Posts

Showing posts from October, 2009

UMMI SUKA SEMUA !

Image
Ummi suka semua! “ Alamak..banyak lagi doh ni..”saya merungut di dalam hati. Di hadapan saya, beberapa biji kuih donut telah siap saya bentuk menggunakan jari jemari. Oleh kerana tiada pemotong atau acuan donut, saya perlu membentuknya sendiri. Saya berfikir mencari penyelesaian. Menghabiskan doh yang ada untuk membentuk donut semata, saya rasa bukanlah satu keputusan yang bijaksana. Ini kerana, suami, Kak Long dan Khalil tidak berapa gemar memakan kuih-kuih yang manis dan bergula. “Oh..ya..inti karipap masih ada. Sambal tumis ikan bilis juga ada sedikit yang masih bersisa..”bisik saya sambil menguntum senyuman lega. Pantas saya mengambil inti karipap dari peti sejuk beku, saya panaskan dan saya ambil doh untuk membentuk kuih pau berinti kari ayam dan kentang dipotong dadu. Seterusnya, doh yang masih berbaki saya bentukkan bulat. Setelah digoreng, bahagian tengahnya dibelah sedikit untuk dimasukkan sambal tumis ikan bilis dan potongan timun bulat. BERBEZA “Kak Long ni asyik baca buku

MUHASABAH CINTA

Image
Sumber Entah kali ke berapa saya menatap wajah lembutnya. Wajah yang suatu ketika dulu indah berseri dengan senyuman bak gula, kini suram dan kelam dengan pelbagai rasa yang terpendam. Saya cuba menarik perhatiannya dengan menyanyi-nyanyi kecil lirik nasyid: Isteri cerdik yang solehah. Namun dia terus membisu. Tidak berkata walau sepatah. “Ehemm..”saya berdehem. Kelihatannya dia bagai tenggelam dalam lamunan yang amat dalam. “Ehemm..sahabat !” kali ini saya menguatkan suara. Sedikit, sekadar untuk memastikan dia mendengar dan memberi perhatian. Panggilan saya berbalas pandangan. Dia melempar senyum, malu-malu. Mungkin baru tersedar sudah beberapa detik pertemuan kami ini hanya bersulam diam. Saya membalas dengan senyuman. Dari hati. Penuh empati. Bukan baru sehari dua kami saling mengenali. Dia, sahabat yang dahulunya sentiasa ceria dan tinggi keyakinan diri. Kata-katanya petah berisi. Bahasanya dari hati, meninggal bekas kepada sesiapa yang mendengar. Tanda sampainya juga jauh ke lubu

KUNCI BAHAGIA, RUMAH KITA

Image
Gambar : Sebahagian kitab rujukan di rumah “ Alhamdulillah..selesai pun,” bisik saya sendiri sambil tangan mengelap peluh yang meleleh di dahi. Saya melihat sekeliling. Mata meliar dan tajam memandang sudut-sudut terpencil. Kalau-kalau masih ada serpihan-serpihan makanan dan sampah-sampah kecil yang saya terlepas pandang. Melihat tiada lagi yang tersisa di lantai, saya tersenyum puas hati. Rasa berbaloi bangun awal pagi. Selesai sahaja kewajipan pada Ilahi, tugas-tugas seorang suri pula telah sedia menanti. Lalu saya mulai dengan mengemas serta membersihkan ruang tamu yang bersepah hasil kreativiti empat permata hati. Saya kutip mainan yang bersepah di lantai. Kemudian, saya kemas pula buku-buku yang berselerak di ruang bacaan dan saya bersihkan kaca meja makan yang melekit dengan sisa makanan dan minuman. Selanjutnya, barulah saya meneruskan kerja-kerja menyapu dan mengemop lantai. Syukur,kudrat ini masih ada dan mampu melakukan segalanya tanpa bantuan. Selesai semua itu, saya duduk m

DETIK-DETIK YANG BERLALU

Image
Rumah ayah saya Kemeriahan meraikan 1 Syawal 1430 Hijriah di kampung halaman, di Felda Gedangsa masih terbayang di depan mata. Kenangan manis bagi saya kerana buat pertama kalinya setelah berkahwin dan beranak pinak, saya dan lapan adik beradik berkumpul bersama. Along dan keluarga di Tapah. Kak Kam di Melaka, abang Fuad di Telok Gong, Kak Eton di Bukit Subang, kembar saya Nora di Paya Jaras, adik saya Ija di Ipoh dan adik bongsu, Faridah atau lebih dikenali sebagai Acu di kalangan adik beradik dan anak saudara, semuanya pulang meraikan hari yang mulia. Hanya abang kedua, Jaafar, isteri dan tiga anaknya tidak dapat bersama. Mereka kini menetap di Kelantan dan menyambut lebaran di sana. Memang riuh rendah jadinya bila lapan orang anak, lapan orang menantu dan dua puluh sembilan orang cucu ayah berkumpul bersama. Kak Long, Kak Ngah dan Khalil riang bermain bersama sepupu-sepupu yang sedang membesar dan meningkat remaja. Gelak tawa, telatah dan tangisan mereka memeriahkan suasana di ruan