KUNCI BAHAGIA, RUMAH KITA


Gambar : Sebahagian kitab rujukan di rumah

“ Alhamdulillah..selesai pun,” bisik saya sendiri sambil tangan mengelap peluh yang meleleh di dahi. Saya melihat sekeliling. Mata meliar dan tajam memandang sudut-sudut terpencil. Kalau-kalau masih ada serpihan-serpihan makanan dan sampah-sampah kecil yang saya terlepas pandang.

Melihat tiada lagi yang tersisa di lantai, saya tersenyum puas hati. Rasa berbaloi bangun awal pagi. Selesai sahaja kewajipan pada Ilahi, tugas-tugas seorang suri pula telah sedia menanti.

Lalu saya mulai dengan mengemas serta membersihkan ruang tamu yang bersepah hasil kreativiti empat permata hati. Saya kutip mainan yang bersepah di lantai. Kemudian, saya kemas pula buku-buku yang berselerak di ruang bacaan dan saya bersihkan kaca meja makan yang melekit dengan sisa makanan dan minuman.

Selanjutnya, barulah saya meneruskan kerja-kerja menyapu dan mengemop lantai. Syukur,kudrat ini masih ada dan mampu melakukan segalanya tanpa bantuan.

Selesai semua itu, saya duduk melepaskan lelah. Mata melebar, menatap segenap ruang tamu yang agak besar itu. Sepenuh hati, seluruh jiwa yang satu.

RINDU YANG TERPENDAM
“ Kenapa Ummi menangis ?”Kak Ngah menyapa tiba-tiba. Kelibat anak-anak yang lain tidak kelihatan, mungkin masih melayan tidur dek keletihan dengan pelbagai aktiviti malam semalam. Saya yang agak terkejut, menoleh dan melempar senyuman hambar.

“ Tak ada apa-apa..” jawab saya perlahan, antara dengar dan tidak. Saya menyeka air mata. Entah bila saya menangis, saya sendiri tidak menyedarinya.

Kak Ngah masih terkebil-kebil memandang saya. Agaknya dia kehairanan. Tertanya-tanya melihat air mata Ummi yang tumpah di hujung Ramadhan yang mulia. Saya membalas dengan senyuman manis. Kali ini lebih ceria, tanda tangisan saya sebentar tadi bukan kerana sedih dan kecewa.


“Ummi rindu pada rumah kita,” luah saya sambil mendakap erat bahunya. Ya, itulah sebab saya menangis. Sekian lama memendam rindu, kepulangan ke Malaysia kali ini melerai rasa.

Umpama kerinduan seorang isteri yang setia menanti kepulangan suami tercinta. Tidak dapat digambarkan rasa resah dan rindu yang terubat ketika bertentang mata setelah sekian lama tidak bersua. Suatu perasaan yang sukar diterjemahkan dengan apa jua perkataan, hingga tanpa sedar air mata gembira mewarnai pertemuan.

BUKAN
“ Oo..Ummi sayang rumah kita ni, ya?” soal Kak Ngah meneka. Saya mengangguk mengiyakan.

“Ummi sayang rumah ni sebab ia lebih besar dari rumah di UK kan?”telah Kak Ngah lebih ramah. Saya tersenyum. ‘Bukan, bukan kerana itu, nak..’ suara hati saya bergema. Kali ini saya menggeleng kepala.

“ Ummi rindu dan sayang rumah ni sebab rumah ni banyak nilai kasih dan cinta di dalamnya,” saya menjelaskan.

“Tak faham la, Ummi..”luah Kak Ngah jujur. Mata saya tepat memandang ke wajahnya yang kebingungan.

“Ummi sayang rumah ni sebab ia dibina dari hasil titik peluh ayah bekerja dan berusaha. Kerana cintanya, ayah gigih bekerja mencari biaya untuk membina rumah yang selesa buat kita. Walaupun ayah sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan ceramah di sini sana, tapi ayah tetap meluangkan masa untuk memastikan rumah ini siap sempurna untuk kita semua.“Ujar saya lagi dalam nada sebak mengenang jerih payah suami ketika fasa pembinaan dan pengubahsuaian rumah ini.

Kak Ngah diam, tekun mendengar butir-butir kata.

BALASLAH CINTA
“Jadi, sebagai membalas kasih dan cinta ayah, Ummi, Kak Long, Kak Ngah dan adik-adik perlu berusaha mewujudkan ceria dan bahagia di dalam rumah kita,” tambah saya.

“Ooo…macam tolong Ummi ayah jaga kebersihan rumah, ya Ummi?”Kak Ngah bertanya.

“ Ya..itu antaranya. Ada banyak lagi. Kebersihan rumah bukan hanya fizikal sahaja, tetapi secara rohaninya pun kena jaga juga,” jawab saya.

“ Macam mana tu?” soal Kak Ngah. Berkerut-kerut dahinya memikirkan kata-kata saya.

“Kebersihan secara rohani tu ialah dengan menjaga ibadah dan adab di dalam rumah seperti bersegera mengerjakan solat lima waktu, solat sunat dan banyak membaca al Quran serta mengamalkan ajarannya. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”. (Riwayat Imam Muslim)

“Jangan malas dan leka dengan menonton televisyen atau bermain sahaja. Bila bergaduh, segera minta maaf dan berbaik semula. Berkongsi apa yang ada. Sikit sama sikit, banyak sama dirasa. Bila itu semua dilakukan dengan sempurna, barulah rumah kita jadi syurga di dunia. Bukan kerana besar atau kecil, mewah atau sederhana. Tetapi kerana kita rasa seronok, tenang dan bahagia,”nasihat saya.

KUNCI BAHAGIA, RUMAH KITA

Gambar : Ruang tamu rumah kami

Kak Ngah meminta diri naik ke atas. Mungkin mahu membangunkan Kak Long dan adik-adiknya yang masih lena. Sudah biasa bersama, manakan seronok bermain berseorangan.

Saya masih duduk di sofa. Melayan ketenangan diri dengan membuka lembaran buku ‘Untukmu Wanita’ hadiah dari suami. Sebaik saya menyelak kulit buku, tangan terhenti pada helaian pertama. Mata terpaku pada tulisan tangan suami tercinta. Ada kata-kata yang ditujukan kepada saya sebagai renungan :

KHAS BUAT ISTERI TERCINTA, NORASLINA JUSIN.
Yang dipendam, hapuskanlah. Jangan membarah.
Yang ditangisi, lupakanlah. Jangan dikenang.
Yang dikesali, maafkanlah. Jangan difikir lagi.
Kunci bahagia, rumah kita.
Pendamlah keimanan dan ingatan manis,
Kenangilah tangisan syukur,
Semoga cinta terus mekar dalam Redha Ilahi
SUAMIMU.


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

zue said…
masyaAllah
cun09 said…
Salam...
Cerita yang penuh dengan "rahsia"
semoga menjadi ingatan untuk saya juga insyaALLAH...
mai said…
:) k ina..tak sempat saya nak beli buku tu...sampai hotel tempoh hari baru teringat, lupa nak beli
kak cahaya said…
indahnya..rumahtangga penuh harmoni ini..
Sajida said…
Terasa bahagianya hingga ke hati ini...

Terima kasih!

:)
nurul said…
Alhamdulillah..perkongsian yang memotivasikan utk para isteri/ibu menceriakan rumah tangga dgn kebersihan luaran dan kebersihan rohani..:)
Anonymous said…
k ina, sampai menangis sy baca catatan UZAR pd k ina. suami pun pernah pesan benda yg sama bila kami bergaduh besar tempoh hari.
Anonymous said…
Salam Kak Ina,

Kak Ina, salah satu sumber kebahagiaan rumah tangga adalah rumah yang besar dan selesa kan?

Tak sabar nak pergi rumah UZAR n akak, nak tengok macam mana akak deko...nanti buatla open house ke...majlis ke... utk peminat2 akak ni....:)
Rohani said…
Salam Ina,

MasyaAllah... Allahuakbar...Apa lagi yang seorang isteri mahukan selain kata-kata yang dapat menyejukkan hati dlm melayari kehidupan yg masih panjang jika diizin Ilahi.. Bertuah sungguh isteri yg mendptkan suami yg menjadi penyejuk hati dan suami yg memiliki isteri yg menyejukkan pandangan... Semua itu kerana bersandarkan kasih mu Ya Rabbi.. Artikel ni cukup menarik Ina. terima kasih
salam ina..
rindu rasanya nak berjumpa ina..
teruskan usaha berkongsi idea,ilmu dan pengalaman dgn semua wanita islam ...agar kami semua mendapat manfaat dan terpimpin bersam mencari keredhaan Allah swt.insyaallah...
salam muhibbah dari kak fizah amran(sri aman pj)
Min said…
nak pinjam la buku tu nak baca bole dak? min punya ada kat malaysia. tak tau bila orang msia nak post la kak ina... bole tak?
cikgu_adilah said…
Assalamualaikum..betul,betul,betul! Memang sy sokong betul apa yg akak tulis. Mcm skrg ni,bekerja membantu kewangan suami dan bekerja mengurus rumahtangga tanpa ada pembantu rumah memang sesuatu yang sangat berat. Tetapi jika kita lakukan hanya kerana utk mendapat redhaNya, sy gerenti,mmg hilang penat dan lelah. Wanita bergelar isteri mmg suatu makhluk yg paling hebat Allah ciptakan.sbg contoh,isteri penat pulang bekerja tetapi bila sampai rumah, dia masih punya tenaga untuk menyiapkan rutin harian seorang suri rumahtangga.Memasak, mendobi, mengemas,mengasuh anak,melayan suami...ish, pendek cerita,mana ada makhluk yang mampu buat semua tu dalam masa sehari semalam..mmg terror! So, kpd semua isteri,baik yg bekerja mahupun tidak,bersyukurlah menjadi wanita kerana kita bukan sahaja bekerja untuk ketenangan dan kebahagiaan suami dan keluarga, tetapi untuk Allah juga. Kita lahirkan manusia baru yg Allah beri nyawa di dalam rahim kita.Kan tu namanya kerja untuk Allah? Kita memang hebat..! Takbirr!!
Terima kasih kak, sebab tulisan yg ni mmg betul2 banyak menghilangkan penat sy mengurus rumahtangga. hehehe...
Salam semua,

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan.

MAI :Boleh beli lagi :), cuba buka link ini :

http://www.galeriilmu.com.my/blog/?p=874
Salam,

ZUE, CUN09, KAK CAHAYA & Mi Ji Da: Alhamdulillah, doakan kebahagiaan dan keharmonian ini berkekalan, InsyaAllah.

NURUL : Ya , sama-sama kita berusaha lebih gigih untuk menjadikan rumah kita, syurga kita di dunia :)
BAITULRAHMAH : Salam, Nas. Wallahulmusta'an..bumi mana yang tidak ditimpa hujan, langit mana yang selalu cerah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sebagai manusia ( suami isteri ) yang asal dari latar berbeza.

Semoga kata-kata itu memotivasikan Kak Ina, Nas dan pembaca semua untuk lebih bertoleransi, saling memaaafkan bila berlaku apa-apa perselisihan.

Seterusnya kita berusaha untuk lebih memperbaiki hubungan agar persefahaman dan kasih sayang terjalin lebih erat, InsyaAllah.
ANONYMOUS : Bagi Kak Ina hidup yang ceria dan gembira lahir dari ketenangan hati dan kebahagian setiap penghuni dalam sesebuah rumahtangga.

Besar dan selesa itu umpama manik -manik yang dihias pada baju kurung sahaja, sekadar untuk mencantikkan lagi kehidupan.

Di sekeliling kita, ramai orang yang sederhana hidup mereka, tetapi lebih bahagia dan tenang berbanding yang berkereta mewah dan besar.

Bahagia itu pada hati yang bersih dan hampir pada Allah SWT.

Apapun, Kak Ina bersyukur dengan apa yang telah dikecapi hari ini. Alhamdulillah.

p/s : Bab-bab deco rumah, ustaz lebih terer dari Kak Ina ;)
KAK ROHANI : Alhamdulillah..terima kasih banyak kak.

NORHAFIZAH : Wah! Kak Fizah pun ada juga di sini..ahlan..Bila la kita nak jumpa ye ? Rindu pada semua..:)InsyaAllah..doakan Ina terus diberi kesihatan dan kelapangan untuk itu.
MIN : Terima kasih atas kunjungan tempohari.

Semoga dapat manfaat baca buku tu ye. Usrah minggu ni, boleh kita berkongsi maklumat yang ada. InsyaAllah.

ADILAH : Alhamdulillah dah ada blog..Tahniah dari Kak Ina.

Teruskan berkongsi juga buat Dilah :)
Ros Illiyyuun said…
Salam..
erm...mana komen yang saya postkan tu ye...dah terdelete ye kak ina..1st komen hari tu...huhuhu...
ILLIYYUN : Maaf dik..tempohari ada masalah sikit pada entry yang Kak Ina baru published, so terpaksa delete dan terdelete juga komen Iliyyun..

Tak pe, nanti tulis lagi ye. Jangan serik..Kak Ina menghargainya ( walau ada kalanya tak sempat respong dan balas ) :)
Amoi Ida said…
salam kak..

lamanya tak berbicara dgn kak..(dlm ruangan komen)..

terima kasih kak sudi kongsi gambar rumah kak..sejuk je mata memandang..dan dpt bagi idea nak decorate rumah juga..hehe..

mmg seronok sgt baca entry nie..(mengingatkan ida pada suami sendiri)..rasa mendamaikan kehidupan sebuah keluarga SaMaRa (sakinah, mawaddah, rahmah)..semoga terus bahagia dalam mencari keredhaanNya..ameen
MamaMiera said…
Salam Ummu Husna

Baru terbaca ..
terima kasih diatas perkongsian ilmu ... insallah akan dipraktikkan juga kepada anak² untuk mengimarahkan dan keceriaan rumah ..

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA