AKU PENGKAGUM WANITA-WANITA ITU...


Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa…
Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah terhadap ketentuan-Nya


Kisah Siti Hajar meruntun sukma…
Bersama bayi kecilnya dia ditinggalkan di lembah gersang membakar…
Suami tercinta, Ibrahim berlalu dengan linangan air mata…
Rahsia dari arahan Tuhan tidak pernah dipersoalkan, hanya patuh atas setiap perintah-Nya.

Tanpa makanan, tanpa minuman, tiada pepohonan, tiada insan buat peneman..
Hanya bayinya Ismail yang mulai menangis…ratap sayunya kerana lapar dan kehausan..
Pedih hati seorang ibu, kasihnya membara menguatkan jiwa…
Ke sini dan ke sana, antara dua bukit Hajar berlarian bagai tak kenal erti lelah…
Harapan menjejak air buat merawat dahaga putera tercinta

Dari jauh bagaikan ada, namun mendekat nyata ia fatamorgana..
Putus asa tidak pernah singgah di hatinya, mencari dan terus mencari….
Berlari dan terus berlari, hingga berulang alik sampai tujuh kali…
Ingatan pada kata-katanya sendiri tersemat kukuh saat si suami berlalu pergi,
“Jika ini perintah Ilahi, pasti DIA tidak akan mensia-siakan kami!”

Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa…
Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah dengan ketentuan-Nya


Bersuamikan Fira’un Maharaja perkasa, gelaran ratu menghiasi singgahsana…
Permaisuri Asiah jelitawan mulia, kedudukan bukan untuk bermegah..
Hanya sahaja melayan resah, suami di sisi berbeza aqidah…
Angkuh sombong zalim pemerintahan, takbur mendakwa dirinya Tuhan..
Dilepas hidup dakwanya mampu menghidupkan…
Dihukum bunuh, sangkanya mampu mematikan.

Terhibur hatinya tatkala mendapat tahu,
Masyitah si tukang sisir menyembah Yang Esa..
Berkongsi rasa, berbagi cerita, saling mendorong teguh beragama..

Suatu ketika Masyitah menyisir rambut puteri Maharaja..
Terlancar di bibirnya saat mengambil sisir yang jatuh….
“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.
Si puteri tersinggung mendengar ayahanda dihina..
Mengadu cerita, membangkit amarah ayahandanya..
“Siapakah Tuhan yang kau sembah?”

Teguh pendirian, tidak berganjak, kata-kata Masyitah mencetus lahar..
“Tiada Tuhan selain Allah , Penguasa sekelian alam dan segala isinya”
Masyitah diberi dua pilihan, mengaku kufur atau tetap beriman..
Bersaksikan rakyat jelata dan Fir’aun durjana…
Di hadapannya kuali besar tersedia, menunggu hukuman penamat usia…

Menatap bayi di dalam pelukan, cinta ibu menghadirkan belas kasihan..
Takdir Allah, si anak kecil lunak bersuara, memujuk Masyitah memilih keimanan
“Wahai ibuku, Jangan kau ragu, pintu Syurga terbuka menanti kita”.

Tanpa jeritan, tanpa keluhan,
Masyitah dan anaknya terjun ke dalam kuali besar..
Wangi semerbak mengiringi pemergian..
Roh mulia bertemu Allah Yang Maha Esa..
Menyaksikan suami menzalimi wanita dan bayi yang lemah..
Membakar jiwa Asiah, mewarwar kebenaran aqidah..
Fir’aun menganggap permaisurinya gila…
Menyiksa Asiah tanpa belas dan rasa duka..

Sebelum nafas berakhir di dunia, ke hadrat Yang Kuasa Asiah berdoa
“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga,
Selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya,
Serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa…
Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah dengan ketentuan-Nya


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi
Jumpa lagi, InsyaAllah

Comments

joegrimjow said…
akulah pencinta wanita!"!!

nak dapat isteri sehebat fatimah
kene lah jadi lelaki sehebat ali
Min said…
semoga kita memiliki jiwa sekental dan setabah mereka serta mempunyai tawakkal setinggi mereka. aminnn!
ibusumaiyah said…
salam ya Ukhtie...

