendoakan ibu saya..

inilah namanya insan..imannya ada turun dan naik..tapi untuk istiqamah dgn amal yg baik perlukan suasana yg baik..kawan-kawan yg baik..kita perlu pengisian yang konsisten..dan iman kita perlu dipantau sesama kita secara konsisten dan sistematik..kalau kita boleh buat menu makanan sihat, takkan kita tak boleh buat menu ibadah seharian...tul tak? :)

bila kita dah ramai, kita akan jadi kuat..jadi kita mampu menghadapi kerenah dunia dan isinya ini..saya berkongsi dari pengalaman..

sebenarnya kita boleh buat selagi kita menjaga benar2 hubungan kita dgn Allah..bagi saya paling penting tahajud dan tilawah quran..sudah tentu ibadah wajib tu dah setelkan dulu..

saya juga jahil..masih belajar..dari sini saya sebenarnya sgt takut jika saya berpaling dari jalan yg saya dah temui ini..kita kena hargai dan selalu muhasabah ingatkan bagaimana susah payah Rasulullah membawa risalah agama yang mulia ini..

Jika bukan kerana Baginda n para sahabat, sudah tentu kita tak Islam seperti hari nie..lihatlah orang dahulu sanggup mati demi mempertahankan kalimah La ila ha illallah..tapi kita dah Islam sejak nenek moyang harus lebih menghargai dan mengaplikasi segala suruhan dalam alquran dan sunnah Rasulullah..

Sekadar berkongsi kerana hati ini suka berkongsi...

salam ukhuwwah buat sakinah..nice sharing..
Salam semua...

Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian pandangan.

ANONYMOUS : Saya boleh dihubungi melalui emel noraslinaj@yahoo.com.
SERI : Apa yang Seri persoalkan, dan saya menyediakan penjelasan dalam bentuk satu artikel bukanlah kerana soalan-soalan Seri itu mengundang kontroversi, kerana sedari awal saya menulis tentang aurat dan hijab, perkara itu telah saya maklumi akan mengundang kontroversi. Aurat dan hijab itu sendiri, bila diperkatakan selalu menimbulkan banyak persoalan.

Saya menulis panjang sekadar untuk menejelaskan lebih terperinci buat semua yang bergelar Muslimah termasuk diri saya juga. Jangan terasa saya menyindir bila berkata tentang wanita yang belum berkahwin tidak faham. Saya tidak bermaksud sedemikian.

Sebagai seorang wanita yang pernah melalui fasa bergelar bujang, saya juga pernah meyakini bahawa bila berkahwin kelak seorang suami akan suka jika isterinya berhias dan bersolek.

Namun hakikatnya, bila telah berumahtangga, apa yang perlu diambil perhatian oleh seorang isteri ialah kesukaan dan kegemaran suami. Jika ada yang suka bersolek, berdandanlah dan jika sebaliknya, berhiaslah seadanya. Yang penting, seorang isteri yang solehah itu ialah yang apabila suami memandangnya, suami akan tenang dan gembira.

Seterusnya apabila saya berkata tentang pakaian, bukan juga saya menidakkan aspek hati. Hati penting kerana awal niat dan tujuan tindakan seseorang bermula dari dalam jiwanya. Di situlah berputiknya rasa tunduk dan patuh yang akan dijelmakan pula melalui tindakan fizikal.

Saya juga punya pengalaman menyaksikan di depan mata, beberapa Muslimah yang elok berpurdah, bertudung labuh dan berjubah tetapi berkelakuan tidak sepatutnya. Lalu, adakah kerana tindakan segolongan yang begitu rupa, saya akan rasa cukup dengan penampilan yang saya ada?

Sewajarnya tidak...kerana jika saya merasa cukup dengan apa yang ada, maka saya telah terpedaya dengan bisikan Syaitan untuk tidak berubah dan melakukan usaha yang terbaik! Dakwah mungkin akan terhenti hanya kerana setiap orang telah merasa dirinya telah baik berbanding orang yang ada kekurangan daripada dirinya baik dari segi akhlak, pakaian dan seumpamanya.

