MANA MILIK KITA..



Bukan sekali, malah telah banyak kali soalan tersebut ditujukan kepada saya. Dan setiap kali itu juga, muka saya akan merona merah sebelum memberikan jawapannya.

Merah bukan kerana marah. Akan tetapi wajah yang memerah itu adalah manifestasi dua rasa yang sedang sarat bergelora dalam jiwa. Rasa malu berbaur ragu dan cemburu. Malu untuk menyatakan pandangan, walau pendirian saya dari sudut hukum telah jelas sebagaimana yang disyari’atkan agama.

Ragu bersulam cemburu, kerana sebagai seorang perempuan, sifat yang satu ini pasti ada sebagai bukti saya juga wanita biasa yang memiliki akal yang satu dan sembilan emosi dalam diri. Darinya lahir kelebihan dan kekurangan seorang wanita bergelar ibu dan juga isteri.

BUKAN MUDAH
Kali ini, soalan yang sama ditanya pada ruangan komentar di dalam blog saya. Janji saya untuk menyatakan pandangan sekaligus memberikan jawapan.

“ Bukan mudah sebenarnya untuk berpoligami.” Demikian jawapan awal suami bila saya memulakan perbincangan kami kepada soal yang dianggap ‘taboo’ dalam masyarakat hari ini. Suatu isu fiqh turun temurun yang sangat kontroversi bila membicarakannya.

“ Kenapa abang kata, bukan mudah ? Kalau begitu, mengapa ramai lelaki hari ini yang seakan-akan merasa senang untuk bernikah satu lagi? “ soal saya agak provokatif.

“ Senang melafazkan akad pernikahan, tetapi bukan senang dari sudut melangsaikan tanggungjawab selepas perkahwinan,” jelas suami sambil memandang jauh ke luar jendela.

“Andai sebelum berkahwin buat pertama kali seorang lelaki perlu berfikir dua tiga kali, inikan pula untuk berpoligami. Sepatutnya kena fikir sepuluh kali, atau lebih lagi. Fikir berpuluh kali itu bukan untuk mencari jalan menyembunyikannya dari isteri tapi memikirkan cara pelaksanaan tanggungjawabnya” tambah suami.

Saya menerima penjelasan suami dengan anggukan yang bertali. Ye, bukan mudah bagi seorang lelaki untuk berpoligami, jika neraca pertimbangannya adalah tambahan tanggungjawab dan amanah yang hadir bersama satu lagi lafaz, ‘aku terima nikahnya’. Juga bukan mudah untuk seorang isteri menerima poligami, jika pertimbangan emosinya mengatasi akal dan rasional yang satu. Bukan menafikan hukum, tetapi meragukan kemampuan diri menampung rasa cemburu.

Itu belum lagi ditambah dengan penerimaan anak-anak. Sungguh, panjang ceritanya.

KEPELBAGAIAN MANUSIA
“ Bagaimana pula pandangan abang, jika ramai wanita mengatakan hanya mereka yang mengetahui kemampuan suami. Layak atau tidak untuk berpoligami?” saya bertanya, masih mahu melanjutkan perbincangan.

“ Pandangan tersebut juga tidak tepat. Mampu bagaimana yang dimaksudkan? Kalau dari sudut kewangan, mungkin sahaja seorang suami memiliki sumber kewangan lain yang di luar dari pengetahuan isteri. Jika kemampuan dari sudut nafkah batin, keserabutan minda di waktu tertentu boleh memberikan kesan kemampuan batin seseorang lelaki. Ia juga boleh menyebabkan turun naik. Isteri sukar mengukurnya” tingkah suami menjawab persoalan saya sebentar tadi.

“ Tak patutlah macam tu. Sewajarnya, tiada rahsia antara suami dan isteri dan juga suami sepatutnya beritahu isteri jika ada kekurangan dalam rumahtangga mereka,” luah saya tidak puas hati. Menggeleng kepala saya memikirkannya.

