Posts

Showing posts from December, 2009

MY HANDPRINTS..

Image
“Ummi..tengok ni..Khalil buat car ..” Khalil berkata. Nyaring suaranya. Sengaja dikuatkan, untuk menarik perhatian saya. “Wah! Cantiknya… good boy Khalil,” saya memuji. Tersenyum melihat keasyikan jemari kecilnya membentuk kereta dari mainan lego. Sambil memasak saya melihat Khalil bermain menyusun bongkah-bongkah kecil berwarna-warni di atas meja. Kemas dan ada seni. Siap ‘sebiji’ kereta, dia membentuk rumah pula. Ada kalanya, terdengar dia ketawa bila susunan ‘rumahnya’ tidak sempurna. Senget dan hampir jatuh. “Ala…jatuh…” saya bersuara lemah. Sengaja saya merendahkan suara untuk menunjukkan simpati kepadanya. “ It’s ok..try again...try again , Ummi” balas Khalil. Bersemangat dan tidak kecewa. Terdiam saya mendengar kata-katanya. Sambil tersenyum manis dia menyusun semula. Entah mengapa, hati saya diruntun sayu bercampur gembira. EMPAT TAHUN DULU “ It’s a boy!” kata Dr.Khamsiah, sedikit menjerit nada suaranya. Saya dan suami mendengar dengan senyum lebar dan ucapan tahmid ke hadrat

IMPIAN MEREKA , HARAPAN KITA

Image
Cuaca sejuk di bumi UK masih berada di paras beku. Kehadiran saya, suami dan anak-anak ke desa Coalbrookdale, Ironbridge di Telford dua hari yang lalu, menyaksikan bumi yang sebelumnya berwarna hitam tanah, memutih dilitupi salju. Bahkan, lebih memukau pandangan, hujung-hujung ranting pada pohonan kayu juga turut diwarnai keputihan salji. Semuanya serba putih. Bersih. Mencipta pemandangan yang sungguh indah. Cantik mempesona. Mengasyikkan pastinya. “Wah! Snow . Best nya ! “ teriak Kak Long, Kak Ngah dan Khalil. Hampir serentak. Mereka mulai melangkah. Setapak demi setapak. Menelusuri jalan bersalji dengan iringan senyum dan ketawa seiring. “Hati-hati..,”saya menguatkan suara. “Jalan atas jambatan sana tu licin. Jangan lalu dekat penghadang besi di situ ya…bimbang jatuh ke dalam air nanti,” saya mengingatkan mereka. Saya memahami, sesiapa pun yang menyaksikan mukabumi Telfolrd ketika ini, akan teruja untuk merasai dan menikmati keseronokan memijak salji. Derap derup bunyinya umpama buny

SUKARKAH MERAIH SOLEHAH ?

Image
Sukarnya meraih solehah. Acap kali keluhan itu keluar dari bibir merahnya. Sesekali pandangannya dilempar jauh. Bagai merenung ke satu dimensi yang hanya dia dapat mengerti. “Mengapa ni..kak. Kakak ada masalah?” saya bertanya ramah. Senyuman menguntum agar berkurang gelodak resah. Kami sebenarnya sering berbual bersama. Berbincang, bertukar pandangan dan mencari titik persamaan tentang pelbagai topik kehidupan. Dan biasanya, tajuk yang menjadi fokus perbincangan kami ialah pendidikan anak-anak, kehidupan suami isteri serta pahit manis alam perkahwinan. Jarak umur yang berbeza beberapa tahun, menjadikan saya lebih mesra memanggilnya ‘kakak’ sebagai tanda hormat. “Tidak..hanya meluah kebimbangan yang sekian lama terpendam. Terutama bila ketiadaan insan tersayang. Saat-saat berjauhan begini, kakak manfaatkan untuk memuhasabah diri sebagai isteri,” dia menjawab sambil melempar senyuman manis. Wajah yang tadi muram, mulai sedikit berseri. “Apa yang merisaukan kakak?” soal saya. Sengaja memi

HARAPAN DARI KEMATIAN

Sungguh berat dugaan hidupnya. Kebahagiaan yang dirasai menjadi seorang suri hanya bertahan empat jam sahaja. Ketika masih bergelar raja sehari, dalam debar menunggu kemeriahan majlis resepsi, suami yang dikasihi dijemput Ilahi. Pergi tak kembali. Terkedu. Terharu. Saya antara ribuan yang membaca paparan akhbar yang menyebut kisah menyayat hati ini. Cuba merasakan kepiluan yang bersarang saat menerima berita pemergian suaminya dalam suatu kemalangan ngeri. Manakan sama sayu hati yang membaca berbanding dirinya yang menanggung derita. “Kak Long takut baca tentang mati,” luah Kak Long tiba-tiba dengan wajah cemas sekali. Saya tidak menyangka dia berada di belakang saya, turut membaca kisah yang sama. Saya memahami pengakuan jujur daripada anak seusianya. Membayangkan kepedihan jari jemari yang luka terhiris pisau. Tajam bak sembilu, tentu amat jauh tidak terbanding kesakitan saat menghadapi kematian dahsyat seumpama itu. Allah! PERSOALAN Wajah Kak Long saya pandang penuh belas kasihan. C

TANGGAL PENUH MAKNA

Image
Merenung kembali cuti dua hari pada hujung minggu yang lalu, sungguh memberi erti dalam diari kehidupan ini. Dalam debaran menunggu jam tujuh pada malam 6 Disember, saya tidak dapat menolak pelawaan suami untuk mengikut beliau ke Birmingham, menghadiri satu program bersama penuntut-penuntut universiti sehari sebelumnya. Sementara menunggu suami selesai berprogram, saya dan anak-anak menumpang teduh di salah sebuah rumah warga Malaysia di sana. Kenalan baru, sepasang suami isteri punya anak tiga. Lelaki belaka. Salah seorang dari mereka, masih bayi. Baru berusia 35 hari. Walau sibuk mengurus anak-anak yang masih kecil, pasangan ini masih punya luang masa untuk melayan kami. Turut datang bertamu bersama saya dan anak-anak di rumah mereka, ialah isteri dan anak-anak Ustaz Maszlee dari Durham. Meriah sungguh suasana dengan riuh tawa dan tangis si manja. Ditambah pula, kehadiran beberapa rakan warga Melayu Birm yang lain, membantu menyediakan hidangan pagi, tengahari dan malam untuk santap

TIADA RESEPI RAHSIA !

Image
Sumber Anak-anak saya tidak pernah jemu menonton cerita yang satu ini. Bahkan boleh dikatakan, saya dan suami juga masih belum bosan walau telah menatap dan menonton berulangkali. Melihat watak utamanya sahaja boleh mengundang ketawa, tidak kering gusi. Sepanjang menonton, ada saja adegan-adegan yang lucu dan menggeletek hati. Masakan tidak, sebelum ini tidak dapat dibayangkan bagaimana seekor panda yang besar dan buncit perutnya boleh beraksi hebat sebagai pahlawan naga. Kerana itu, DVD Kung Fu Panda antara senarai filem animasi yang menjadi pilihan saya dan keluarga. Pada saya, kekuatan filem ini bukan sekadar pada garapan cerita yang sangat baik, humor yang cerdik dan animasi yang menarik. Akan tetapi lebih dari itu ia menghidangkan pesan moral yang cukup kuat walau hanya dipersembahkan dalam bentuk sebuah animasi. LUAHAN “Alhamdulillah…” saya mengucap syukur setelah selesai memasak dan mengemas dapur. Melihat sekilas ke arah jam di dinding, senyuman di bibir menguntum seiring. Sol