Cuma, saya hanya ingin memfokus lebih kepada pakaian luaran memandangkan perkara ini sudah jauh menyimpang dari tuntutan sebenar Islam. Kerana itu saya pernah menulis, ramai wanita hari ini ingin mencontohi Sayyidatina Khadijah RA bila di rumah, bersolek dan berhias untuk tatapan mata suami tercinta, tetapi ketika berada di luar, bekerja, berdakwah, bersiar-siar dan sebagainya tidak pula mahu mencontohi Sayyidatina Khadijah dan Muslimah silam di zaman Rasulullah. Kerana itu fitnah akhir zaman ini semakin berleluasa....

Akhirnya, suka saya mengajak Seri dan pembaca lain untuk bersilaturrahmi. Jangan jadikan pakaian sebgai penghalang untuk kita menjalin ukhuwwah yang murni.

Walau siapa pun kita, penentu siapa yang terbaik di sisi Yang Maha Esa adalah ketaqwaan. Justeru marilah bersama kita berusaha ke arah itu. Semoga Allah menetapkan hati-hati kita, ameen :)
Sekadar meluahkan pandangan...
Pakaian yang kita pakai boleh melindungi kita dari maksiat.Saya tak pernah plak nampak yang pakai tudung labuh terkinja-kinja masa konsert.Yang pakai tudung biasa adalah...Tapi memang pernah nampak hamba Allah bertudung labuh,bertukar tudung biasa nak pergi konsert....TAK PATUT2X
Anonymous said…
Salam,

"Kalau hati terasa tidak selesa dengan artikel ummuhusna, maknanya ada yang tidak kena dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini."

Maaf, saya rasa istilah di atas tidak sesuai digunapakai, sbb Ummuhusna(UH) juga manusia biasa, bukan maksum sepeti nabi.

Setakat ini saya setuju semua artikel UH, cuma cara penyampaian kadang2 tidak kena (tajam, terlalu sinis)sedangkan kita dianjurkan untuk berhikmah dalam menyampaikan dakwah/kebenaran.Ini boleh menangguh2kan hasrat hati2 yang mahu berubah.

UH kena ambilkira followernya yg terdiri dari pelbagai latar belakang.Ada di kalangan mereka yg asas agama yg terlalu rendah, persekitaran hidup yg kacau bilau, tdk seperti UH yg saya kira bertuah kerana sjk di alam kanak2 hingga berkeluarga diwarnai dengan warna 'bai'ah Islamiyyah'.

Sesekali kena tukar 'rentak' agar insan2 yang berhasrat untuk berubah semakin jinak hatinya utk berubah.Letakkan diri penulis di tempat mereka yg kurang bernasib baik itu.

Harap komen ini tidak mengundang rasa di hati para pembaca dan UH sendiri. Wallahu A'lam.

"ISLAM ITU INDAH"
ANONYMOUS : ( Islam itu indah )
Alhamdulillah dan terima kasih atas teguran dan saranan, cuma jika boleh diperincikan lagi ayat yang bagaimana yang saya gunakan berbentuk menyindir dan tajam. Mudah-mudahan saya dapat menilai dan melakukan perubahan.


Benar saya seorang manusia biasa yang tidak dapat lari dari salah dan silap.

Seperkara lagi, saya bersyukur dengan apa yang ada dalam keluarga saya. Walaupun hakikatnya penghayatan agama di dalam keluarga saya juga seperti keluarga Melayu lain yang biasa-biasa saja, hanya solat lima waktu dan tidak lebih dari itu. Kewajipan menutup aurat juga lambat dilaksanakan sebenarnya.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, perubahan demi perubahan berlaku bermula dari kakak sulung yang menjadi contoh saya dan adik beradik semua.

Namun, tidak juga saya menyatakan saya malang, kerana apa yang perlu adalah bersyukur atas setiap fasa kehidupan yang telah saya lalui.Buruk atau baik yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wallahu'alam.
Rohani said…
Salam,

Allahuakbar, sayu rasanya membaca komen2 yg ada di sini. Syukur kepada Allah kerana kita dikumpulkan disini utk membincangkan suatu yg hak. Suatu yg tidak melalaikan, suatu yg mendekatkan lagi diri kita kepada Rab yang satu!

