PULANGKAN

Tulisan ini adalah untuk menjawab persoalan dari seorang pengunjung pada artikel ‘Pakaikan Dirimu pakaian taqwa’.
Soalan itu dikatakan dari seorang wanita Cina yang Free-thinker :

1) mereka ditanya apakah maksud 'fitrah', dan adik2 ni jawab "yg Allah dah jadikan terhadap sesuatu, cthnya, wanita fitrahnya lembut". Maka wanita tersebut balas balik, apa bukti fitrah wanita mesti lembut? dan buktinya...
2)soalan kedua pasal knape lelaki ada yg tukar jantina ke wanita? dan sebaliknya...isu fitrah juga.

Pertamanya, saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab semua persoalan besar yang diutarakan. Namun atas dasar saling ingat mengingati dan berkongsi, saya cuba berikan sedikit huraian berpandu pengetahuan yang sedikit ini, InsyaAllah.

Umumnya, perbincangan tentang fitrah bertitik tolak dari firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” ( Surah al-Rum ayat 30 )

Manakala dari hadis nabi juga ada menyebutkan tentang fitrah ini, sebagaimana hadis dari Abu Hurairah yang bermaksud :

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci ), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Dari ayat dan hadis tersebut, dapat difahami bahawa fitrah itu ialah naluri beragama ( Islam ) yang suci dan bersih. Kecenderungan dan kecintaannya memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Di dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah SAW :

“Kebajikan ialah sesuatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Manakala dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan di dalam hati dan terasa bimbang di dada”. ( Riwayat Ahmad )

FITRAH DAN RUH
Fitrah wujud sejak azali lagi di dalam diri manusia, iaitu sebelum mereka dilahirkan ke dunia; ketika masih di alam ruh sebagaimana Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. “Tidakkah Aku Tuhanmu?” Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini.” ( Surah al-Araf ayat 172)

Kerana itu fitrah dan ruh saling berkait rapat antara satu sama lain. Seterusnya, ruh pula bertindak sebagai rantaian yang menghubungkan nafsu, akal dan hati. Justeru, jika manusia lari dari fitrah ini, maka rantaian ini akan terurai lalu manusia akan menyimpang dari kebenaran dan sesat dalam kegelapan bawaan Syaitan.

WANITA DAN KELEMBUTAN
Sebagai contoh, wanita diciptakan secara fitrahnya sebagai makhluk yang penuh dengan kelembutan, sensitif, mudah emosi dan keras hati. Walaubagaimanapun, perbezaan terhadap perkembangan dan pembentukan semua fitrah ini, antara seorang wanita dengan seorang wanita yang lain, tentu sahaja berkait secara lansung dengan latar belakang di mana dia dibesar, bagaimana dia diasuh dan didik serta perjalanan hidupnya sehari-hari bersama teman dan orang-orang di sekitarnya.

Sifat-sifat yang ada pada wanita ini merupakan fitrah yang menjadi tunjang utama untuk mereka berperanan sebagai ibu dan isteri. Tanpa sifat-sifat ini, mereka tidak akan peka pada setiap kehendak dan keperluan dalam kehidupan. Dan ia merupakan satu keistimewaan yang cukup beerti, kerana dengannya, wanita mampu melahirkan cinta dan kasih sayang yang tidak bersempadan sama ada sebagai isteri, mahupun seorang ibu kepada anak-anaknya.

Namun begitu, kematangan dan kerasionalan mereka dipengaruhi oleh pembentukan emosi yang sentiasa memerlukan bimbingan. Sebagaimana di dalam satu hadis, Rasulullah SAW menjelaskan yang bermaksud:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).” ( Riwayat Bukhari )

Tulang rusuk yang semulajadinya bengkok merupakan gambaran sifat fizikal dan mental yang cukup istimewa pada wanita. Walaupun pada dasarnya, ia merupakan sifat semulajadi yang tidak seimbang, justeru tugas ‘meluruskannya’ beerti memikul tanggung jawab yang cukup berat kepada kaum lelaki, khususnya seorang ayah dan suami. Mereka bukan sekadar perlu membimbing, bahkan perlu sentiasa bersabar dalam memberi nasihat yang baik sebagaimana yang dianjurkan oleh agama yang mulia ini.

TUKAR JANTINA
Mengenai lelaki yang menukar jantina kepada perempuan atau sebaliknya, mereka sebenarnya melawan fitrah yang ada di dalam diri. Hakikatnya mereka menghadapi kecelaruan jantina yang berkemungkinan disebabkan sejarah hitam di dalam hidup lampau mereka.

Begitu juga, tidak kurang ada di kalangan lelaki yang berperwatakan lembut dan wanita yang berperangai kasar, hasil dari asuhan dan pendedahan yang tidak betul dari keluarga sejak kecil. Kerana itu di dalam Islam, salah satu adab berpakaian yang ditegaskan ialah tidak menyerupai pakaian lelaki bagi wanita dan tidak menyerupai pakaian wanita bagi lelaki. Hal ini dinyatakan melalui sabda Baginda Rasul yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yg memakai pakaian wanita dan wanita yg memakai pakaian lelaki" (Riwayat Abu Daud dgn sanad sahih)

Jika perbuatan menyerupai sahaja pun telah dilaknat oleh Baginda SAW, apatah lagi perbuatan mengubah sesuatu anggota daripada lelaki kepada anggota wanita, tentu lebih-lebih lagi dosanya.

Alasan naluri dan batin yang ingin menjadi perempuan atau sebaliknya, tidak boleh diterima untuk mengharuskan perbuatan tersebut. Jika begitulah alasan yang diterima pakai, tentu sahaja akan berlaku banyak kerosak dan kebinasaan di dalam masyrakat.

Contohnya, seorang yang suka merompak, pasti akan menggunakan alasan naluri jiwanya suka merompak untuk menghalalkan perbuatan jahatnya itu. Begitu juga perogol, penzina, dan pelbagai pelaku maksiat dan jenayah. Tentu sahaja mereka boleh berhujah atas naluri jiwa yang suka melakukan perbuatan-perbuatan mungkar dan dosa tersebut. Alangkah dahsyatnya!


PULANGKAN
Akhirnya sebagai kesimpula, sedarilah bahawa kehidupan insan di atas muka bumi Allah ini bukanlah sekadar bersifat ‘trial and error’ semata-mata tetapi ianya sudah mempunyai arah dan tujuan hidup yang jelas sebagaimana yang telah digariskan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Pedoman dan jalan kebenaran hanya dapat dicapai menerusi hati yang tidak buta, akal yang waras dan tindakan yang selaras dengan didikan agama. Kemampuan ini sebenarnya ada dalam diri setiap manusia. Jawapannya ada di dalam setiap jiwa.

Tinggal lagi, pulangkan ia.

Kembalilah kepada fitrah yang asal. Fitrah azali dari Ilahi.

** Sebagai tambahan maklumat dan ilmu. Para pembaca dialu-aIukan menambah ilmu dan pengetahuan dari entri suami saya ini. Ia berkaitan hukum Islam, Fitrah dan aqal manusia.
** Dan jika para pengunjung ada tambahan pandangan terhadap topik yang dibicarakan ini, pandangan anda juga amat dialu-alukan. Jazakumullah.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

Unknown said…
Ustazah, jazakillah=)
Rumit juga nak buat mereka faham, lagi2 yang 'merana' kata fitrah mereka NAK jadi jantina yang sebaliknya.
Sy ajukan soalan yang sama kat ustaz sy, beliau cadang utk tanya balik kat 'org' tu, "bolehtak tukar bulan dengan matahari? dan matahari dengan bulan?".. tak boleh sebab itulah FITRAH...
JZkK ustazah=)!!
Unknown said…
Assalamualaikum ina.
Terima kasih kerana telah menulis atas satu topik yang kadang-kadang bagi orang seperti kakchik ni sukar nak menjawab dengan hujah-hujah yang mantap.
Alhamdulillah, kakchik boleh kutip serba-sedikit isi penting di sini untuk dibuat hujah.
Naz Mohamed said…
As Salam Ina,

Alangkah damai & indahnya hidup yang berpandukan kepada Al Quran & sunnah. Fitrah seorang ibu, mengasihi anak2 tanpa syarat & tidak berbelah bahagi. Fitrah seorg isteri menjadikan suami sebagai pemimpin utk dipatuhi. Disebabkan naluri inilah, jiwa gelisah krn perlu meninggalkan rumah utk bekerja sedangkan pendapatan suami lebih dari mencukupi utk hidup secara sederhana. Perbelanjaan r/tangga semuanya ditanggung oleh suami & tak usik langsung gaji akak. Semoga suami memahami dan menizinkan akak berhenti kerja.
Salam, Syami..

Alhamdulillah..yang baik dari-Nya. Semoga kita semua mengambil manfaat dan pengajaran darinya.

Mudah-mudahan si penanya beroleh hidayah dengan persoalannya itu. Kita berusaha, dan hanya Allah yang mengurniakan petunjuk-Nya.
KAK CHIK : Alhamdulillah. Kita sama-sama masih belajar,kak. Sesungguhnya selagi masih bernyawa, selama itulah, mudah-mudahan usia kita ini dapat kita habiskan untuk mencari ilmu di dada.
KAK INA : InsyaAllah, kak. Jangan putus asa.

Teruskan usaha untuk memberi keyakinan kepada suami, juga berdoa kepada Allah yang memiliki hati-hati manusia.

Andai Kak Ina telah bersedia untuk hidup seadanya demi kepentingan anak-anak dan rumahtangga,sememangnya itulah yang terbaik. Tahniah daripada saya atas niat suci itu.

Semoga Allah mempermudahkan jalan ke arah niat murni tersebut, ameen.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA