Posts

Showing posts from July, 2009

BOLEH..DI PLANET PLUTO !

Image
Sumber gambar “ Maruah ialah kehormatan dan harga diri yang lahir dari budi pekerti dan tingkah laku mulia yang merangkumi cara berpakaian, pertuturan dan pergaulan,” lantang suara saya menerobos masuk ke telinga pelajar-pelajar tingkatan dua di hadapan. “ Menjaga dan memelihara maruah diri sangat penting terutama kepada kaum perempuan, khususnya wanita Islam. Dan itu merupakan kewajipan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah tanpa mengira siapa mereka,” saya menambah buah kata. Kelihatan beberapa orang pelajar yang mendengar mengangguk-anggukkan kepala, sementara yang lain masih senyap dan menelinga untuk mendengar penerangan selanjutnya. Saya memandang wajah-wajah di depan saya, seorang demi seorang. Ada yang melontar senyum saat bertentang pandang, tidak kurang juga yang melarikan anak mata, menundukkan kepala sambil menguis-nguis helaian buku teks. “ Semua itu bermula dari rasa malu. Bahkan, mulia atau hinanya akhlak seseorang itu dapat diukur dari rasa malu yang dimilikinya.

MENYEMAI KASIH, MENYUBUR SAYANG

Image
Gambar hiasan dari sini “ Sedap kuih keria ni,” kata Lek Mok. Emak yang duduk berhadapan tersenyum simpul mendengar pujiannya. Pagi itu, Lek Mok datang bertandang untuk bertanya khabar. Kedudukan rumahnya yang tidak berapa jauh membolehkannya berjalan kaki sahaja ke rumah saya. “ Ina yang buat tu, “ jelas emak sambil mengerling ke arah saya. Tersipu-sipu saya dibuatnya. Merah muka. “ Bagus la tu. Kalau dah biasa memasak dari kecil, senang bila dah besar nanti. Perempuan, setinggi mana pun belajar kalau tak pandai memasak, jatuh nilainya ” balas Lek Mok disambut ketawa kecil emak. Saya hanya tersengih, masih diam. Segan mahu menyampuk bual orang-orang tua. DIDIKAN EMAK Sememangnya sejak kecil lagi, saya sudah dilatih untuk melakukan kerja rumah yang ringan-ringan. Walaupun saya mempunyai tiga orang kakak di atas saya, namun itu bukan alasan untuk saya duduk goyang kaki tanpa membantu apa yang termampu. Seawal usia tujuh tahun, saya sudah mula membasuh sendiri kasut sekolah dan menyapu

SEHARUM KASIHMU

Setiap kali memandang ke arah rak di sebelah almari buku itu pasti wajah saya merona merah. Senyuman tidak lekang dari bibir dan mata memancar bercahaya tanda bahagia. Ada bermacam warna di hadapan saya. Merah, putih, kuning, ungu dan hijau yang memikat jiwa. Semuanya teradun indah di dalam bekas putih jernih diperbuat dari kaca. Sungguh, ia menarik pandangan mata. Lebih dari itu, wangian asli alam yang terbit dari warna-warna itu cukup memercik ceria dan segar pada hati dan minda. Walaupun tubuh saya masih terasa lemah dan lesu dek penangan demam, selsema dan batuk yang masih bersisa, namun melihat keindahan itu semangat saya kembali membara. TANGGUNGJAWAB SUAMI “ Tak perlu pembantu rasanya bang,” saya membuka bicara usai makan malam berlaukkan kari ayam. Mendengar perkataan ‘tak perlu’ itu, suami memandang anak mata saya, dalam. Sudah beberapa kali ketidakperluan itu saya ajukan pada suami. “ Perlu. Siapa yang akan bantu As dalam pantang nanti jika tiada pembantu. Abang tak dapat ber

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

Image
Gambar : Humberstone Junior School Tanggal 5 Julai 2009, genap setahun saya dan keluarga berada di United Kingdom. Terasa begitu cepat masa berlalu. Bagaikan baru sahaja rasanya saya sekeluarga menjejakkan kaki di Lapangan terbang Cardiff pada tanggal yang sama setahun dulu. Lapan bulan kami di Lampeter, Wales dan empat bulan di Leicester, England. Dua tempat di dalam sebuah negara yang sama tetapi berbeza suasana dan ragam manusia di dalamnya. Semasa di Lampeter, saya dan anak-anak merasa lebih aman dan tenang walaupun ada ketikanya suami berada di luar UK atau berprogram di luar kawasan. Kedudukannya sebagai pekan kecil yang jauh di pedalaman serta dihuni oleh ramai warga tua dan mereka yang telah bersara menjadikan Lampeter amat tenang dari hiruk pikuk dan kebisingan berbanding bandaraya dan kota besar. Kadar jenayah yang rendah termasuk juga purata kemalangan kereta yang jarang-jarang berlaku menjadikan kehidupan di Lampeter damai dan tenteram. Kesukarannya hanya pada mendapatkan

JOM MAIN PONDOK-PONDOK !

“ Ina, Nora..main apa tu?” laung emak dari tingkap dapur. Mendengar suara emak, saya menjengulkan kepala. Kembar saya, Nora sedang sibuk mengacau pucuk ubi kayu di atas tungku batu. Dua teman sepermainan kami turut bermain sama, membantu mengumpul ranting kayu. “ Main pondok-pondok, mak.” Saya menjawab di antara dua pelepah kelapa yang dijadikan pintu dapur. “ Tu yang berasap tu, tengah masak apa?” tanya emak melihat ada asap nipis dari bumbung pondok kami. “ Masak pucuk ubi. Yati dan Siti pun ada sekali ni,” jelas saya lagi. “ Main elok-elok. Pucuk ubi gajah sebelah sana tu jangan ambil. Beracun,” nasihat emak mengingatkan. “ Yelah, mak. Orang masak olok-olok ja,” balas saya pula. Emak tersenyum lega mendengar jawapan saya. ANAK PERKAMPUNGAN FELDA Seperti hari-hari sebelumnya di hujung minggu, saya, adik kembar dan kawan-kawan sebaya banyak menghabiskan waktu dengan bermain. Sebagai anak kecil yang dibesarkan di perkampungan felda, di kelilingi kebun getah dan pokok sawit, ada sahaja

AKAN BERULANG LAGI

Image
“ Khalil, dah ke belum?” Dari ruang tamu rumah di tingkat bawah jelas saya mendengar suara suami bertanya kepada anak bujang kami, Khalil. “Dah..”Khalil menjawab sepatah. Sejurus, terdengar bunyi jirusan air di dalam tandas. “ Bagus anak ayah! ” suami memuji Khalil. Syukur suami banyak membantu sewaktu keberadaannya di rumah. Sementara saya memasak atau menyusukan Solehah, Khalil ada ayahnya yang memberi tunjuk ajar. SUDAH LAMA Pengalaman melatih anak menggunakan tandas ( toilet training ) sudah lama tidak kami lalui. Semenjak Kak Ngah berusia dua tahun dan dia sudah tidak lagi memakai lampin pakai buang, sejak itu juga pengalaman itu sedikit sebanyak mulai hilang. Kini Kak Ngah sudah berumur lapan tahun. Bermakna selama enam tahun kami melalui kehidupan tanpa perlu berkejar bersama anak yang sedang kuat menahan dari ter’membuang’di dalam seluar. Setahun yang lalu, saya sebenarnya telah cuba untuk melatih Khalil. Namun kerana beberapa sebab, saya gagal menyempurnakannya. Pertama, keran