Buat Seri, insyaAllah akak mendoakan Seri dan semua muslimin muslimat agar sentiasa mendapat hidayah daripada Allah dlm kehidupan yg penuh fitnah ni terutama diri ini yg masih byk kekurangan utk berjumpa Tuhan suatu hari nanti. Allahuakbar!

Ingat Seri sekali Allah memilih kita utk mendpt hidayahNya, genggamlah ia agar ia tidak pergi jauh lagi dari kita, insyaAllah selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Dia akan datang kepada kita.

Semoga kita semua akan dikumpulkan di syurga Allah di hari yang telah dijanjikan Allah nanti. InsyaAllah... Amin Ya Rab!

Terima kasih buat Ina yg telah membuka ruang2 utk kita semua bermuhasabah diri. Wassalam.
Kak Nisha said…
Assalamualaikum semua,

Wah hebatnya tajuk kali ini. Banyak memberi keinsafan dan kesedaran. Ialah kita ni manusia biasa walaupun dah ok sebenarnya taklah ok sangat. Banyak yang perlu di perbetulkan. Kan dunia ini "Madrasah Cinta Kita". Semoga kita semua menjadi manusia "hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini". ameen.

Sebenarnya nak mintak ummu Husna buat artikel tentang Hiasan Dalaman(dalam rumah bukan dalam hati), menghias rumah samada dalam rumah atau luar rumah(laman), terutamanya tentang langsir(akaklah tu).

Kak rasa ramai yang nak tau, ialah kita ni wanita memang suka bab yang cantik-cantik ni... Mungkin boleh beri batasan-batasannya atau panduan-panduannya. Memanglah berbagai pandangan dah akak dengar, ada yang pro dan kontranya. Tapi masih seri 1-1. Kotlah pandangan ummu Husna boleh mengubah pandangan akak pula(mungkin orang lain juga).

Wassalam.
Ummufarhan said…
Salam.

Terima kasih semua, kak ina dan pengomentar2, berasap saya baca..alhamdulillah banyak memberi input kpd diri saya. Saya harap suatu hari nanti kak ina dapat hasilkan buku pula khusus tentang aurat wanita dengan gaya penyampaian seperti dalam blog ni.

Erm, kepada anonymous-islam itu indah, sepengetahuan saya berhikmah dalam berdakwah itu subjektif. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat2 al-Quran yang berbentuk ancaman. Berhikmah tu tak semestinya dengan cara lemah lembut dan bahasa yang berbunga2. wallahua'lam.
Syuhairah said…
Salam kak Ina..

Terima kasih kerana kak Ina terus dan terus menyampaikan dakwah melalui cara Kak Ina sendiri..

Biasa la kak... apabila mengajak orang ke arah kebaikan... pasti pelbagai rintangan berbanding kalau kita mengajak orang untuk membuat kejahatan... Saya harap Kak Ina akan terus tabah dalam menyampaikan dakwah... Insyaallah..

Dan terima kasih... kerana saya antara beribu orang yang dapat manfaat dari setiap penulisan kak Ina... walaupun selalunya terkena balik kat batang hidung sendiri.. (",).. dan saya harap Kak Ina akan terus menulis dan terus menulis ke arah kebaikan... Insyaallah...

Wassalam
Amoi Ida said…
satu saat, kuminta nasehat pada seorang sahabat
aku merasa tak layak akh, katanya

aku tersenyum dan berkata
jika tiap kesalahan kita dipertimbangkan
sungguh di dunia ini tak ada lagi
orang yang layak memberi nasehat

memang merupakan kesalahan
jika kita terus saja saling menasehati
tapi dalam diri tak ada hasrat untuk berbenah
dan menjadi lebih baik lagi di tiap bilangan hari

tapi adalah kesalahan juga
jika dalam ukhuwah tak ada saling menasehati
hanya karena kita berselimut baik sangka kepada saudara

dan adalah kesalahan terbesar
jika kita enggan saling menasehati
hanya agar kita sendiri tetap
merasa nyaman berkawan kesalahan