Saya berasa amat kagum dengan penulisan ukhtie...
Menyuntik semangat dengan penghayatan peribadi mulia wanita-wanita itu.....

AKU JUGA PENGKAGUM WANITA-WANITA ITU....

:)
Naz Mohamed said…
As-Salam,

Mereka adalah wanita2 idola yang tiada satu dan tiada dua. W/pun diri tidak mampu menjadi sehebat mereka, impian tetap membara utk mencontohi sikap & akhlak yang ditunjukkan.

joegrimjow:- Tidak perlu suami sehebat Ali. Jika suami sezalim Firaun, contohi Asiah yang sentiasa beriman,sabar & tabah.
Zuraimah Ismail said…
subhallah....keduanya mmg wanita biasa punyai iman yg luar biasa..
walau suami tak sehebat Ali, moga diri boleh mencontohi Asiah...aamiinn
Raihana Bahru said…
salam kak ina....syukran atas perkongsian yg mnarik...role model muslimah sejati sudah jelas terkisar kisahnya...insyaAllah moga menjadi panduan dan ikutan utk diri ana...subhanallah ...

Ana ingin tabah,
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah ana menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
tajnur said…
Salam!
Dlm Surah Hud:120,`Dan semua kisah dari rasul2 Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah2 yg dengannya Kami teguhkan hatimu dlm risalah ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi org2 yg beriman`.
Siti Hajr telah medidik Nabi Ismail a.s. sepeninggalannya, dgn sifat k/syg dan mentarbiyyahkan tugas bapanya sebagai Rasul biarpun satu tempoh yg lama... Wallahualam
Anonymous said…
terima kasih di atas satapan yang indah ini...betapa hebatnya wanita-wanita itu....sy mmg mengagumi mereka tidak terdaya menjadi seperti mereka...
begitu juga sy kagum ngan ustazah yg banyak memberi yg boleh dimanafaat dlm kehidupan sy seharain...
betapa kesabaran itu mengatasi segala dugaan...
ingin sy kongsi bersama mengenai kisah teman sy..

teman sy berasal dr family yg susah...kais pg makan pg gitu la kiranya dan berpelajaran setakat spm sahaja...alhamdulillah dia dikurniakan suami yg berijazah..tp malangnya dia tidak disukai oleh family suami kerna mereka dr keluarga yg berpelajaran semuanya berijazah...malah suaminya juga tidak menyintai dirinya sepenuh jiwa raga...
bila sy tanya mengapa begitu...jawab teman sy suaminya hanya memenuhi syarat sunah nabi...dan ada orang menjaga makan dan minumnya sahaja...oh tiukah yang digelar suami....
sedih sy melihat nasib teman sy ini...tapi dia hanya..bersabar...sampai tahap dia melihat suaminya berdua dgn perempuan lain dia tetap menghormati suaminya...bahkan dihina dan dikeji oleh family suami dia tetap bertahan...
yg paling sedih dia jarang bertemu dgn family sendiri alasan suami tidak betah tinggal dgn familynya...bayangkan selama 10 thn usia perkahwinan mereka...hanya 10 hari bertemu dengan ibu bapa nya itu pun hanya pd hari raya..ya allah ustazah betapa berat penderitaan teman sy tapi dia redha dan tetap bersabar....
anaknya mmg jarang bertemu dgn ayahnya jadi tidak kemesraan diantara mereka...tp pd pendapat sy bagaimana anak2 nak menyayangi ayahnya kerna ayahnya jarang berada dirumah...keluar di waktu pg dan pulang di malam hari....
pada pendapat ustazah bagaimana sy ingin membantu teman sy ini...jalan terbaik untuk mereka....

tersentuh hati sy
betapa hebatnya perjuangan siti khadijah...
begitu juga dengan kesabaran yang dimiliki oleh teman sy......
Najjah said…
Assalammu'alaikum kak

Saya juga ingin jadi wanita solehah, seperti artikel kak ina kali ini. Tetapi saya kini ditimpa masalah rumahtangga.

Saya wanita bekerja disebuah syarikat ternama, sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun lebih. Saya berkahwin dengan suami macam org dulu2 kahwin. Tak kenal sebelum ni, tapi suami terus berjumpa dengan ayah utk meminang saya. Ayah suka dengan suami, sbb suami org masjid.Alhamdulillah, jodoh saya dgn org soleh yang banyak membimbing saya.

Saya ada terfikir utk berhenti kerja, kerana nak menguruskan rumah tangga dengan baik. Tapi, saya masih ada adik yang masih blajar di IPT, dan memerlukan bantuan saya. Ayah juga sudah tua, dan kalau ada adik bradik lain yg ada masalah kewangan, mereka mengadu dgn saya. Sukar utk saya berhenti kerja kerana mengenangkan adik2 saya ini.

Masalah saya adalah, saya bekerja, suami juga bekerja. Tapi, urusan rumahtangga,semua dibereskan oleh saya. Bukanlah mahu mengungkit, tapi saya cemburu dengan rakan2 lain yang bercerita, "kalau saya masak, suami saya kerjanya basuh baju dan lipat baju". Saya letih hendak menguruskan kesemuanya kak. Kadang2 fikiran jahat saya terfikir, lagi best jadi org bujang daripada berkahwin. Tapi saya muhasabah balik diri, Allah dah tetapkan saya berkahwin, pasti ada hikmahnya.Takkan lah saya nak minta cerai pula disebabkan perkara ni. Saya pernah juga bersuara, tapi suami saya akan cakap "kalau abg nak buat, abg akan buatlah. tak perlu nak suruh2". Saya tengah bertungkus lumus memasak, kemas rumah, suami saya dok menghadap kitab. Tertekan juga saya dibuatnya.

Saya tak nafikan , suami saya ilmu agamanya banyak. Dia suami yang baik. Tapi bab nak tolong2 isteri ni, dia kurang sikit.
Macam mana saya nak motivasi diri saya kak ina ?. Kak ina semasa masih bekerja dulu, bagaimana mengendalikan perkara2 ni. UZAR pastinya lagi sibuk berceramah di sana sini.

Nasihat dari kak ina, amat2 lah di harapkan.
ummu said…
Salam
wanita2 yang tertulis namanya di sejarah buat pedoman kita di akhir zaman
NAJJAH : InsyaAllah Kak Ina akan kongsikan masalah yang Najjah hadapi ini melalui artikel selepas ini.

Tiada kata pendahulu dan nasihat awal yang dapat Kak Ina sebutkan melainkan, banyakkan bersabar dan mengerjakan solat ( berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT ).

” Dan mintalah pertolongan ( kepada ) Allah dengan sabar dan solat.
Dan sesungguhhya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang- orang yang khusyu’( iaitu ) orang-orang yang menyakini , bahwa mereka akan menemui Rabb-nya dan bahwa mereka akan kembali kepad-Nya ” (Surah Al Baqarah ayat 45 - 46 )
edogawa conan said…
suatu ketika dulu saya pernah rasa sangat sedih hingga tidak terfikir ada jalan keluar kecuali mati.tapi alhamdulillah..saya di temukan kisah wanita-wanita seperti ini dalam buku motivasi islam.kisah mereka seakan memberi saya nyawa yang baru untuk meneruskan hidup.sesungguhnya dunia dan isinya hanya mampu menjanjikan bahagia tapi belum pasti menunaikannya.tapi dengan menggapai cinta Tuhan..bahagia makin membekas di hati walau dunia dan isinya menjauh pergi.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA