Posts

Showing posts from September, 2009

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA

Image
Ramadhan 1430 Hijriah bakal pergi. Menghitung Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya jadi sedih. Namun, peluang yang berbaki untuk memburu dan menjejak Lailatulqadr tidak harus dipersia. Dapat atau tidak bagi saya biarlah DIA yang menentukannya, siapakah gerangan insan-insan bertuah yang dianugerahkan kesempatan untuk bertemu malam yang berkah. Bagaimanakah puasa kita ? Tepuklah dada, tanyalah hati dan budi. Iman yang menjawab atau masih ada suara-suara nafsu merajai jiwa. Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh keampunan dari-Nya, dan alangkah rugi bagi mereka yang hanya merasai lapar dan dahaga sepanjang melaksanakan perintah Yang Maha Esa. NASIHAT DAN KEMAAFAN Cukuplah dalam menyambut Aidilfitri yang menyusul tiba, nasihat melalui nasyid di bawah ini akan sentiasa menjadi ingatan dan pedoman kita. Seterusnya, mengenangkan kesempatan yang mungkin tiada untuk menulis dan menyapa sahabat-sahabat maya sebaik sampai di Malaysia, saya ingin mengambil peluang ini untu

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Image
“ Abang! Husna..!” saya bersuara cemas. Belum sempat menghabiskan ayat, air mata lebih dulu turun bercucuran. Saya panik. Betul-betul tidak tahu apa yang harus saya lakukan. “ Kenapa As ?” soal suami dari tempat duduk depan, sedang memandu di lebuh raya. Sempat suami menoleh sekilas. Melihat saya menangis, segera suami memberi isyarat ke tepi lantas memberhentikan kereta. “ Husna bang..dia tak boleh bernafas..” jawab saya dalam sedu sedan. Cemas melihat wajah anak kecil di dalam pangkuan yang telah mula membiru. Tidak bernafas. “Ya, Allah!” Suami juga kelihatan cemas melihat keadaan bayi sulung kami yang masih terlalu kecil. Baru berusia 2 hari. “Cuba As terbalikkan badannya..tepuk perlahan-lahan..” pantas suami mengarahkan. Saya segera melakukan itu. Sejurus, terdengar bunyi batukan diiringi sedikit lendir yang keluar dari hidung dan mulut si kecil. Segera saya membersihkan lendir-lendir berwarna kekuningan yang keluar. “Alhamdulillah..” terpacul kalimah tahmid di bibir saya dan suami

MANA MILIK KITA..

Image
Sumber Bukan sekali, malah telah banyak kali soalan tersebut ditujukan kepada saya. Dan setiap kali itu juga, muka saya akan merona merah sebelum memberikan jawapannya. Merah bukan kerana marah. Akan tetapi wajah yang memerah itu adalah manifestasi dua rasa yang sedang sarat bergelora dalam jiwa. Rasa malu berbaur ragu dan cemburu. Malu untuk menyatakan pandangan, walau pendirian saya dari sudut hukum telah jelas sebagaimana yang disyari’atkan agama. Ragu bersulam cemburu, kerana sebagai seorang perempuan, sifat yang satu ini pasti ada sebagai bukti saya juga wanita biasa yang memiliki akal yang satu dan sembilan emosi dalam diri. Darinya lahir kelebihan dan kekurangan seorang wanita bergelar ibu dan juga isteri. BUKAN MUDAH Kali ini, soalan yang sama ditanya pada ruangan komentar di dalam blog saya. Janji saya untuk menyatakan pandangan sekaligus memberikan jawapan. “ Bukan mudah sebenarnya untuk berpoligami.” Demikian jawapan awal suami bila saya memulakan perbincangan kami kepada s