“ Ye, itu yang ideal, yang sepatutnya. Tapi, bukan semua orang boleh mendedahkan segala perkara kepada pasangannya. Malah Islam juga mengajar untuk menyimpan beberapa perkara yang dikira lebih membawa banyak mudarat berbanding manfaat kepada rumahtangga. Bukan saja itu, malah dibenarkan pula menyembunyikan beberapa perkara dari pasangan di dalam keadaan tertentu. Manusia ni pelbagai ragam dan sifatnya, As ” kata suami mengingatkan saya.

“ Hmm..sebab itu, sukar untuk berjumpa dengan poligami yang berpandukan sunnah dari meraikan nafsu hari ni, kan bang,” keluh saya, masih menggeleng kepala.

“ Ye, itu betul. Tapi kerana meraikan nafsu itulah salah satu sebab Islam menghalalkan poligami. Sebagai agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan, poligami adalah jalannya. Agar gelora yang membara itu disalurkan pada yang halal, dan bukan sebaliknya. Bukan sekadar untuk kepuasan diri, tapi juga untuk mengawal nafsu agar dia terus dapat beribadah dengan sempurna. Apa cacatnya pada niat dia kalau begitu? Dia bukan serakah tapi berniat menutup pintu gangguan hati “ kata suami saya dengan tenang.

“Tapi kena ingat juga, bukan semua poligami berpunca dari kehendak nafsu malah banyak lagi sebab lain yang amat bertepatan dengan fitrah manusia dan kepentingan umum, malah kepentingan isteri yang pertama juga. Yang ini panjang kalau nak dihurai dan ia kena didengar dan dibaca dengan aqal berpandu iman bukan emosi bersalut nafsu, baru boleh faham“ sekali lagi suami mengingatkan sambil tersenyum. Saya mengangguk kepala mengiyakan, walau jiwa amat berat menerima kenyataan.

TAMBAH ILMU
Saya merenung jauh ke dalam diri. Mengenang nasib wanita-wanita di luar sana yang masih belum bersuami, dan tidak kurang juga para isteri yang telah kehilangan dahan bergantung untuk meneruskan kehidupan ini. Ketika tiada lelaki-lelaki bujang yang datang melamar, menyatakan persetujuan untuk menggalas peranan yang telah ditinggalkan, saya bersimpati. Hati wanita saya terusik. Naluri keimanan saya turut berbisik, ‘kerana itu Islam menyediakan jalan keluar..poligami.’

Namun, menjadikan bisikan itu sebagai suatu perlaksanaan tidak semudah yang dirasakan. Jiwa bertarung antara nafsu dan iman. Saya tahu, sukarnya menundukkan rasa cemburu dan ragu yang bukan-bukan.

“ Ada baiknya, kita, juga semua pasangan suami isteri hari ini menambah ilmu tentang perlaksanaan poligami. Bukan sekadar membicarakan hukum, tetapi dari sudut pelaksanaan sebagai jalan keluar yang benar-benar mendatangkan manfaat buat masyarakat. Umpama ubat yang menyembuhkan, bukan racun yang mendatangkan kebinasaan,” saran suami.

“ Abang ada cadangan buku yang baik dan sesuai untuk itu?” soal saya. Bagi saya, sebarang pandangan tentang perlaksanaan poligami yang harmoni dan berjaya sewajarnya datang dari pengalaman individu yang telah dan sedang melaluinya, bukan dari angan-angan semata-mata.

“ Ada..buku Dr. Basri Ibrahim, tajuknya : Hidup Bahagia dengan poligami. Melihat kepada tajuk dan kebiasaan penulisnya, abang yakin kupasannya bukan sekadar ilmiah dan kontemporari, tetapi ia juga bersumber dari pengalaman beliau sendiri sebagai pengamal poligami” jawab suami.

MANA MILIK KITA…
Soalan ini akan terus ditanya. Jawapan saya, serahkan sahaja pada Yang Esa. Biarlah Allah SWT yang menentukannya. Lantaran sejak melangkahkan kaki di usia awal pernikahan saya dan suami, saya memohon dari-Nya apa yang terbaik untuk dunia dan akhirat saya sekeluarga.

Kepercayaan saya bulat terhadap suami. Perasaan hormat, sayang dan cinta saya kepadanya bukan membuta tuli tanpa berpandukan panduan agama. Saya yakin sebarang keputusannya adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan kami bersama. Bukan sekadar di dunia, tetapi yang lebih penting sehingga ke akhirat sana.

Pada saya, layanan istimewa dan khusus yang saya lakukan buat suami bukan untuk menjauhkan kami dari ruang poligami; akan tetapi itulah tanggungjawab dan curahan bakti seorang isteri buat suami. Sebagaimana yang diperintahkan Ilahi. Saling menerima dan memberi dalam ikatan rumahtangga bahagia. Bukan atas alasan memiliki, tetapi lebih kepada atas dasar menyintai kerana-Nya.

Cukuplah saya melaksanakan tugas ini sebaiknya, selebihnya saya serahkan atas ketentuan yang Maha Esa.

Semoga penjelasan ini memberikan jawapan buat yang bertanya. Yang baik dari Allah jua, yang buruk dari kelemahan saya sebagai manusia biasa.

Mana milik kita..tidak ada milik kita. Semua yang ada, Allah yang punya..

Wajah saya masih merona merah tatkala mengakhiri bicara ini.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

Kak Nisha said…
Assalamualaikum semua,
Sangat, sangat bersetuju apa yang ummu Husna tuliskan. Kakak ada juga beberapa kali menyuruh dan mengatakan tak kisah pada suami jika ingin bernikah sekali lagi kerana merasakan terlalu banyak kelemahan diri. Setakat ni masih belum terjadi tetapi tidaklah mengharapkan ia berlaku, kerana takut juga dengan kemampuan diri.

Kadang-kadang terfikir juga mungkin mulut akak sahaja sanggup menerima tapi bila ia betul-betul terjadi lain pula ceritanya. Harap-harap samalah apa yang di mulut dan juga di hati akak.

Wallahhua'alam.
Ummi Amani said…
Salam...
Tiada apa yang kita miliki sebenarnya walaupun hati kita sendiri. Semuanya adalah milik-Nya. Urusan kita hanya merancang namun menentukan adalah urusan-Nya. Berserah dan yakin pada keadilan-Nya memberi ketenangan dan kedamaian hati pada hal-hal yang tidak pasti.
mai said…
salam k ina,
saya pernah bagi izin kpd suami berkahwin lain, tatkala terlalu lama kami menunggu zuriat...tapi, rasanya skrg mcm dah tak sanggup melihat kalau suami ada org lain..sbb saya dah tgk dpn mata kesan2 poligami yg membabitkan family sendiri..semoga Allah ampunkan saya...
yohanis said…

salam husna..akak setuju sgt dgn husna..dan akak pun skrg dlm proses menyesuaikan diri dgn situasi ini..sbb akak bakal menerima madu..insyaALLAH.

ini trjadipun setelah akak sendiri yg memberi keizinan pd suami..mungkin mmg tlh ditakdirkn utk akak membuka mulut..utk memberi keizinan..dan apa yg akak lakukn pun tiada tujuan apa2..sekadar kerana tujuan buat NYA yg satu..dan kerana rasa belas ikhsan pd kaum sendiri..

..benar..tidak mudah utk perlaksanaannya..tapi ALLAH itu Maha Mengetahui niat kita...segalanya kan dipermudahkan olehNYA...keran dlmkeadaan akak dan suami skrg sebenarnya..suami akak sndiri mengaku pd bakal madu kak..yg suami mmg buknlah mampu dlm segi kewangan utk membantunya...hanya sekadar utk keluarga yg ada..tapi di sbbkan..bakal madu kak itu seorg berkerjaya..dan dia tidak kesah kerana dia sendiri sudi membantu suami..asalkan katanya dapat menumpang kasih suami...

..kini kami dalam proses mengenali diri masing2..dan suami juga seorg yg baik..tidak prnh mengambil kesempatan utk keluar berdua dgn bakal madu...tapi sekali sekala bakal madu kak akan dtg berkunjung kerumah kak..utk menemui kak dan anak-anak serta suami...

doakanlah semoga kak dpt membantu suami dan bakal madu kak utk hidup bersama ..dan berada di jlnNYA sentiasa..
Salam kak Ina,

Semoga semua persoalan telah terjawab di sini dengan artikel dan pandangan dari kak Ina dan UZAR...

Keputusan tepat yang diambil hendaklah dengan neraca pertimbangan amanah, tambahan tanggungjawab dan kemampuan diri n emosi masing-masing....
nz said…
salamun'alak,

ok. this entry is really dedicated to me.
sy bujang lg tp ade lamaran dr lelaki yg dah berkahwin. sy akui lelaki tu mmg penuh la dgn ciri2 islamik nye.. sy benar2 serah pd Allah.. sy x de bnda lain nak cari melainkan bimbingan si bakal suami yg mengikut syarak.. namun, penerimaan keluarga.. wuuuuu.. benar kan x ramai yg faham erti poligami..

ya Allah, pilih kami utk diberi kefahaman yg benar..
Anonymous said…
Sangat terharu dengan jawapan ummu husna, wajah ini juga merona merah...

Cuma rasa kecewa dengan masyarakat kita yang sangat memandang negatif pada poligami. Banyak rumahtangga hancur semta-mata kerana poligami. Banyak isteri yang minta cerai kerana suami bernikah lagi.Why??? Si suami pula tak pandai psikologi isteri. Sehingga bila suami bernikah lagi isteri jadi hilang kepercayaan kerana sebelum ini isteri tidak dididik dengan kesyumulan Islam, suami pula tidak tunjukkan qudwah dalam rumahtangga. Tu yang isteri mula tak yakin dengan suami bila pasang dua. Maka berceraikah jalan penyelasaiannya? Memburukkan lagi pandangan tentang poligami.
Salam semua, semoga kita tiada sifat mazmumah dalam diri. Suami pun bukan hak mutlak... kasih kerana mengharap kasih Allah akan beroleh kasih sebenar walaupun berpoligami. Saya menyaksikan sendiri dalam keluarga apabila percaya jodoh hak Allah dan Allah menguji untuk "memberi" yang baik.. hidup sangat bahagia dan lebih baik!
Ummufarhan said…
Salam,

Kak Ina, pada pendapat saya, setiap orang ada tahap kemampuan masing2 dalam penerimaan trhadap poligami ini. Bagi saya, mana2 isteri yg mmbenarkan suaminya brpoligami mmpunyai jiwa yg besar. Jika isteri rasa tak mampu untuk bagi suami berpoligami, adakah kita perlu bagitahu suami "jangan madukan saya" atau adakah salah jika bagitahu suami macam tu kerana poligami itu hak dia yang dibenarkan dalam islam? T.kasih
Amoi Ida said…
Salam kak Ina

Memang tunggu2 entri nie..tp yerla kak bukan senang nak aplikasikan bg seorang isteri..walaupun hati merelakan kerana Allah tetapi dalam masa yang sama cemburu tetap ada...melainkan jika difokus hanya memberikan komitmen kpd suami, dan bukan mengharapkan cinta suami...boleh ke camtu? hehe...

Nak tanya akak satu soklan..Ida pernah baca kisah Fatimah Az-Zahra,

Diriwiyatkan dari Asma binti Umais, dia berkata,

Ali r.a pernah meminangku, kemudian berita itu sampai kepada Fatimah, maka dia dtg kpd Rasulullah saw dan berkata: "Sesungguhnya Asma hendak berkahwin dengan Ali r.a." Maka Nabi saw bersabda,

"Tidak patut baginya (Asma) untuk menyakiti Allah dan RasulNya" (HR At-Tabarani)

Satu lagi kisah mengenai Ali dan Juwairiyah:

"Sesungguhnya Bani Hasyim bin Al-Mughirah meminta izin kepadaku utk menikahkan puteri mereka dgn Ali. Maka aku (Nabi) tidak mengizinkan mereka, kecuali jika Ibnu Abi Talib (Ali) mahu menceraikan puteriku (Fatimah) dan menikahi puteri mereka. Sesungguhnya aku tidak mengharamkan sesuatu yang halal dan tidak pula menghalalkan sesuatu yang haram. Tetapi, demi Allah, tidak akan berkumpul puteri Rasulullah saw dan puteri musuh Tuhan untuk selama2nya" (HR Bukhari dan Muslim)

