Posts

Showing posts from November, 2009

DARI BICARA, HADIR PERCAYA

“Ummi, betul ke tidur lepas Subuh tu tak elok?” suatu ketika Kak Long bertanya kepada saya. “Hmm..tak semestinya. Kenapa Kak Long tanya?”soal saya pula yang sedang sibuk memberus baju di sinki dapur. Walaupun begitu, saya cuba juga menjawab pertanyaannya. Sekadar melayan bila anak menyapa. “Ada orang kata, kalau tidur lepas Subuh boleh jadi gila..Kak Long tak nak jadi gila..” jawab Kak Long. Agak cemas nada suaranya. Terhenti seketika saya mendengar kata-katanya. “Dari manalah Kak Long tahu tentang ini,” saya berbisik sendiri. Mungkin kerana terkenangkan dirinya yang selalu tidur atau tertidur sebaik mengerjakan solat Subuh, Kak Long nampak serius mahu berbicara mengenainya. Jelas bersungguh, tidak mahu bertangguh. “Apa lagi keburukan tidur lepas Subuh yang Kak Long tahu ?” soal saya lagi. “ Tidur lepas Subuh juga boleh menyebabkan susah dapat rezeki,” pantas Kak Long menjawab kembali DUNIA TANPA SEMPADAN Saya yakin, setiap ibu bapa pasti pernah diasak dengan pertanyaan-pertanyaan yang

HADIAH TERINDAH

Image
“Siapa di antara kamu suka dapat hadiah ?”saya bertanya ketika mengajar di kelas agama untuk anak-anak warga Malaysia, Leicester. Mendengar sahaja perkataan hadiah, semuanya bagaikan teruja. Masing-masing mahu bercerita keseronokan menerima hadiah dari ibu bapa tercinta. “Kalau hadiah..rasanya semua suka, ustazah,” jawab Amir, mewakili rakan-rakan lain. Beliau merupakan pelajar paling besar di kalangan seramai hampir lima belas orang pelajar pelbagai usia di hadapan saya. “Waktu bila biasanya kamu dapat hadiah ?”soal saya semula. “Masa birthday …” Lembut jawapan dari seorang pelajar perempuan di bahagian belakang. “Lagi?” soalan saya masih bertali. “Bila dapat nombor satu dalam exam ..”celah Arif dan Rasyid hampir seiring. Jawapan mereka disambut anggukan dan senyuman oleh rakan-rakan yang lain. “Tentu seronok dapat hadiah,bukan ?” saya bertanya. Ternyata pertanyaan saya menambah meriah suasana. Tidak menang telinga saya mendengar keriuhan setiap seorang dari mereka. HADIAH TANDA CINTA

BUKAN HIBURAN

Mata saya terkebil-kebil memandang papan skrin komputer. Tangan dan jari telah lama bersedia. Hanya menunggu tempo untuk berdansa. Cuma yang tiada adalah jiwa. Tiada rasa, kosong kata untuk ditinta. “Ya..Allah..mengapa idea tak kunjung tiba?” desir saya sendiri. Semenjak pulang ke United Kingdom setelah hampir tiga minggu berada di tanahair tercinta, saya bagai kehilangan rentak untuk berkarya. Puas saya berusaha mewujudkan keinginan dalam diri untuk menulis kembali. Banyak sudah saya melayari laman-laman web atau blog yang saya gemari. Hampir lunyai juga buku-buku kegemaran saya tatapi. Tujuannya hanya satu. Untuk mendapat suntikan motivasi, namun kehadirannya tidak berkala, hanya sesekali. MASA DAN IDEA “ Cemburu dengan abang..”luah saya kepada suami. Sengaja saya menunjukkan memek wajah iri dan dengki. “La..hujan tak ada,ribut jauh sekali..tiba-tiba kata cemburu. Kenapa ni?” suami bertanya dengan ketawa kecil mengiringi. “Mana tak cemburu..abang ada je idea dan masa untuk menulis. T

HABAAN MANSURAA..

Image
Sumber Malam ini giliran Kak Long memberikan tazkirah. Usai solat Maghrib berjamaah, saya, suami dan anak-anak mulai duduk berhadapan, saling bertentang wajah. “Tazkirah Kak Long pada hari ini berkenaan dengan...Sayang Allah,” jelas Kak Long sejurus membaca lafaz basmalah. “Cinta pada bunga, bunga akan layu. Cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cinta pada rumah, rumah akan musnah. Tetapi...cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi,” luah Kak Long petah dan yakin diri. Mendengar itu, saya pandang wajah suami sambil mengangkat kening, ‘Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,’ bisik saya di dalam hati. “Kita mestilah sayang Allah SWT kerana Allah yang bagi kita makan, bagi kita minum dan banyak lagi,” Kak Long menambah sambil melempar senyuman manis kepada kami. “Kita juga mesti sayang kepada Nabi Muhammad SAW kerana Baginda adalah pesuruh Allah yang terakhir. Nabi Muhammad membawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan utusan Allah bagi seluruh umat di dunia. Firman Allah SWT yang