Subhanallaah, di jalan cinta para pejuang
nasehat adalah ketulusan
kawan sejati bagi nurani
menjaga cinta dalam ridhaNya

-Salim A. Fillah-
Siti Rahmah said…
assamualaikum Ummu husna

minta izin bercakap dengan Seri

Seri, saya faham maksud Seri sebab saya dulu macam Seri, memang blog ini dan blog UZAR high level, mungkin ummu husna tak perasan kerana itu memang cara ummu husna dibesarkan, ummu husna boleh terima segala hukum dengan minda terbuka dan lapang dada, tetapi tidak dengan kebanyakan orang

dulu saya macam yang seri cakap- orang biasa yang baca sekali dan berlalu pergi, sebab saya rasa ummu husna macam ustazah saya kat sekolah, bagi ingatan, bagi ingatan, bagi ingatan... sedangkan kita tahu semua itu, kita puasa, solat dan baca quran, cuma hati tak terbuka untuk terima sesetengah perintah Allah yang kita rasa tak convenient dengan alasan, kita tak baik macam ummu husna, kita bukannya nak berdakwah, kita bukannya ustazah

sehinggalah saya membaca buku travelog haji oleh prof muhd kamil ibrahim dan membaca blog ustaz hasrizal, saifulislam.com, maka saya mula perasan perubahan pada diri saya

ini kerana sebelum kita dapat menerima sebarang hukum dengan berlapang dada, kita mesti dahulu sedar diri kita siapa..kita hanya hamba..

ini yang cuba diajar dalam tulisan ustaz hasrizal, iaitu Prinsip Jiwa Hamba dan hidup berTuhan

pergi ke saifulislam.com dan search artikel lama dah bertahun2 'begin with the end in mind'... bila keselamatan akhirat saja yang menjadi piawaian kita maka kita tak akan mempersoalkan kenapa ini kenapa itu terhadap semua perintah Allah

setelah kita sedar yang kita memang hamba yang 'mana ada milik kita' maka baru kita boleh terima apa yg ummu husna atau UZAR cuba ajarkan

Seri, jujurlah dengan Allah, insyaAllah dipermudahkan semuanya

Lagi satu cadangan saya ialah baca semula kisah Nabi Muhammad saw, walaupun dah byk kali baca masa sekolah, tapi baca lagi sekarang, ini kerana tahap analisa kita sekarang lebih matang dan worldview kita berbeza, bacalah hingga kita menangis terkenang keperitan hidup baginda

minta maaf ummu husna, saya tahu kita in 'different league', itulah aras keimanan yg berbeza setiap orang, saya masih banyak perlu belajar dari ummu husna, uzar dan lain2, teruskan membimbing kami yg masih bertatih ini
Anonymous said…
Assalamualaikum w.b.t...

Salam utk Kak Ina dan semua..
saya cuma nk katakan di sini, saya ni kira tergolong dlm golongan wanita2 yg mmg tak gemar berfesyen dan bersolek..saya mmg kurang suka la sb bg saya, bersolek ni rasa mcm susah la..yelah, jap gi solat, dah kena tanggalkn mekap then buang masa tul..aduss, rimas gak saya hehe..maafla kl ada yg terasa..
hubby pn mengenali saya mcm ni sampai la kami dikurniakan 3chymata..camni la saya tp APA YG PENTING ADALAH KEBERSIHAN..tak guna kl bersolek tebal, berperfume berbotol2 tp kotor..tul tak..?
mcm Kak Ina ckp la, Kak Ina sapu madu je..mcm saya, saya pakai vaselin..tu pun sb share dgn hubby hehe..bedak di muka ni pakai gak tp seadanya je..tp di rumah mmg saya berhias la skit..saya akan pakai maskara, lipstik dan wangian..sb nk sambut hubby blk keje..tambah2 kl hubby pulang lewat mlm..mmg lagi seksi-meksi..
sb bg saya, kl hubby gembira dan bahagia, hati saya bertambah tenang..malah saya cukup suka kl hubby tertido kekenyangan selepas menjamu makanan yg saya masak even cuma singgang saja sb hubby mmg suka singgang..
nthlah, mungkin ramai akan ckp..xbest la sleh nk bergaya..tp bg diri saya sndr la..saya lebih gemar bergaya depan suami saya..kl depan org, rasa mcm malu la..even family in law..saya tetap menutup aurat even balik kg sb saya rasa selesa sgt2..
mmg mula2 tu rasa susah tp bila mengenangkan azab Allah..ya Allah takutnya..then terfikir lak, nnt kesiankan suami nnt..takut dikatakn dayus sb xajar isteri dgn betul..kl nk diikutkn, kwn2 saya mmg seksi2 tp saya ok je kwn dgn diorg..saya doakan mereka berubah saja..ttg bau badan tu, saya amalkn mandi daun pandan, mmg berkesan..rasa segar dan mmg kurang berpeluh..
Siti Aishah said…
Ummu Husna,

nak bertanya sedikit..

dulu saya masa blaja pakai ketat2..baju pendek2,sleuar jeans & tudung x tutup dada..

lepas kawen sy dh berubah.pakai baju besar(bj kurung atau bj muslimah sj) & tudung besar..

tp kwn2 slalu tag gamba saya yg lama2 dulu..yg pakai ketat2 tu.sy kurang gemar.adakah sy ptt melarang mereka letak gamba saya? adakah sy masih berdosa kalo gamba lama sy ditayang2??

tu je mushkil - siti aishah
BroSyarief said…
sekadar membantu menjawab persoalan Siti Aishah.

jika yang dimaksudkan ialah di dalam facebook, anda boleh 'remove-tag' pada nama anda di bawah setiap gambar.

sebagai langkah prevention, jelaskan dengan baik kepada rakan-rakan anda. insyaAllah, jika kena caranya mereka tidak akan mengulanginya.

alLahu a'lam
ummu hakim said…
salam kak,

jazakillahu khair atas artikel ini. saya merupakan salah seorang isteri yg mempunyai suami yang tidak menyukai make-up dan seangkatan dengannya..bila teringat yg kita sbg isteri perlu berhias unt suami, buntu juga memikirkan cara unt berhias. tp lama kelamaan, barulah faham...yang penting bersih, berbau harum bila berada dgn suami.

tapi dlm keadaan mengandung, kita semestinya lemah..pucat dan tidak bermaya, nak menggoda suami pon rsnya tak larat ;). jadi dlm keadaan camtu camana pula ye kak?
Anonymous said…
salam...

syukran jazilan atas perkongsian...dan sy jg sgt2 t'usik membaca komenter2 d'atas...

alhamdulillah,ALLAH telah beri sy hidayah utk berubah..wlupn sy x pkai tudung labuh sepenuhnya(bulat)...cuma tdung biasa yg berbidang besar...
sy yg berpakaian biasa2 nie,bermekap@swktu dgnnya mmg sy x mnat lgsung...
cuma yg sy pelik n x sgka,bg sy,sy terlalu biasa2 nk d'bndingkn dgn prempuan2 lain d'luar sna,tp xsgka msih ade jg lelaki yg mmndang sy...myebabkn sy serba xkne ketika berada dlm klas(sy sdang mnuntut d sbuah u di selangor)..srba slah rsenya bila rse dri d'perhatikn...:(
sdeh3...
Anonymous said…
saya salah seorg penuntut UKM, malaysia
saya dah lama follow blog nie..
tapi kadang2 bahasa yg xpham buat saya pandang skali lalu..
kdg2 baca pon xhabis.
eh,memang xpernah habis pon
=)

saya suka ikut kalo ade kwn2 yg buat usrah..
walaupun kadang2 macam tertanya-tanya betulkan ke ape yg aku buat nie..
sb kdg2 rasa mcm hipokrit.
ye la mase tgh ikot usrah 2 rasa mcm baik giler.
tp lepas 2 hang out dgn kwn2 pakai baju yg macam remaja selalu pakai skrg=)

tapi sahabat2 yg dalam usrah 2 mcm paham je ape yg sye rase..
means dorg kate kalo huda dah ikot pon kira bagus.
semoga huda dapat hidayah.
sebab bila da selalu ikot usrah tuh, bila nak buat sesuatu yg mcm dilarang dlm agama tp dah ramai yg buat n jadi perkara biasa hidup zaman kini, huda akan pikir byk kali.
ade yg huda dpt elak buat.
ade yg buat jugak..=)

dan hari nie baru 1st entri ummuhusna yg sye baca habis.(seeloknyer pgl kakak ummu kort...ehe=)
sebabnyer hari nie kan valentine day..
selama nie mak xpena tego n bincang pon psl valentine nie.
tp pg td mse breakfast tetibe je mak macam tego n bg nasihat sket.
terkesima sebentar..
after that baca quran n xsedar dah khatam.
hohhhoho..
lepas baca quran baru la terasa nak buka page kak ummuhusna.
tq..
tapi br dpt baca satu entri.
lepas2 nie i follow u lagi erk.
skrg tgh byk asgmnt nak siapkan..
uhu..
doakn huda ye kwn2 yg len..

erm,lagi satu..
huda nie atlet UKM.
sukan sofbol..
pakaian???erm,pakaian sofbol.....cmne ek nak gtaw.
jersi..suar ikot saiz kaki..uhu..erm,senang citer ketat la..
nak tinggalkan sukan tuh saya nie jenis xbley duduk diam
mesti nak bersukan.
jadi cadangkan boleh cmne?
uhuuuuuuuu
Fatimah said…
Alhamdulillah..syukur pada Allah yang tunujkkan hidayah buat huda.. nama pun huda yg bermaksud petunjuk=)
berkenaan sukan softball, tak perlu nak ubah secara drastik (yakni tinggalkan terus)..lagipun sukan juga baik untuk kesihatan.
mungkin huda boleh mula dengan berseluar panjang yang agak longgar dan tak nampak bentuk badan. pakai t-shirt lengan panjang yang agak longgar dan at least melepasi punggung.
Kalau rasa susah jugak, mungkin boleh mula skit2..start dengan seluar dulu..pastu baru elokkan baju pula..
yang penting ada usaha walau sedikit2..
moga Huda diberi kekuatan oleh Allah..ameen..
Salam semua,

SITI AISHAH : Alhamdulillah dan tahniah atas perubahan yang baik tu :)

Kak Ina setuju dengan Ahmad Al-Libi. Maklumkan pada kawan-kawan yang tag gambar-gambar tersebut dan minta secara baik agar mereka tidak menyiarkannya.

InsyaAllah, yakinlah dengan usaha yang Aishah lakukan dan selebihnya serahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan rahmat-Nya sangat luas.

Dia yang memegang hati-hati manusia. Mudah-mudahan dengan usaha tersebut, Allah menggerakkan hati kawan-kawan Aishah untuk tidak menyiarkan gambar-gambar lama itu lagi.

Semoga membantu ye :)
UMMU HAKIM : Tak perlu risau dengan keadaan diri yang sedang tidak mampu nak melakukan serba serbi. Yang penting utamakan kesihatan dan keselamatan anak di dalam kandungan.

Suami yang baik dan menyayangi isterinya tentu memahami situasi isteri yang sedang hamil.

Dalam hubungan suami isteri, komunikasi penting. Rasanya Ummu Hakim dah maklum tentang ini. Jika ada persefahaman dan bantuan suami, insyaAllah layanan tetap dapat diberikan dalam keadaan semampu seorang isteri :)
NURHUDA : Alhamdulillah. Terima kasih Huda kerana masih sudi membaca entri Kak Ina ni :)

Sukan sememangnya baik untuk kesihatan. Malah Rasulullah s.a.w sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Aisyah. Aisyah mengatakan:

"Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) iaitu seri.

Walaubagaimanapun, dalam memenuhi kemahuan dan minat, seorang Muslimah perlu menjaga batas-batas syari'at, iaitu menjaga aurat sebaiknya.

Kak Ina ada terjumpa satu laman yang menjual pakaian sukan Muslimah. Bajunya labuh dan seluar yang longgar. Sesuai dengan Muslimah yang aktif dan bergiat cergas dalam sukan.

Huda boleh lihat ye .. ini linknya :

http://fitmuslimahs.com/sportswear.aspx

Semoga sukan dan riadah tidak menjadi faktor penyebab bagi wanita dan lelaki Islam lalai daripada memenuhi tuntutan agama dan kewajipan dunia.

Mari kita sma-sama mengimbangi di antara kehendak diri dan kewajipan memelihara syari'at agama, mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa diberkati Allah SWT, ameen.
maslina said…
SALAM.. SY TERTARIK DGN ISU INI.. SBNRNYA DLM HATI INI TERLINTAS ADAKAH PAKAIAN YANG SY PAKAI MENUTUP AURAT. TTP SY ADA SOALAN, ADAKAH HANYA YG BERTUDUNG LABUH SHJ DIANGGAP MENUTUP AURAT SBNR? NABI PESAN SUPAYA MENUTUP DADA jd SALAH KAH KLU HANYA MEMAKAI TUDUNG BIASA/3 SEGI YANG TIDAK JARANG, BERSTOKIN, DAN MEMAKAI T-SHIRT MUSLIMAH SEPARAS PAHA? ATAU MMG WAJIB MEMAKAI JUBAH DAN BERTUDUNG LABUH SHJ SBGAI MENUTUP AURAT?..hrp dpat menjelasan, terima ksih.
siti nur said…
kak ina,

yg online talk pasal aurat wanita hr tu, sy nk bg pndangn sikitla.

sy rasa mcm kurang berkesan.
mungkin next time bleh improve dgn:

- highlightkan apa yg dikatakn menutup aurat yg kurg sempurna

- banyakkan bagi contoh yg realitinya org boleh nmpak di sekeliling mereka (atau pada diri sndiri)

- kdg2 org tak tau, aurat mereka sbnrnya tak ditutup dgn sempurna lg
cth: pakai blouse pendek yg nmpk punggung, tudung yg jarang nmpak leher,tak pakai stokin.

tm kasih
Bunnybaby said…
Salam.

Apabila membaca komen dari SERI yang mencetuskan artikel ini, berserta komen-komen lain yang menuruti (walaupun tidak semua), saya rasa sedih untuk 2 perkara.

Sedih yang pertama, ialah bagi para isteri yang sememangnya telah menutup aurat di luar, dan di rumah pakai berlebih kurang saja. Ada rakan saya yang terkejut apabila saya memmbeli baju jarang yang saya khususkan pemakaiannya di rumah saja. Kata mereka, rugilah! Kenapa rugi? Kerana hanya suami seorang yang berpeluang memandang? Golongan beginilah yang sedikit sebanyak merosakkan imej wanita bertudung. Mereka bertudung, tapi masih berhias lagi di luar rumah dengan pakaian jarang dan mengikut potongan badan (kadang-kadang badannya bukan cantik sangat pun!)

Sedih kedua, ialah untuk wanita bujang yang masih belum memahami konsep menutup aurat. Mungkin benar mereka bertudung, tapi perhiasan masih dinampakkan, dada masih diperlihatkan dek tudung yang singkat, mekap mak oii! Tanpa perlu berburuk sangka, secara luarannya, apakah yang ingin dicapai dengan menutup sekerat-sekerat begini? Bahawa diri itu memang bertudung tapi jangan takutlah wahai lelaki, bila kahwin nanti aku tetap cantik begini.

Ada satu lagi kesedihan, apabila puan mengingatkan tentang saf hadapan. Saya seorang pelajar sambilan, bermakna saya ke kelas malam setelah habis waktu kerja. Saya memang suka duduk di hadapan sekali, kerana lebih mudah menerima pelajaran (tambahan pula saya ni rabun orangnya). Dalam kebanyakan kelas, saya memang berseorangan di hadapan. Sedangkan para pelajar lelaki (dan pelajar perempuan lain), semuanya menikus nun di belakang. Semoga Allah mengampunkan dosa saya, jika ini satu kesalahan.
ilham izzat said…
alhamdulillah...sume kt sini bg komen yg membina diri sendiri dan muslimah yg lain...psl tudung labuh,my friends and i dpt culture shock jgk bile tbe2 kne pkai tudung labuh,lame2 dh biase tp pemakaian tudung labuh ni kitorg hadkan utk pg kuliah je..dh cube nk pkai selain drpd pg kuliah tp xboleh jgk..
georgie said…
Saya belum lagi pakai tudung, tapi saya suka cara ummu husna menegur. Logikal tanpa mengguris hati. Kadang-kadang (sebenarnya selalu juga)kalau saya terserempak atau berinteraksi/meeting dengan orang yang pakai tudung labuh, seperti mereka pandang jelik pada saya, kadang-kadang tu terdengar sendiri dalam toilet macam mana mereka mengumpat saya, padahal saya rasa saya pakai macam orang lain juga yang pakai tudung tiga-segi tu cuma tak bertudung. Di sekolah/universiti dulu pun mereka yang pakai tudung labuh inilah yang suka buli saya, menuduh itu dan ini. Mereka ini buat saya rasa kecil, kadang-kadang lagi buat saya rasa tak nak ikut (rebellious). Dalam masa yang sama saya tak jemu cari/ bergaul dengan kawan-kawan yang bertudung (tiga segi/labuh) yang non-judgemental, selain selesa dengan mereka, saya fikir kalau pandai pilih kawan nanti saya akan jadi baik juga macam mereka. saya berdoa suatu hari saya bertemu kekuatan untuk memakainya (dengan cara yang betul) dan istiqamah. ameen.
adilah said…
sy setuju dgn georgie.
sy jg pernah dibuli golongan sebegitu di university.sy pernah mengikuti usrah ttp mrk memandang serong pd sy krn sy memakai tudung 3segi.malah ada yg tanpa segan silu memperkatakan mengenai sy dlm bahasa arab tanpa mengetahui yg sy boleh berkomunikasi dlm bahasa tersebut

sy sukakan pendekatan blog ini dlm menyentuh soal aurat.sesuatu yg positif memandang berpakaian seksi semakin diterima masyarakat.ttp sy masih musykil ttg batasan penampilan wanita di khalayak.benarkah islam hanya membenarkan celak mata shj. bgmana pula dgn wanita yg menutup aurat sempurna lalu memakai celak sehingga matanya nampak galak &amat menggoda..

jujurnya,sy jenis yg berdandan keluar rumah.selain menjaga penampilan, ia adalah atas tuntutan kerja yg memerlukan sy tampil elegan.tp sy tdk merasakannya sbg satu kesalahan.memakai pakaian cantik (kemeja + slack)serta bedak asas spy wajah nmpak ceria, tdk berminyak + lip balm berwarna kerana bibir sy pucat.sy bukannya bersolek serba berkilat seperti ustzh siti norbahyah.sekadar mahukan kekemasan.betulkan sy sekiranya ia salah
Musafir said…
Assalamua'laikum ummu husna, ana ada muatkan entry nt ni dlm fb.. dan ana diutarakan satu soalan yg ana tidak arif mngenainya.. boleh ummuhusna terangkan.. moga Ana dpt jelaskn kpd yg bertanye...
soalannya bgini;

“Sebaik-baik saf lelaki adalah saf paling depan dan sejelek-jeleknya adalah saf terakhir. Dan sebaik-baik saf wanita adalah saf terakhir, dan sejelek-jeleknya adalah saf paling depan.” ( Hadis riwayat Muslim)." Leh tak diperjelaskan.. adakah ini hanya benar jika saf lelaki dan saf wanita tidak dipisahkan oleh tabir??
Miss Fairy said…
assalamualaikum....
kak,saya amat berminat mengenai apa yang akak sampaikan...terima kasih...semoga kita sama-sama menjaga apa yang dianugerahkan Allah kepada kita dengan sempurna..Insya Allah....Assalamualaikum...

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA