Posts

Showing posts from May, 2009

KAK LONG PUN BOLEH, UMMI

Setiap kali saya selesai menulis satu artikel baru, anak sulung saya pasti rasa cemburu. Dia sebolehnya mahu menulis seperti saya, tapi bagi saya usianya belum mencapai tahap itu. “ Ummi, ajarlah Kak Long tulis panjang-panjang, “ desaknya bila membaca hasil tulisan saya. “ Boleh, tapi bukan sekarang. Nantilah.. bila Kak Long dah sedia dan besar sikit ye,” jawab saya ringkas. Berulang kali dia bertanya, acap itu juga jawapan dari saya. Mendengar itu, dia pasti diam tanpa bertanya lagi. Namun dari riak mukanya, dia bagaikan tidak berpuas hati. Mungkin juga rasa tercabar dengan jawapan dari Umminya ini. SEMASA KECIL Saya masih ingat, ketika anak pertama dan kedua saya berumur dalam lingkungan dua keempat tahun, saya kerap mengikut suami hadir ke program kuliah maghrib atau ceramah. Memikirkan karenah anak-anak yang mungkin berlaku ketika program berlansung, mereka saya bekalkan dengan sehelai kertas dan sebatang pensil setiap seorang. Mendapat itu mereka pasti diam. Tidak banyak meragam.

UMMI, JANGAN JADI 'DONKEY' !

Image
“ La, cerita ni lagi. Kita pasang cerita lain la ye. Hari-hari tengok cerita ni je,” keluh saya bila anak ketiga meminta dipasangkan cerita kegemarannya. “ Tak nak. Khalil nak tengok cerita ni,” balas si bujang saya. Susah benar dia mahu berkompromi bila berbicara tentang cerita yang satu ini. “ Ok, lah. Tapi Ummi tak mahu Khalil jerit-jerit ye. Tengok je,” saya mengalah sambil berlalu ke dapur untuk memasak hidangan tengahari. Sambil memasak, mata dan telinga, saya arah ke ruang tamu bersebelahan. Kedudukan sinki dapur yang terletak hampir dengan pintu yang memisahkan ruang dapur dan ruang tamu memudahkan saya memantau cerita, iklan atau apa sahaja program yang sedang ditonton oleh anak-anak saya. Tambahan pula peti televisyen memang saya dan suami susunatur betul-betul berhadapan dengan pintu dapur. Sebetulnya, anak-anak saya sangat gemar menonton filem animasi terbitan Dreamworks Studio ini. Lebih-lebih lagi anak ketiga saya yang boleh dikatakan hampir setiap hari pasti meminta aga

KITALAH GURU-GURU ITU

“ Kamu semua orang Islam bukan ?” Cikgu Fauzi bertanya sebaik masuk ke kelas Tiga Hijau pagi itu. Kebetulan dua orang rakan sekelas berketurunan India masih belum selesai dari mengikuti matapelajaran Moral di kelas sebelah. “ Ya, Cikgu,” saya dan rakan-rakan menjawab serentak. Pandangan kami tepat ke wajah Cikgu Fauzi yang tersenyum mendengar jawapan tadi. “ Baik, kalau betul kamu orang Islam saya mahu tengok kamu jadi orang Islam setiap hari, bukan Islam pada hari Jumaat sahaja,” tegas Cikgu Fauzi sambil memandang muka kami silih berganti. “Murid lelaki berseluar panjang, manakala murid perempuan berbaju kurung dan bertudung kepala. Itu baru betul ikut ajaran agama. Yang lelaki Nampak lebih tampan, yang perempuan pula bertambah ayu dan lebih sopan,“ kata Cikgu Fauzi mengumpan. Kami yang mendengar tersenyum malu-malu melihat masing-masing hanya berseluar pendek bagi lelaki, sementara perempuan pula hanya memakai ‘ pinafore ’ biru. Bila tiba hari Jumaat baru kami mengenakan pakaian menu

MARI MENYINTAI-NYA

Image
Seorang anak terburu-buru datang ke hadapan ayahnya, menghulur tangan untuk meminta wang saku. “Cepatlah ayah, dah lambat ni,” kata si anak dengan nada mendesak. Si ayah menyeluk poket seluar lalu memberi tanpa banyak tanya. Pantas tangan si anak mencapai wangnya. Tiada ucapan terima kasih apatah lagi memberi salam sebelum berlalu pergi. Esoknya, si anak berjalan-jalan pula bersama ibunya ke sebuah pasaraya. “ Ibu, baju di kedai itu cocok dengan warna kulit saya. Saya nak ibu belikan, “ desak si anak dengan wajah mengharap. Ibu yang baik hati tidak sanggup menghampakan. Si anak menerima dengan senyum bangga. Apa sahaja yang diminta, pasti dipenuhi oleh ibu dan ayahnya. Lusa, sekali lagi si anak meminta. “ Ayah, untuk ulangtahun kelahiran saya nanti, saya nak ayah belikan basikal ini sebagai hadiah,” ujar si anak sambil tersenyum-senyum menunjukkan gambar basikal idamannya. “ Saya sudah berjanji mahu berbasikal bersama kawan-kawan ke sekolah,” si anak menambah tanpa sempat si ayah berka

ANUGERAH HIDAYAH

Image
Saya memanggil nama mereka satu persatu. Seorang demi seorang tampil ke depan mengambil markah pada lembaran kertas peperiksaan. Ada yang menerima dengan wajah biasa. Ada yang menerima dengan riak gembira, dan tidak kurang juga yang menerima dengan rupa kecewa. Namun, semua rasa dipendam tanpa sepatah kata. Bersusun warna biru pada helaian markah pelajar dengan di selang seli satu dua nombor bertinta merah di sebelah nama mereka. Hati saya tidak ceria. Melihat markah yang mendominasi kebanyakannya hanya cukup-cukup makan sahaja, apatah lagi menatap pemilik nama yang memperoleh warna merah. Bimbang, gusar dan amat tidak menenangkan. Suara bising pelajar yang berbual sesama mereka saya biarkan tanpa endah. Saya bagaikan tidak mahu bersuara apa pun saat itu. Hanya melayan kecamuk jiwa yang sedang menebal di dalam dada. MULIA YANG PERLU DIPUPUK “ Astaghfirullah, “ saya tersedar dari lamunan perasaan. Alangkah ruginya masa yang ada berlalu percuma. Sesuatu mesti diberitahu. Cepat-cepat saya