PAKAIKAN DIRIMU PAKAIAN TAQWA

“Kenapa muka Ummi berkerut-kerut tu?” Kak Long yang suka bertanya menghampiri saya. Saya menoleh memandang kepadanya. Tersenyum lantas kembali menatap gambar-gambar penuh warna ceria.

“Wah!Cantiklah…”tukasnya tiba-tiba. Belum pun sempat saya menjawab, bebola anak matanya lebih dahulu memandang skrin komputer. Teruja dan terpesona.

Bercorakkan motif floral abstrak dengan kombinasi satin warna ungu di bahagian dada, baju dari kain satin lembut warna hijau muda terang itu sangat menarik pandangan mata. Ditambah pula aksesori tambahan dari batuan mewah, baju itu cukup memukau dan indah. Itu tanggapan awal saya.

“Kak Long suka?”soal saya pula. Kak Long tersenyum lebar mengiyakan pertanyaan saya.

Memang cantik. Sebagai perempuan saya juga turut tertarik.

Cuma, ada kerisauan yang berdetik setiapkali saya menemukan gambar-gambar seumpamanya.

Memang perkara yang satu ini sungguh membimbangkan saya. Dari sehari ke sehari, perkembangannya merunsingkan hati. Kecamuk jiwa mengenangkan nilai Islam yang diletakkan bergandingan dengannya, sedangkan paparan yang ada menunjukkan ia sangat jauh dari ciri-ciri yang diharuskan agama.

Lebih-lebih lagi apabila pemakainya seakan-akan menonjolkan keindahan pakaian dengan bentuk tubuh yang masih jelas dapat diteroka oleh mata. Aduhai…

MELATA
Sudah lama sebenarnya saya memendam keinginan untuk berbicara sepatah dua mengenainya. Namun bak kata pepatah : Diluah mati emak, ditelan mati ayah. Serba salah.

Bukan saya tidak bersyukur. Bahkan saya akur, dek perkembangan fesyen pakaian Islam inilah, semakin ramai wanita Muslimah hari ini mengenakan tutup kepala. Bertudung dengan pelbagai cara dan gaya. Hal ini wajar mengembirakan saya dan kesyukuran ini dipanjangkan dengan tahmid kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Kaya.

Saya masih ingat betapa sukarnya Muslimah dahulu berjuang mempertahankan komitmen mereka untuk memenuhi kehendak agama. Mahu berpakaian menutup aurat walau bukan sedikit tentangan dan cabaran yang diterima. Mereka diejek, digertak dan dipandang sebelah mata sama ada oleh pihak sekolah, majikan atau ibu bapa. Namun, semua itu tidak mengurangkan semangat mereka hingga bilangan yang ada bertambah dari semasa ke semasa.

Berkat kesungguhan dan kesedaran pelopor awal inilah, beransur-ansur Muslimah bertudung mulai diterima di kalangan masyarakat, dari peringkat rakyat bawahan hingga kepada isteri-isteri pimpinan.

Kesan dari itu, rekaan dan gedung pakaian yang menampilkan ciri Islam mulai berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ia melatari persona dunia fesyen dengan meletakkan tuntutan syarak sebagai asas. Mendekati hati lembut wanita dengan variasi corak ilham perekanya. Melalui pelbagai tema.

Pesona Muslimah trendy terkini, Santun anggun menyerlah,
Sopan gaya kontemporari, Syari’e cantik tidak kalah.

Ya, dari suatu segi ia suatu perubahan yang amat membanggakan,namun dari sudut lain ia mewujudkan kebimbangan.

SALAH
Kebimbangan inilah yang melunturkan kegembiraan saya, bila melihat kepada penampilan pakaian yang tidak kena dengan namanya sebagai busana Muslimah yang sempurna.

Cuba anda lihat contoh pakaian di bawah ini.


Dan ini :



Sekali pandang, mungkin tidak ada apa-apa yang salah padanya. Labuhnya cukup menutup bahagian pinggul, berlengan panjang dan lengkap pula bertudung kepala. Akan tetapi, jika dinilai dari sudut ilmu dan kefahaman tentang ciri-ciri pakaian wanita Islam, ia sangat bercanggah dengan kebenaran.

Ciri-ciri yang digariskan di dalam Islam, berpandu al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ialah :

1. Menutup aurat sebagaimana sabda Baginda : Telah berkata Aisyah RA “Sesungguhnya Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”


2. Tidak nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar. Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabda Baginda yang bermaksud :“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)


3. Tidak ketat atau sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh terutama bahagian dada dan pinggul wanita, yang mengiurkan nafsu lelaki, mengecurkan keinginan syahwatnya dan seterusnya dapat menutup aspek kehaiwanan dari golongan itu.


4. Warna pakaian itu suram, tidak garang dan tidak terlalu terang. Tidak menyerlah atau menyilau pandangan, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutama pakaian seperti jubah atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam.



5. Tidak sekali-kali memakai bau-bauan yang harum, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaaniyah, iaitu pelacur atau penzina. “Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini ( iaitu pelacur ). ” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)



6. Tidak menyerupai ( bertasyabbuh ) dengan pakaian lelaki iaitu tidak meniru–niru atau menyerupai pakaian lelaki. Ibnu Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)



7. Tidak bertasyabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.



8. Pakaian itu bukanlah bertujuan untuk libasush-shuhrah, iaitu untuk bermegah-megah. Menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan gaya.


HATI YANG BELUM TUNDUK
Saya percaya, rata-rata di kalangan Muslimah hari ini, ramai yang terpelajar dan sedar akan perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” ( Surah An-nur ayat 31 )

Dan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah al Ahzab ayat 59 )

Sudah jelas di dalam dua ayat di atas, Allah SWT dengan kebijaksanaan-Nya, mewajibkan setiap Muslimah mukminah, menutup seluruh anggota tubuh mereka. Melindungi lekuk-lekuk yang menggoncang sukma jejaka dan tidak memperlihatkan perhiasan melainkan kepada suami, ayah, bapa mertua, anak-anak dan lain-lain yang dibolehkan melihat aurat mereka.

Ia bermaksud sebagai preventif dan pelindung dari berbagai kerosakan. Ia bukan sekali-kali kekangan dan halangan untuk bergelandangan dalam aktiviti kemasyarakatan. Seorang wanita tetap dapat berinteraksi dalam linkungan sekitarnya dengan syarat ia harus menjaga kesopanan dan kewibawaan tanpa keluar dari batasan syariat Tuhan.

Orang-orang yang hati mereka terlindung dari kegelapan hidayah sering mengemukakan bahwa dengan pakaian cantik dan tampil bergaya, wanita memiliki keyakinan yang lebih untuk berdepan dengan suasana. Hakikatnya, mereka malu untuk keluar dengan gaya biasa-biasa. Mana mungkin penampilan seperti itu mampu melirik tumpuan mata?

Malang, hati-hati ini sebenarnya masih dahagakan pujian manusia. Justeru, busana muslimah yang disarung hanyalah kosmetik untuk kelihatan sopan semata-mata, bukan jujur untuk menjalankan perintah Yang Maha Esa.

PAKAIKAN DIRIMU PAKAIAN TAQWA
Kesimpulannya, dengan perkembangan pesat pelbagai model busana muslimah sekarang ini, bukan bererti kita tidak boleh menyukai atau memakainya. Kenakanlah ia pada tubuh, asal sahaja semuanya tidak melanggar piawaian Islam yang mulia.

Sebagai Muslimah beriman dan bertaqwa, seharusnya kita dapat menjaga hati agar busana muslimah yang kita kenakan tidak mengheret ke neraka. Sematkan niat yang ikhlas untuk mentaati perintah Allah dan jauhkan penyakit riak, ujub atau mencari populariti di kalangan manusia. Tunduklah demi cinta dan redha Allah semata. Benarlah firman-Nya yang bermaksud :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )

Sedarlah, andai wanita menjaga aurat dengan sempurna dari pandangan yang bukan selayaknya, bermakna dia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, bahkan maruah wanita mukmin seluruhnya.

Sesungguhnya peringatan ini demi kasih sayang saya. Kerana kita adalah wanita.

Kerana dirimu begitu berharga, capai duniawi jangan lupa ukhrawi,
Pakaikan dirimu pakaian taqwa, demi jati diri muslimah sejati.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

Kak Nisha said…
Assalamualaikum semua,
Terima kasih ummuHusna atas peringatan tersebut, walaupun rasanya macam terkena kat batang hidung akak. Yalah yang menjual pun bakal mendapat saham di akhirat nanti, tambah-tambah yang di jual tu menyimpang jauh dari piawaian Islam, kena fikir-fikirkan semula. Nampaknya banyak perkara yang perlu akak rombak semula demi mencari keredhaan Ilahi.

Terima kasih banyak.

Wassalam.
Anonymous said…
ermm...banyak pakaian yang labuh ditemui, tetapi hampir keseluruhan nipis ustazah....nak pakai inner? huhuhu, dengan iklim Malaysia....sengsara!
salam kak...sekarang ni ramai wanita yang berpakaian tapi hakikatnyha bertelanjang...walaupun jubah yang dipakai....
Nazri Samsudin said…
Kak lina..
Teringat ada ustazah kat sekolah, pakai jubah yang nampak mcm longgar tapi kainnya tetap ikut potongan badan mcm melekat la, sampai ternampak garis2 pakaian dalam. Adakah dia tak perasan? Entah!

Tudung2 yang kainnya nipis dan jarang sampai nampak tengkuk dan leher. Adakah dia tak perasan? Entah!

Dulunya ustazah2 inilah semasa di universiti cukup sempurna menutup auratnya dengan tudung labuh dan ada yang berpurdah. Apabila lepas berkahwin dan berkerjaya, lain jadinya. Ada orang kata, dalam hal ini SUAMI yang berperanan dan bertanggungjawab, saya setuju.

Nampak gaya sia2lah segala ilmu dan tarbiyah di universiti kerana tiada kesinambungan ke luar medan sebenar kehidupan selepas berkahwin dan bekerja.

Ustazah yang diharapkan menunjukkan contoh tutup aurat yang betul kepada masyarakat tapi mereka pula yang mengikut trend masa kini yang tidak menepati syariat.

Hendak menegur golongan yang 'buat-buat jahil' ini lebih sukar daripada yang orang yang jahil tapi berusaha untuk tidak menjadi jahil lagi.
Kak Ummi said…
Semoga menjadi muhasabah buat diri kita semua...Terimakasih Dik Ina...
Ummi Maryam said…
salam, terima kasih di atas artikel ini. Saya setuju dengan suami memainkan peranan penting kerana dengan ketegasan suami sayalah maka saya dapat menutup aurat dengan baik. alhamdulillah. Saya juga dalam proses ingin belajar menjahit baju sendiri, bukan apa, nanti senang beli kain yang berkenan di hati, jahit jubah sendiri..menepati citarasa dan syari'at ilahi insyaAllah..
Anonymous said…
syukran ina ats peringatan penuh bermakna..
Anonymous said…
ye betul sangat kata kak ina tu. title ustazah skrg dah takde makna. cikgu2 biasa pulak yang baik, ikut panduan syariat. Lucu juga, kita cikgu masak je, tapi bila murid lalu sebelah, dia bagi salam.. `Assalamualaikum ustazah!'.. walaupun `ustazah' itu maknanya guru juga, tapi mereka pun pandai menilai. Ustazah yang betul, mereka panggil cikgu! hai..ntahlah.. susah bila dekat dgn mereka yang pura-pura jahil. saya mohon izin untuk link post ni ye...
Eja said…
terima kasih kak ina atas artikel yang memberansangkan ini.. akak, saya nak mohon bantuan akak la, saya dulu2 ada banyak jugak la baju2 yang tak mengikut syariat Islam sepenuhnya (walau ikutkan ramai yang kata baju tuh masih Islamik tapi biler mendalami artikel kak ina, saya mmg sedar sangat yang baju tuh memang tak 'sepenuhnya' memenuhi tuntutan Islam.) Apa yang boleh saya lakukan dengan baju2 tu semua ya? saya berniat nak sedekahkan ajer kat rumah anak yatim,etc, tapi bila pernah terbaca yang kalau kiter bagi baju yang tak mengikut syariat, kemudian orang yang menerimanya memakainya di luar rumah, kita akan sama2 dapat saham dosa itu? betul ker? sebab baju2 tuh elok lagi, cuma saya dah pilih sebahagian nak pakai kat rumah, tapi tuh la, banyak lagi, saya rasa bersalah nak simpan baju banyak2 dah skarang.. saya menyesal tgk pembaziran yang saya pernah lakukan dulu.. apa pandangan kak ina? apa yang terbaik harus saya lakukan? terima kasih in advance ye kak...
MaWaDDaH said…
salam akak fillah...

ana suka bace akak nye artikel. akak, mak sya tak suka sya bertudung labuh, katanye tak kemas.. die kate cube tengok pelakon dalam cerita nur kasih, dengan cara macam tu katanya dapat menarik orang ramai memakai tudung.. setiap kali balik umah, dia akan control pemakaian tudung sya.. sya harap sudilah kiranya akak memberikan pandangan akak..
nurul said…
salam kak ina...
alhamdulillah dan terima kasih atas ingatan ini...
mohon link dalam facebook ye...syukran
nhhas said…
salam...
sgt bagus.. dah lama nak cari point sebegini...
kak ina... mohon copy ya... utk share dgn rakan2...

nhhas
Ustazah,
Saya pernah tegur salah seorang saudara yang berpakaian sedemikian, jawapan yang diberikan adalah,'dah tutup nipun dah cukup baik, orang lain yang terbentang dedah lagi parah, pi la dakwah yang mcm tu, yang tu lagi teruk..'.. Macammana tu Ustazah..?!!
Unknown said…
Ustazah, tq pengisian yg mendalam.. tpi sy masih ada soalan. Dua soalan ini diajukan oleh seorang wanita cina yg Free thinker..

1) mereka ditanya apakah maksud 'fitrah', dan adik2 ni jawab "yg Allah dah jadikan terhadap sesuatu, cthnya, wanita fitrahnya lembut". Maka wanita tersebut balas balik, ape bukti fitrah wanita mesti lembut? n buktinya...

2)soalan kedua pasal knape lelaki ada yg tukar jntina ke wanita? dan sebaliknya...isu fitrah juge.

Harap ustazah boleh bantu=), jazakillah~
Salam semua,

KAK NISHA :Ws, tahniah dan syabas kak. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya : Apabila Allah SWT menghendaki kebaikan pada diri seseorang, dijadikan pada dirinya 'waa'izhon' ( hati yang sentiasa berjaga-jaga ).

Semoga Allah SWT sentiasa melorongkan hati-hati kita untuk mudah dan rela mematuhi arahan serta memelihara hukum dan ketetapan agama.
ANONYMOUS :Amat memahami cuaca Malaysia yang panas itu :)Tetapi jangan jadikan itu alasan untuk tidak menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah,rasanya ada banyak lagi pilihan baju-baju yang labuh untuk dipakai.

Biar bersusah sedikit di dunia ini semata-mata untuk patuh kepada kehendak Allah, agar di sana nanti rahmat dari-Nya membantu terutama ketika menghadapi panas terik Yaumul Mahsyar, manusia tenggelam dalam lautan peluh yang tak bertepi...Astaghfirullah.
ALIMAZ : Ws, Kak Ina bersetuju dengan pendapat Alimaz tu. Jubah dari kain nipis dan lembut memang nampak lebih seksi, lebih-lebih lagi jika tiada baju lain di sebelah dalam :)


Tak mengapa untuk pakai yang bukan jubah asal ia menepati ciri-ciri yang Kak Ina nyatakan di atas.

Yang penting, kita berusaha untuk memperbaiki penampilan menutup aurat dari yang baik kepada lebih baik.
USTAZ NAZRI : Ws, suami memang memainkan peranan untuk mendidik cara berpakaian yang betul kepada isteri.

Berdasar pengalaman dan pemerhatian Kak Ina, ada sebahagian muslimat, semasa belajar dulu, ramai yang terikut kawan-kawan dalam berpakaian. Bukan atas dasar prinsip dan kesedaran.

Sebab itu, bila keluar dan tidak dapat didikan yang baik dari suami, suasana tempat kerja pula yang mencoraknya.

Wallhu'alam.
KAK UMMI : Sama-sama kasih kak :) Semoga menjadi ingatan bersama.

UMMUFARHAN : Tahniah. Bagus usaha tu.

ANONYMOUS : Alhamdulillah, yang baik dari Allah jua sebenarnya. Saya hanya menyampaikan. Semoga Allah SWT meneguhkan hati-hati kita ye
syireen said…
Salam Kak Ina....pertamanya sy nak mtk maaf sbb kuar dr topik yg dibincangkan...sy nak minta bantuan & nasihat drpd akak berkaitan dgn satu masalah muamalat...begini; ada satu company tu menawarkan keuntungan sekiranya sejumlah wang didepositkan kpd company tersebut. Menurut pemilik company terbabit, ia bukan pelaburan, tapi duit yang didepositkan itu, akan digunakan untuk membeli brg/mesin & brg/mesin tersebut akan digunakan untuk tujuan perniagaan. Contohnya seperti mesin jual air/public phone. Kata pemilik company ini, pendeposit seolah2 membeli brg tersebut dan menyewakan kepada pemilik company, jd company akan byr secara bulanan kepada pendeposit. cara pembayaran adalah berdasarkan agreement. Biasanya pendeposit akan dibayar 10% drpd wang yg diberikan kpd comp tiap2 bulan selama setahun secara tetap. Tahun berikutnya akan dinaikkan berdasarkan keuntungan sehinggalah 5 atau 10 tahun bergantung kepada perjanjian. KEMUSYKILAN sy ialah apa jenis muamalat ni; perkongsian atau apa? kalau tengok secara kasar mcm xde unsur riba dlm urusan ni kan, tp sy x dpt nak pastikan wpun sy dah bc beberapa artikel berkaitan riba. Jadi, sy nak minta bantuan akak untuk memberikan sedikit penerangan sebab ada ahli keluarga yg menyertainya dgn berpegang pada hujah pak imam pun masuk sama. Sy benar2 nak mengetahui samada urusniaga ini dibenarkan dlm Islam ataupun tidak. Harap dapat bantuan akak sekiranya akak mempunyai kelapangan. Time kasih kak.
CIKGU ADILAH : Alhamdulillah dan tahniah. Teruskan dengan penampilan yang baik dan menjadi contoh kepada anak-anak murid dan guru-guru lain.

Walaupun berpakaian sempurna menutup aurat itu bukanlah hak mutlak golongan agama sebenarnya, tetapi ia hak semua muslimah yang taat, namun sewajarnya golongan agama yang bergelar ustazah lebih terkehadapan dalam memberi contoh tauladan.

Semoga ini menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka. Selagi bernama manusia, selama itulah salah dan silap tetap ada.
EJA : Ws, Alhamdulillah dan syabas atas kesedaran itu.

Untuk memberi sedikit gambaran kepada persoalan Eja, di sini Kak Ina sertakan satu entri dari ustaz, iaitu

http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-isu-pilihan/jual-tudung-kepada-remaja-tak-sempurna-tutup-aurat.html

Apa pun, cadangan Kak Ina, berikan sahaja baju-baju itu kepada adik beradik, saudara mara atau rakan-rakan yang Eja rasakan menjaga aurat dengan sempurna.

Bolehlah mereka mengenakan pakaian-pakaian itu di rumah. Mudah-mudahan Eja mendapat pahala kerana membantu mereka kelihatan cantik di depan suami-suami mereka :)

Sekadar cadangan, semoga membantu ye.
MAWADDAH : Ws, Alhamdulillah..terima kasih.Teringat Kak Ina dengan pengalaman sendiri suatu ketika dulu.

Hakikatnya, salah satu tujuan perintah menutup aurat oleh Allah SWT, ialah ianya sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Hal ini amat jelas sebagaimana firman Allah yang bermaksud: " Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

Justeru, dalam menghadapi masalah ini, Kak Ina berpandangan cara yang paling baik ialah dengan banyak berbual dan memberi faham kepada ibu.

Jelaskan, bahawa semakin baik dan sempurna penutupan aurat seorang wanita, semakin dekat ia kepada keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Selain itu, perbaiki penampilan di hadapan ibu. Buktikan walaupun bertudung labuh, kekemasan dan kebersihan tetap dijaga.InsyaAllah, semoga ibu Mawaddah dapat menerima perubahan yang baik ini.
MY LIFE, MY JOURNEY :

Agama Islam yang mulia ini mendidik kita agar sentiasa memperbaiki amalan dari semasa ke semasa. Justeru, di dalam hal-hal berkait agama dan akhirat, perlu melihat kepada orang yang di atas dan bukan dibawah.

Sebaliknya pula untuk perkara-perkara berkait dunia dan kemewahan hidup, hendaklah melihat orang yang di bawah, bukan orang yang di atas.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Lihatlah orang yang dibawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga ingatan dari Rasul ini sentiasa menjadi pegangan kita semua. Ingatlah, musuh kepada 'yang terbaik' adalah baik.

Justeru, jangan biarkan diri berada di takuk lama, apatah lagi jika takuk lama itu sebenarnya belum menepati kehendak Allah Yang Maha Esa.

Wallahu'alam
NURUL & NHHAS : Alhamdulillah, silakan. Semoga beroleh manfaat darinya.

Syukran ya ukhti :)
Anonymous said…
salam,

topik yang sangat baik..sy nk mintak izin akk untuk di copy dan berkongsi dgn rakan2 yg lain.Syukran :)
Raihana Bahru said…
salam kak ina..
syukran utk pengisian yg sgt bmanfaat.ana sndr pnh ditanya oleh shbt2 mengenai pemakaian yg smpurna.mohon copy utk link di blog sy ye utk bkongsi dgn shbt2 lain..
ANONYMOUS : Ws, Alhamdulillah, silakan. Semoga lebih ramai dapat berkongsi manfaat yang ada padanya.

RAIHANA : Ws, silakan dik :)Jazakillah atas usaha yang baik untuk saling ingat mengingati ke arah kebaikan.
SYAMI : Ws, terima kasih. Alhamdulilah, yang baik dari Allah juga :)

InsyaAllah jawapan kepada persoalan Syami di atas akan saya masukkan sebagai entri. Panjang juga nak jawab di ruangan komen ini.

Semoga membantu.
Unknown said…
ina, izinkan kakchik copy dan paste di blog ya. nak tulis sendiri memang tak pandai, tumpang kelebihan ina untuk membantu teman-teman yang lain. copy ya.
KAK CHIK : Ina sangat mengalu-alukan Kak Chik. Alhamdulillah, apa yang baik dari Allah..semoga boleh dikongsi bersama kebaikan yang ada.

Jazakillah Kak Chik :)
anie said…
salam,
terima kasih atas 'sharing' post ni.
saya cuma nak minta pandangan & pendapat & kalau ada hadis berkaitan tentang trend wanita bertudung fesyen(di malaysia especially) yang sengaja meninggikan sanggul. bukankah boleh menimbulkan fitnah pd mata yg memandang bila menilai 'sanggul besar'. saya tak pasti.. ada hadis ke tentang wanita begini seolah2 membawa pundak unta?
syukran...
Unknown said…
Jazakillahi khairan kathira ina.
Anonymous said…
salam..

bagi diri saya selalu fikirkan kalau lagi 2 3 hari ni aku mati...terbatal niat nak megah-megah dan rasa cukup dgn dua pasang jubah hitam dn satu tudung labuh..sy berhenti kerja utk khidmat kpd anak2 dan suami sz kesian kpd mereka terbiar sdgkn atas dunia ni keperluan memadai mencukupi..sy pun bukan ada kepakaran sangat yg boleh disumbangkn kpd agama..sy nak jadi wanita solehah spy doa2 sy Allah dengar dn makbulkn..itulah cara sy nak berbakti kpd Islam..bila ada nikmat yg sy teringin tp x sesuai syariat selalu sy ingatkn diri dn anak2 '..dunia ini penjara bagi org mukmin tetapi syurga bagi org kafir.." sy hamba Allah baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..semoga ummu husna menjadi pendokong yg kuat bagi suami yg berjuang utk agama Allah swt..maaf zahir batin

aishah
aini ahmad said…
assalamualaikum..maaf kalo comment sy nie trlalu pnjg..sy ade beberapa kemusykilan yg sy rase ummu husna boleh menguraikannya..

1.aurat wanita islam adalh dr seluruh tubuh kecuali kedua tpak tangan dan muka..maksudnya kaki dan tapak kaki adalah aurat..tp sy ad sedikit kesukaran untk mnjaga aurt kaki sy trutama ketika blik kg dan brkumpul sesama saudara trutama wktu knduri kendara..pd ketika itu saya menutup aurt bhgian lain tp gagal untk menutup kaki sebab saya prlu melakukan kerja rumah sprti mmbasuh dan mengemas..bimbang seandainya saya memakai stoking di kaki menyebabknn stoking basah dan menyebabkn lntai pun bash seandainya sy memakai stoking trsebut..tmbahn pula sy merasakn seandainya memakai stoking ktika melakukan krja rumh boleh mnyebbkn stoking kotor dan kotoran yg melekat pd stoking akn dibawa merata2 dlm rumah..adakh dlm keadaan sprti ini ad kelonggoran untk tidk mnutup aurt di kaki??

2.sy tggl di rmah sewa dan sy ad seorg house mate non-muslim..bagaimanakah etika brpakaian sy di hadpan housemate non-muslim itu??adakah sya prlu mnutup aurt sprti brhadapn dgn lelaki ajnabi atau ada kelonggaran??untuk pengetahuan ummu husna selama ini sya brpakaian elok dihadapn housemate sy tp tdk menutup aurt sepenuhnya..sebabb sy rasa x mmpu untk brtudung 24 jam dlm rumah sewa sy itu..housemate non-muslim sy ni prnh mmbawa rkn2 non muslim yg lain untuk menyiapkn assgmnt dan sbgainya di rumah kami..ktika itu saya mnutup aurt spenuhnya sebb sethu sy aurt wanita islam n wanita non-muslim sprti aurt lelaki ajnabi..cuma ktika brsama dgn housemate non- muslim sy x mnjaga aurt sprti yg disyariatkn..adakh prkara yg saya lakukan ini betul?

3.budaya brjabat tangan antara lelaki dan perempuan sdh biasa dlm masyarakat islam msa kini..ttpi sy hanya mghulurkan tgn untuk brsalam sesama perempuan shj..tetapi kdng2 saya brhdapn dgn situasi luar kwaln untk menyambut slm drp lelaki ajnabi sprti ktika menerima anugerah ataupun kdg2 sy menerima huluran slm dr suami ibu sedara saya dan sepupu lelaki..pd ketika itu sya trpksa mnyambut salam trsebut tkut memalukn org yg mghulurknn tgn di khalayak rmai..kdg2 sy merasa serba salh dlm situasi sebegini..sharusnya apakh prkara yg trbaik hrus sy lakukn??

4.adakah menonton wayang di pawagam haram hukumnya??bagaimana sekiranya kita prgi menonton wayang brsama rkn2 prmpuan shj..sy sering diajak prgi mnnton wyng oleh tman2 tp sy kberatn krna sy rasa pawagam yg menayangkn wayang itu boleh mnjurus ke arah maksiat..tp kdang2 sy rasa rugi kalau tdk dpt mnonton wayang dan mnonton cerita sprti upin dan ipin..sy prnh trbaca bhawa mnnontonn wyang haram hukumnya dan dlm masa yg sama sy trut trbaca kalo mnonton wyang itu boleh seandainya brsama kwan2 sjantina atau brsama muhrim dan mnonnton cerita2 yg tdk ktrlaluan..adakah bnar bgitu?

sekali lg sy memohon maaf seandainya comment merangkap soalan mengganggu waktu ummu husna..semoga ummu husna boleh mmberi pandangan dan nasihat kpd sy dan sy boleh brkongsi dgn rkn2 sy mengenai prkara2 trsebut..

yg pasti saya suke bace blog2 ilmiah mcm blog ummu husna ni cz boleh mmbntu saya mmbaiki diri ke arah yg lebih baik..
asalamualaikum.. sy amat tertarik dengan entry ummu kali ni. sy pndtg baru. saya amat meminati bidang rekaan jubah moden. ada juga saya mereka bbrp pasang jubah. saya ingin menanyakan 1 soalan kepada ummu. sblm ni, tak tahu nk taipkan di ruangan mana. sy ingin meminta pndapat ummu, bolehkah kalau saya selitkan sedikit elemen dress inggeris dalam rekaan jubah? warna yang agak cerah tpi kainnya masih tebal.
Assalammualaikum...
Minta izin copy artikel..

Terima kasih
ummuitqan said…
Salam Puan Ummu Husna,

Dalam memikir kepada soalan suami, terjumpa pula saya artikel ini. Suami kata kalau bank islam ada penasihat syariahnya, siapa penasihat syariah utk busana muslim/ah sehingga menentukan ianya syariah-compliant atau tidak?
nhhas said…
Salam,
kak ina, if saya nak copy article ne masukkan dalam buletin persatuan saya, blh tak? tapi saya akan olah sedikit dan nyatakan sumber dari blog akak, blh tak?
Salam,

NHHAS : Ws, silakan. Semoga beroleh manfaat darinya :) jazakillah dik
Anonymous said…
Salam Ustazah,
Sy musykil ttg hadis d bwh:

Warna pakaian itu suram, tidak garang dan tidak terlalu terang. Tidak menyerlah atau menyilau pandangan, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutama pakaian seperti jubah atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam.

sy hrp ustazah dpt explain dgn lbih mendalam ttg tdk menyerlah. adakah terdpt 1 garis panduan yg khusus dlm islam atau ia sekadar mengikut kebiasaan atau adat setempat..

ie.di sesetengah negara arab perempuan memakai baju bercorak bunga di luar adalah tdk diterima krn bg mrk ia terlalu menarik perhatian. ttp ianya tdk sebegitu d m'sia

sy juga pernah berziarah d sebuah kmpng d kelantan 3 thn lalu d mana pakaian wanitanya hanya bju kurung(seluar dgn blaus labuh pun x boleh)
Wani Ismail said…
salam Ustazah ummuhusna...
saya ada 1 persoalan, jika bekerja sebagai tukang jahit (tailor), bagaimana jika kita menjahit blaus (labuh hingga ke punggung)? adakah kita akan mendapat dosa.
nurain vivian said…
salam,ustazah..nice article...ain ingin share directly ke FB ain..tq for sharing.menambahkan ilmu ain yang masih kekurangan ni..tq..

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA