Posts

Showing posts from June, 2009

ALAHAI..MALUNYA!

Image
Mahu saja saya lari. Tapi kaki bagaikan terpasak, tidak bergerak. Mata saya memandang matanya. Kami saling bertentang pandang. Ini pertama kalinya saya begitu dekat dengannya. Sebelum ini, saya hanya melihat dia dari balik pintu kaca. Namun, pertemuan kali ini sangat tiba-tiba. Sungguh saya tidak menyangka bertemu dengannya dalam jarak hampir sebegini. Dada saya berdebar. Mulut saya terkunci. GERAM “ Ya Allah, memang Israel Laknatullah ..jahat, kejam..” mulut saya menyumpah geram. Pemandangan di depan mata tidak mampu menyekat mulut saya dari berkata begitu. Terpampang pada kaca televisyen, seorang petugas keamanan Palestin mengangkat satu objek seperti anak patung. Namun bila diamati betul-betul, ia adalah mayat seorang bayi yang telah mengeras, tertimbus di balik runtuhan batu-batu dan kepingan kayu. Sesiapa yang melihat pasti belas. Simpati, dan marah yang amat pada kekejaman Rejim Zionis Israel. Sepanjang tiga tahun menghuni bumi Irbid di Jordan, selama itu juga hampir saban hari s

AYAH SAYA DAN AYAH MEREKA

Jumaat lalu, suami saya pergi lagi. Kali ini, menghala ke utara. Dundee, di Scotland. Seperti biasa, sebelum berpergian, keperluan rumah semuanya telah dicukupkan. Tidak perlu saya keluar untuk membeli apa-apa yang kurang. Tinggal lagi saya menjadi pemangku sementara jawatannya sebagai nakhoda dalam bahtera keluarga. “ Ayah pergi mana, Ummi?” Khalil anak bujang saya, kerap bertanya soalan yang sama setiap kali ayahnya tiada. “ Ayah pergi ceramah, “ balas saya tiga patah sambil mempamer senyuman pada wajah. “ Oo… Ayah pergi ceramah,” Khalil mengulang ayat saya. Namun, selang beberapa ketika, dia akan bertanya soalan serupa dan itu juga jawapan saya kepadanya. AYAH SAYA Dari jauh terdengar deruman enjin motor ayah. ‘Ayah dah habis menoreh,’ desis hati saya. Begitulah rutin ayah setiap hari sebagai peneroka felda. Jika cuaca baik dan cahaya mentari memancar indah, ayah akan ke kebun getah yang jauhnya hampir 2 kilometer dari rumah. Sebaik ayah sampai di halaman, enjin motor dimatikan. Aya

KAK LONG, KAK NGAH JADI 'TOM YAM' !

Nampak bertenaga sekali Mr Foster, selaku Headteacher di Humberstone Junior School mengendalikan perhimpunan pagi itu. Saya dan suami berkesempatan untuk hadir bagi meraikan sesi penerimaan anugerah untuk para pelajar yang terpilih. Salah seorang daripada mereka ialah anak kedua kami, Najwa Safiyyah. Mr. Foster membaca satu persatu nama-nama pelajar yang menerima anugerah. Mereka yang telah bersedia berbaris di hadapan pelajar-pelajar lain kelihatan tersenyum-senyum bangga dan gembira. Tangan menerima anugerah berupa sijil penghargaan, sambil mulut menutur terima kasih sebagai balasan. Ada yang menerima anugerah atas perhatian dan sikap ambil berat yang ditunjukkan terhadap rakan-rakan. Ada juga yang memperolehinya kerana kesungguhan menyiapkan tugasan, dan ada juga yang menerimanya kerana cemerlang dalam sukan. Pendek kata setiap pelajar diberikan kredit atas kelebihan masing-masing dan kerana perbezaan itu mereka menerima pujian serta penghargaan. Bila tiba pada nama anak kedua kami,

ABANG, ANAK KITA DAH BESAR..

Image
“ Seronok tengok Ina..sibuk dengan baby,”. Tiba-tiba terpacul ayat itu dari mulut Kak Hasni. Saya memandangnya, hanya tersenyum. Belum mahu bersembang sepatah kata pun. Sibuk menukar lampin sambil mengagah si kecil. “ Adakalanya, bila anak-anak dah dewasa ni, perasaan risau makin menjadi-jadi. Fikir-fikir, ada baiknya mereka kecil sampai bila-bila, “ luah Kak Hasni lagi. Ada nada bimbang pada getar suaranya. “ Kenapa kak ?” soal saya pula setelah selesai menukar lampin. Si kecil saya biarkan berbaring, bermain-main dengan jari tangan dan kaki. “ Entahlah..walaupun kecil-kecil dulu mereka hanya tahu berbaring, bila lapar, menangis. Kencing dan berak pun menangis. Tapi mereka tetap ada depan mata kita, “ Kak Hasni berhenti. Pandangan matanya jauh dilempar ke luar jendela. Anak-anak saya dan sepupu-sepupu mereka sedang riang bermain sambil menghirup udara petang. Hanya di kampung sahaja mereka boleh bebas bermain di halaman. Kalau di Puchong, pasti saya perlu temankan. Tidak berani membia

JANGAN TERKUNCI HATI

Image
“ Ya Allah! Kak Ngah. Kenapa tutup pintu..Ummi tak ambil kunci lagi,” kata saya kaget. “ Macam mana kita nak masuk rumah nanti ?” tambah saya lagi dengan nada marah. Tajam mata saya memandang Kak Ngah. Geram sungguh saya dengan tindakannya itu. “ Biasanya kan Ummi yang tutup pintu. Kenapa hari ni Kak Ngah nak tutup pula. Cuba buka..boleh ?” marah saya lagi. Berair anak mata Kak Ngah mendengar kata-kata saya. Kak Long dan Khalil yang melihat juga terdiam tanpa kata. Pagi ini, saya sendiri akan menghantar Kak Long dan Kak Ngah ke sekolah. Memandangkan jarak antara rumah dan sekolah tidak berapa jauh, ditambah keberanian yang belum ada pada diri saya untuk memandu Honda Shuttle, saya lebih senang menapak ke sekolah bersama anak-anak. Selepas Solehah dan Khalil saya pakaikan kasut, saya keluar untuk meletakkan Solehah di dalam kereta sorong. Namun, sebaik saya menoleh untuk mengambil kunci pada pintu, Kak Ngah telah menarik tombol. Tutup. Terkunci ! Ini merupakan kejadian pertama. Kebiasa

YANG PERTAMA DAN KEDUA

Image
Hari ini saya dan keluarga tidak punya apa-apa rancangan untuk keluar. Adakalanya, cuaca dingin di luar menyebabkan rasa malas untuk bersiar-siar. Suami seperti biasa membaca dan menelaah di bilik bacaan. Anak-anak pula bermain di ruang tamu sambil menonton rancangan kegemaran. Pada hari cuti sebegini, tugas saya dan suami terasa ringan kerana ada dua anak dara kami yang sudah boleh menghulur bantuan. “ Kak Ngah, tolong Ummi tengok-tengokkan Solehah ye. Ummi nak masak,” pinta saya sambil menyua talam berisi sepiring biskut dan air teh sebagai kudapan ringan sebelum waktu makan tengahari. “Ok,” jawab Kak Ngah ringkas. Sememangnya dalam hal menjaga adik, Kak Ngah lebih ringan tulang dan tidak banyak soal. Senang hati saya mendengar jawapannya. Saya berlalu ke dapur untuk menyudahkan kerja. AYAT PERTAMA OK, AYAT KEDUA KO “ Kak Ngah, tolong ambilkan Kak Long air. Kak Long haus la,” kata Kak Long yang sedari tadi asyik dengan buku cerita. “ Ala, Kak Ngah tengah tolong Ummi jaga Solehah ni.

YA DAN TIDAK : YANG SEMPURNA

Selesai sudah sembilan hari lamanya saya berkelana bersama keluarga ke bumi Eropah. Berjalan, melihat dan mentafsir kebesaran Allah pada setiap bumi yang kami jejaki. Bermula di Lapangan Terbang Bremen, kemudian ke Wolfsburg, Saarbruken dan Abstadt di Jerman kemudian lansung ke Geneva, Swiss dan seterusnya ke Paris. Alhamdulillah, banyak pengalaman baru dapat saya, suami dan anak-anak kutip sepanjang keberadaan kami di sana. Sememangnya pengalaman adalah ‘guru’ yang paling baik untuk mendidik dan memperbaiki diri ke satu tahap yang lebih baik dari semalam dan hari ini demi esok yang masih ‘misteri’ di dalam pengetahuan Ilahi. Namun, bukan itu tujuan saya menarikan jemari kali ini. Lantaran kepenatan yang masih berbaki, juga pelbagai urusan harian rumah yang tertunggak seminggu masih belum diisi, saya sebenarnya masih belum mahu menulis. Akan tetapi kesempatan sebentar cuma ketika berkelana tempoh hari, dapat juga saya membuka ruang komentar pada tajuk terakhir saya iaitu : Kak Long pun