11 September 2009

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA

Ramadhan 1430 Hijriah bakal pergi. Menghitung Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya jadi sedih. Namun, peluang yang berbaki untuk memburu dan menjejak Lailatulqadr tidak harus dipersia. Dapat atau tidak bagi saya biarlah DIA yang menentukannya, siapakah gerangan insan-insan bertuah yang dianugerahkan kesempatan untuk bertemu malam yang berkah.

Bagaimanakah puasa kita ? Tepuklah dada, tanyalah hati dan budi. Iman yang menjawab atau masih ada suara-suara nafsu merajai jiwa.

Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh keampunan dari-Nya, dan alangkah rugi bagi mereka yang hanya merasai lapar dan dahaga sepanjang melaksanakan perintah Yang Maha Esa.


NASIHAT DAN KEMAAFAN
Cukuplah dalam menyambut Aidilfitri yang menyusul tiba, nasihat melalui nasyid di bawah ini akan sentiasa menjadi ingatan dan pedoman kita.



Seterusnya, mengenangkan kesempatan yang mungkin tiada untuk menulis dan menyapa sahabat-sahabat maya sebaik sampai di Malaysia, saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon kemaafan.

Jika ada kata yang mengguris rasa lewat penulisan saya, janganlah ia menjadi jarak yang memisahkan hati-hati kita. Akan tetapi, anggaplah ia sebagai nasihat dan tanda kasih dari saya buat semua.

Sesungguhnya, kita bersaudara. Dan Rasulullah menegaskan, hanya orang-orang yang beriman sahaja akan menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya.

SALAM LEBARAN. TAQABBALALLAH MINNI WA MINKUM SOLEHAL’AMAL


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

11 comments:

ibuaiman said...

Salam Aidilfitri untuk K'Ina sekeluarga, dengar khabar K'Ina balik beraya ke Malaysia...:), kat mane kg K'Ina n ustaz yer?berapa hari balik M'sia?

Ummu Khaulah said...

Eid Mubarak buat ustazah sekeluarga dari kami di Berlin. Jazakillahukhair al jazaa atas penulisannya yang banyak membantu saya meniti hari...

am0i Ida said...

Salam lebaran buat kak Ina sekeluarga..seronoknya dapat tahu akak beraya kat Malaysia...macam dpt jumpa, hehe.. :)

Linda_Shamsul said...

Salam Aidilfitri dari Linda..semoga sentiasa ceria...

Min said...

salam kak ina, tima kasih tak terhingga atas pertolongan kak ina & ustaz hari itu. Allah shj yg dapat menbalasnya. semua kad telah selamat diterima. selamat berhari raya di malaysia. ingat2 la kami di leicester ni...

Kak Nisha said...

Assalamu'alaikum semua.

Salam aidilfitri untuk semua dan terutama utk ummu Husna sekeluraga.

wassalam

^inas^ said...

salamun'alaik,

salam aidilfitri.. :-)

selamat solat sunat raya.

selamat berbahagia bersama keluarga :-)

maaf dan ampun dipinta.

cun09 said...

...salam aidilfitri mohon maaf dr saya selama kita "bersahabat"...

yohanis said...


salam aidilfitri maaf zahir dan batin buat ina sekeluarga..semoga diberkati ALLAH sentiasa..ameen ameen ameen.

Anonymous said...

selamat hari raya aiditfitri dari :

http://tunaiinternet.blogspot.com
http://kancilmalaysia.blogspot.com


sangat bermanfaat apa yang ummu kongsikan di dalam blog ini bersama rujukan yang berguna juga.

thanks a lot...

cun09 said...

salam...
seronok raya kat msia yee ^-^