Nak minta tolong Kak Ina bagi ulasan tentang hadith2 diatas? Tu pun kalau akak sudi.. :)
pecinta_Islam said…
salam kak..saya baca dan saya pun x tau apa nk komen.sdh pun ada jgk bile hayatinya.hmm..sy budak2 lagi.paham+x paham.hmm..cuma jika berpoligami kerana Allah alhamdulillah.baek la jd nya.insyarallah..
Guru said…
assalammualaikum

saya pernah membaca buku bahasa inggeris tentang kisah hidup wanita2 islam yang berpoligami.

tapi malangnya tak ingat judul buku tersebut.

diceritakan setiap fasa kehidupan isteri2 ini, dari peringkat penolakan (denial state) sampai ke akhirnya redha dengan poligami tersebut. kisah benar.

sepanjang membaca, terasa sungguh badai di hati mereka dan perjuangan menongkah nafsu amarah dan cemburu dalam jiwa.

secara warasnya, memanglah poligami adalah langkah terbaik dalam beberapa situsi. tetapi, hati dan jiwa kita ini perlu sentiasa dididik utk redha.
nik hafizul said…
wahh hebat blog nie
yohanis said…

salam husna..
sebelum tu kak nak minta maaf dulu dr husna..kerana nak berkongsi agak panjang pendpt ni..kak nak tambah sikit ttg pandangan kak...(kenapa kebanyakan kaum perempuan menghalang suami mereka utk berpoligami )
..sebab..jawapannya hanya pada "suami " je...:
1) kebanyakan suami bila nak berpoligami..awal2 lagi mereka dah sembunyikan dulu dr pengetahuan istri..
2) suami dah puas berdating ke hulu ke hilir dgn bakal "madu"..secara sembunyi2..
3)suami pulak tak pernah bercerita tentang keindahan dan hikmah berpoligami dlm islam..
3)suami dr awal..lebih bayak sembunyi dari istri sendiri..
4)suami main perangsangka sendiri..bahawa istrinya memang jenis tak akan menerima "poligami"..walhal..suami sendiri tak pernah mendidik istri ttg kehebatan islam..

so..macamana la istri tu nak percaya suami..kalau awal2 suami dah sembunyi segala mcm..dan keluar dating dgn bakal madu..walhal nak poligami itu dikatakan ikut sunnah Rasullullah SAW..tapi pegi berdating keluar dgn bukan muhrim...so..memang tak nampak sgt la ke jalan islam nya...kalau mcm tu..istri mana pun tak akan terbuka hati untuk menerima "bakal madu" mereka...

kak nak tahu la kan..mungkin ada di antara kaum wanita di sini..yang benar2 ikhlas utk bermadu dan benar2 mengikut sunnah Rasullullah SAW...maksudnya...

1)tak berdating berdua-duaan dgn suami orang..
2) bersikap jujur dgn keluarga bakal madu istri pertama..

persoalannya..memang boleh dikatakan kebanyakan suami dan bakal madu main sembunyi2 berdating..itulah kesilapan paling besar..

so..sebenarnya dalam kepala kebanyakan suami ni..bila nak bermadu..mesti tanpa pengetahuan istri pertama...kalau bagi tahu pun..mereka dah berada separuh jalan dgn perempaun lain...jawabnya memang sampai bila la tak ada jalan penyelesaiannya ttg poligami..

mcm diri kak sendiri..pada awalnya bila kak berbincang dgn suami...kak cuba memberikan syarat..supaya suami tak boleh keluar berdating..dan mereka hanya blh berhubung melaui sms or telephone ..dan kak memberi keizinan pd bakal madu kak utk dtg kerumah..supaya kak boleh mengenali dirinya dgn lbh dlm..dan supaya kami berdua tidak ada jurang..skrg anak2 dgnnnya pun dh semkain rapat..alhamdulillah..
mulanya..ada tentangan jugak dr suami...katanya macamana dia nak kenal lbh rapat dgn bakal madu..tapi kak bertegas..sbb skrg suami adalah hak akak..dan bukn lelaki bujang yg boleh kehulu kehilir dgn bukn muhrim..dan kak kena jaga maruah kak, anak2 dan keluarga kak...lama kelamaan suami mula menerima pendapat kak..dan alhamdulillah..skrg semuanya dipermudahkan ALLAH ..dan suami nmpknya benar2 menjaga maruah keluarga kami..

semoga kaum2 perempuan yg nk mula masuk ke alam poligami..cuba muhasabahkan diri..kalau nak ikut sunnah Rasullullah SAW..ikut dgn betul...bukan ambil sekerat-kerat...edit ikut suka hati je..kerana ia tidak akan membawa keberkatan dlm rumahtangga..trima kasih husna kerana memberi ruang utk kak meluahkan pendpt..:)
Liana said…
Assalamualaikum,
Saya amat sayu bila membca kisah-kisah keluarga bahagia..sedangkan saya masih sendiri wpun usia sudah 30-an..bukan tidak pernah berusaha tp masih belum berjaya..
semoga semua yg berjaya menjadi isteri dan ibu dapat melaksanakan amanahNya dengan penuh kesyukuran padaNya..
Fazlinil Irma said…
assalamualaikum kak as..

nak kongsi cerita poligami takde pengalaman lagi.

tp bila kak as ada share ttg buku dr basri dlm tajuk poligami.nak share dia tu pensyarah saya masa di kusza ustaz tu bagus dalam mengajar. semua orang seronok kalau dia bagi ceramah.

jadi cerita pulak isteri kedua dia kawan saya masa sama belajar.

nampak gaya balik ni nak kena cari buku tu. nak tau kupasan ustaz dlm poligami :)
Jasmin said…
perkongsian yang sgt menarik
thankssss
puteri said…
Salam semua. Poligami... Ttg hadis yg amoi ida bg tu sya pernah dpt... sya dah tau jawapannya tp boarlah kak Husna yg jwb.Yg sakit dlm poligami bila manusia sendiri menilai harga sesama insan.Sya percaya kpd 1 benda, suami,anak2, isteri, harta & apa jua di dunia ini, semuanya milik Allah. Utk poligami bukan restu isteri pertama yg sya minta tp restu ibu mertua, dia syurga suami & suami syurga isteri.Tak kisah la poligami atau tidak, setiap rumahtangga pasti ada masalahnya sendiri. Cuma NUR, iman dan hidayah Allah yg m'jadi 'pengikat'antara suami dan isteri tersebut. Semoga kita bersama-sama menginsafi diri dan mampu melahir serta mendidik anak-anak menjadi anak yg soleh dan solehah. Sya percaya, sbg isteri dan ibu, semua kita mahukan kunci utk ke syurga....amin..
KAK NISHA : Waalaikumussalam, Kak. Ya, sama-sama kita berdoa dan dalam masa yang sama menambah ilmu.

UMMIAMANI : Bersangka baik dengan setiap ketentuan Allah SWT, baik yang manis ataupun pahit.

MAI : Kak Ina juga ada pengalaman yang sama tentang poligami, pada saudara terdekat. Memegang status isteri pertama yang hidup sebumbung bersama madu dan menerima layanan 'pilih kasih' yang agak ketara.Rasa kasihan dan simpati.

Walau apa pun, ada satu perkara yang sangat Kak Ina kagumi padanya iaitu ketenangan dan kesabaran beliau berhadapan dengan cabaran hidup yang dilaluinya.

Sekarang, beliau dan madu telah tiada lagi. Semoga Allah mengampuni kedua-duanya dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang melakukan amal soleh, ameen.
YOHANIS : Alhamdulillah dan saya mendoakan kesejahteraan akak, suami, anak-anak dan bakal madu.

Saya juga bersetuju dengan pandangan Kak Yohanis tentang cara mengenali bakal madu. Jalan yang terbaik adalah dengan memperkenalkan kepada keluarga sedia ada supaya hubungan yang baik, erat dan bersefahaman mudah dicapai selepas itu.

Biarlah, sakinah, mawaddah dan rahmah yang telah terjalin dalam perkahwinan pertama berkekalan walau suami punya sebuah lagi keluarga baru.

Tentang poligami secara rahsia, saya berikan link ini : http://www.zaharuddin.net/content/view/621/#comment82762

Semoga kita semua mengambil iktibar dan memuhasabah diri.
Ros Illiyyuun said…
Assalamualaikum,
Sebenarnya saya pun pernah terfikir untuk berkonsi idea tentang poligami ni dari posisi yang berbeza dengan entri Kak Ina tapi keadaan belum mengizinkan untuk berbuat demikian disebabkan oleh beberapa halangan yang perlu diselesaikan dahulu buat masa ni. Diharapkan "Mana Milik Kita" ini akan memberi cetusan idea yang bermanfaat kepada saya untuk dikongsi bersama satu hari nanti...InsyaAllah. Ringkasnya, kita tak sewajarnya menentang poligami kerana ia diharuskan oleh Allah. Sekiranya kita menentang poligami bermakna kita mencabar hukum-Nya. Yang perlu ditentang di sini ialah penyalahgunaan poligami. Falsafah poligami Rasulullah perlu ditinjau agar keberkesanannya dapat memberi impak positif kepada umat Islam itu sendiri. Wallahu a'lam
nur said…
Assalammua'laikum wa rahmatullah
Kak Husna, terima kasih atas perkongsian, menyentuh hati saya yang terasa dekat dengan apa yang dibincang. semoga perkongsian kita di medan maya ini tidak lain untuk saling memberi kekuatan. Jalan yang ditempuh berbeza-beza, namun satu arah menujuNYA, ingin menghadap dalam DIA meredhai jiwa-jiwa ini....
Salam,

SHAZA : Alhamdulillah, terima kasih atas rumusan. Namun, banyak perkara boleh diperbincangkan lagi.

INAS: Kak Ina mendoakan yang terbaik. Harap begitu juga kepada Inas. Banyakkan berbincang dengan keluarga.

Tiada ibu bapa yang mahukan anaknya menderita ( berdasarkan apa yang mereka lihat dan faham tentang poligami). Kerana itu mereka menentang.

Justeru, jika Inas mampu meyakinkan keluarga tentang kebaikan poligami ini, alangkah baik dan moleknya, InsyaAllah.
ANONYMOUS : Mungkin kita semua boleh membeli buku yang saya sebutkan di dalam artikel untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Ilmu yang kurang ditambah dengan pengamalnya yang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebaiknya menyebabkan institusi perkahwinan poligami ini dipandang serong oleh ramai orang.

Justeru, kita mulakan dengan diri dengan menambah kefahaman dan ilmu.Setiap keharusan yang diberi Allah pasti banyak kebaikannnya, cuma tinggal lagi kesilapan pada manusia dalam menanggapinya. Ingatan untuk saya juga ni :) Wallahu'alam


A TRAVELER : Ye, cukuplah kisah Ummu Salamah sebagai ingatan dan muhasabah.

http://keranacinta.wordpress.com
UMMUFARHAN : Di dalam undang-undang keluarga Islam, bakal isteri ada hak meletakkan syarat ketika akad terhadap bakal suaminya termasuk meletakkan syarat agar suami tidak berpoligami, sebagai contoh.

Walaubagaimanapun, bagi Kak Ina perbincangan dan komunikasi dalam rumahtangga amat penting dalam menyelesaikan apa jua perkara pun.
Jelaskan perasaan sebenar kepada suami.

Namun dalam masa yang sama jangan keraskan hati untuk menerima kebaikan poligami yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dahulu.

Wallahu'alam

AMOIIDA : Ws, dik. Belum ada kesempatan nampaknya untuk mengkaji hadith tersebut. InsyaAllah Kak Ina cuba rujuk dulu kitab Sohih Bukhari.
Ye, betul tu kak...terima kasih atas teguran...

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA