UNTUKMU...

“ Wah! Cantiknya. Ini yang cemburu ni…” luah saya sambil mengerling suami di sisi. Ketawa kecil suami mendengar kata-kata saya tadi.

Sememangnya saya tidak dapat menafikan kecantikan yang terpampang di depan mata. Ini kali pertama saya melihatnya. Sungguh mempesona. Kena dengan penilaian saya sebagai seorang wanita dewasa.

Kulitnya merah-merah hati. Berhias pula dengan bunga mawar berwarna merah darah yang indah. Gabungan citarasa yang sungguh menyerlah.

“ Macam mana, ok tak?” suami menyoal buat kesekian kalinya. Tersenyum-senyum dia memandang saya. Makin cemburu saya dibuatnya.

“ Cantik la ayah,” balas Kak Long dan Kak Ngah. Kali ini, senyumannya melebar ke pipi. Sungguh puas hati.

BUKAN HAK MILIK
Dari awal pernikahan lagi, saya sudah menerima bahawa suami bukan hak milik saya seorang. Saya masih ingat, ketika usia perkahwinan kami baru menginjak 4 hari. Saya dan suami berjauhan buat pertama kali selepas bergelar suami isteri. Saya ditinggalkan bersama sahabat-sahabat universiti di rumah sewa mereka, manakala suami menjayakan satu program nun jauh di utara.

“As masih ingatkan, hadis nabi yang menjadi pegangan hidup abang..” suami membuka kata bila melihat saya diam membisu. Saya akan ditinggalkan pergi dalam suasana masih berbulan madu. Mulut saya bagaikan berat untuk meluahkan apa yang terbuku.

“Abang tahu As sedih, tapi inilah jalan perjuangan seorang isteri di sisi suami. Meniup semangat juangnya. Rela melepaskannya berpergian untuk menjalankan tanggungjawab agama. Menyeru orang lain kepada yang ma’ruf dan mengajak mereka meninggalkan yang mungkar,” nasihat suami.

Saya mengangkat kepala memandangnya. Saya tahu suami mahu saya mengerti. Sabda Rasulullah SAW yang menjadi motto perjuangannya kemas tersemat di dalam hati.

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." ( Hadis Riwayat Muslim )

Saya berusaha memujuk diri. Mendengar kata-katanya yang sarat berisi ruh perjuangan, mengingatkan kembali diri yang mulai lupa kepada impian dan harapan perjuangan. Lupa pada nafsu yang sering mengajak kepada kemaksiatan, dan lupa pada iman yang perlu disubur dengan baja mujahadah dan pengislahan.

Melihat kesungguhannya mahu meninggikan martabat deen yang mulia ini; yang semakin dilupa dan dianaktiri oleh penganutnya sendiri, menjadikan saya ikut termotivasi.

Seorang isteri yang menjadikan suaminya seorang pejuang agama, tiada lain yang lebih mulia melainkan ganjaran pahala yang sama banyaknya. ‘Saya mahu bantu suami dan diri sendiri,’ bisik saya memujuk hati.

MANUSIA YANG BERMANFAAT
Jika direnung sedalam-dalamnya, setiap manusia sebenarnya telah dibekalkan Allah dengan kelebihan yang tersendiri untuk dikongsi bersama orang lain di sekelilingnya. Seorang pelukis, mampu merobek keangkuhan manusiawi lewat lakaran alam yang indah ciptaan Ilahi. Demikian juga, seorang penulis, dapat menggunakan kemahiran penulisannya untuk menghasilkan tulisan berisi peringatan agar manusia kembali ke jalan Allah yang Maha Esa. Kembali menghambakan diri kepada Pencipta mereka.

Ada senarai panjang kemuliaan yang menanti orang-orang yang menjadikan dirinya berguna untuk orang lain di luar sana. Antaranya, Allah SWT menyintai mereka yang berbuat kebaikan ( ihsan ) sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :

” Sesungguhnya Allah swt mencintai orang–orang yang berbuat baik. ” ( Surah al Baqarah ayat 195 )

Kebaikan yang hasilnya dirasakan orang lain pastinya lebih bermanfaat dan tinggi nilaiannya dari kebaikan yang hanya dirasai oleh diri sendiri sahaja.

Karena itu para sahabat silam jika ingin melakukan sesuatu kebaikan, mereka akan bertanya terlebih dahulu kepada Rasulullah. Amalan apakah yang paling baik untuk dikerjakan. Pasti, jawapan Baginda menjurus kepada sesuatu yang lebih mendatangkan faedah dan kebaikan buat semua. Dari sebesar-besar amal yang boleh dilakukan seperti menggali perigi ketika musim kemarau menjengah tiba hinggalah kepada sekecil-kecil amal seperti membuang duri di jalanan.

UNTUKMU…
“As cemburulah dengan abang,” luah saya masih menatap lakaran kulit buku terbaru suami.

Walaupun, suami kini tidak lagi sering keluar menjayakan program-program ilmu dan kemasyarakatan, namun masanya tetap banyak diluangkan menekuni helaian-helaian buku bagi menghasilkan tulisan yang dapat dimanfaatkan bersama.

Dan sebagai seorang isteri, saya hanya membantu dengan memberikan kelapangan waktu yang sebanyaknya kepada suami untuk menjayakan itu.

Buku terbaru beliau ini khusus ditujukan untuk kaum wanita yang mempunyai peranan cukup besar dalam menentukan halatuju umat sepanjang masa beredar.

Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.

“Bila la masanya akan tiba, As pula dapat menghasilkan buku seperti abang,” tambah saya lagi mengingatkan diri.

“ InsyaAllah, As sedang berusaha ke arah itukan ?” suami memujuk.

“ Ye, suatu masa nanti, InsyaAllah,” saya menyemat azam. Mudah-mudahan dengan memberikan ruang yang selapangnya kepada suami menghasilkan buku-bukunya ini, akan dihitung di sisi Allah SWT sebagai salah satu amal soleh suami dan saya, sebagai isteri. Juga, moga-moga akan datang ketika dan saatnya, saya juga mampu menghasilkan buku sebagai bekalan amal soleh untuk kebahagiaan di akhirat sana.

Justeru, sebagai berkongsi manfaat yang ada, sebagai ole-ole di dalam Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma, saya dengan rasa syukur dan rendah diri menampilkan buku terbaru suami : UNTUKMU WANITA. Semoga ada keberkatan dan rahmat yang kita perolehi melaluinya, ameen.



Dalam Kelembutanmu Suburkan KetegasanBerlandaskan ilmu Keredhaan Ilahi.Terimalah..

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi ,InsyaAllah.

Comments

Kak Nisha said…
Assalamualaikum Ummu Husna,
Dimanakah akak boleh cari buku ini? Dah ada kat kedai buku ke?

Wassalam
ummufarhan said…
salam,

Sudah berada di pasaran dalam Malaysia ni ke akak? Kalau ada, nak suruh suami belikan ni. Very nice cover, saya memang suka roses..syukran.
Sumaiyah said…
assalamualaikum ummu husna,
macammana dgn yg di UK? boleh order dan ummu husna pos?

cover cantik :)

nanti buku ummu husna dah keluar boleh cepat2 bg tau yer
Ros Illiyyuun said…
Assalamualaikum,
Saya pun teruja untuk memiliki buku tersebut. Saya harap akan ada satu masa nanti buku uzar di pasaran Sarawak. Setakat ni tak pernah saya jumpa buku UZAR di sini.Puas mencari tapi tak pernah ditemui...:-) Wassalam
nasikerabupetro said…
Salam Ummu Husna...

Ingatkan wanita mana la yang digambarkan pada awal perenggan... hihi... :)

Saya pun akan memiliki buku ini, insyaAllah...
Moga ummu juga akan diberi kesempatan menerbitkan buku jua... Amiin...
Al-Atiff said…
salam kak ina.. kisah kak ina 'ditinggal2kan' ni. sama juga macam yg saya alami.. :) cuma bezanya mungkin cara 'perjuangan' suami..

tak dinafikan agak sukar terima pada mulanya.. nak2 tempoh dtinggalkan tu lama juga.. paling kurang seminggu, paling lama, sebulan setgh.. tapi suami banyak bg perangsang dan nasihat.. pujuk la hati dan muhasabah dri.. alhamdulillah, boleh terima, tapi kadang2 terbuai juga perasaan.. hehe..

terima kasih kak ina, wujudkan blog sebegini. slalu jadi rujukan dan tempat muhasabah diri ini.. ehm,walau kita saling tak mengenali, tapi ntah kenapa 'terasa' dekat je ngan kak ina..(heh, peasan jap..hehe) mungkin slalu membayangkan setiap kisah yang kak ina ceritakan, orang kata masuk dalam penceritaan tu.. :)

insyallah, akan dapatkan buku UZAR.. dan akan menantikan buku akak juga.. :)
Dah dapatkan buku tu..covernya memang sangat lawa, menarik diri untuk beli...
cun09 said…
salam...
dah ada di pasaran ke? memang tak sabar nak beli...
faridjamal said…
salam,
syukran ya ummu husna atas entry.
utk mklmn ummu husna, sya tak penah miss baca blog akak.
bruntung ust dpt memiliki zaujah spt akak...very supportive utk anak2 dan suami..
doakan sya utk miliki isteri yg solehah..amin
Salam,

KAK NISHA & UMMUFARHAN : Alhamdulillah buku tersebut sudah berada di pasaran. Boleh rujuk link ini:http://www.galeriilmu.com.my/blog/?p=874

Semoga kita sma-sama dapat memanfaatkannya.
SUMAIYAH : InsyaAllah untuk pasaran di UK, ustaz akan bincangkan dengan pihak penerbit nanti semasa pulang ke Malaysia pertengahan September.

InsyaAllah, akan bawa balik ke UK. Ustaz akan maklumkan nanti dalam web beliau :)
ROS ILLIYYUN : InsyaAllah, Kak Ina rasa ada di pasaran Sarawak. Boleh cuba bertanya kepada pihak penerbit tentang itu di link yang Kak Ina berikan di atas ye.

Semoga beroleh manfaatnya, ameen.
NASIKERABUPETRO :Ws, suspen ye :)Ameen, ameen. InsyaAllah, doakan ye.

Keinginan sangta tinggi tapi kemampuan belum ada. Semoga akan sampai juga masa dan ketikanya nanti, InsyaAllah.
A.M.A.Y :Alhamdulillah, yang baik dari Allah juga. Kak Ina pun banyak belajar dari orang lain juga.

Sebenarnya, setelah berkahwin hampir sebelas tahun ini, bagi Kak Ina, berjauhan itu perlu sekali sekala dalam sesebuah perkahwinan.

Bila direnung-renung perjuangan Rasulullah dan sahabat dahulu,hingga terpaksa meninggalkan anak isteri, itu satu sunnah yang akan menghangatkan kembali rasa rindu dan cinta suami isteri.

Di samping, para isteri juga boleh meluangkan banyak masa untuk menumpukan ibadah yang lebih kepada Allah SWT. Mudah-mudahan begitu juga dalam perkahwinan kita ye :)

Ameen, ameen. InsyaAllah.
JAMILAH MOHD. NOORDIN : Alhamdulillah, jeles ni..Kak Ina dan ustaz belum boleh menatap buku sebenar lagi :) InsyaAllah, bila balik Malaysia nanti.

CUN09 : Dah ada di pasaran. Link di sini untuk informasi lanjut :

http://www.galeriilmu.com.my/blog/?p=874
FARIDJAMAL : Alhamdulillah, yang baik dari Allah juga, manakal sebaliknya dari kelemahan saya sebagai manusia biasa.

Alhamdulillah, saya dan ustaz masih terus belajar untuk mewujudkan keluarga yang berisi sakinah, mawaddah wa rahmah. Semoga Allah SWT membantu dan memberkati hingga ke akhirat nanti, ameen ya Rabb.

Insyaallah, banyakkan berdoa kepadaNya.
Ummu Mishkah said…
Menarik buku ni.. kena buat koleksi ni! Dan mesti request library beli ni.. bermanfaat!
Tie pun sama cam kak ina.. jeles bila org lain dapat hasilkan buku sendiri.. hasrat tu ada tetapi selalu ada halangan.. inshaAllah lepas ni kena fokus ah..
Ummi Amani said…
salam...akak sypn kekdg ada rs yg sama cm akak pd suami.cemburu mlihat dia mncapai byk benda yg dia inginkn dgn sokongan sy sepenuh hati.sedangkn sy hanya terus berada di tmpt yg sama tiada pncapaian apa2.tp bl sy renung blk sy rs sbnrnya pncapaian dia adlh pncapaian sy juga walaupn dia bkn hakmilik sy seorg tp krn pncapaiannya itu adlh semasa dia brgelar suami sy dn sy isterinya.kejayaan suamilh pncapaian sy sbnrnya.
Anonymous said…
pandangan ummu husna -Dari awal pernikahan lagi, saya sudah menerima bahawa suami bukan hak milik saya seorang-

Boleh saya tahu pendirian ummu sekiranya ustaz bernikah lagi satu.
UMMI HUMAIRA said…
assalamualaikum.. kak ina..

tahniah.. bestnyer.. insyaallah seri akan dapatkan sebuah untuk dijadikan panduan...

barakallah fikum
Salam,

UMMUMISHKAH : Tie, InsyaAllah kita sama-sama tanam azam ye. Mudah-mudahan kita dapat menulis buku yang dapat dimanfaatkan oleh semua.

UMMUAMANI : Biasa kita mendengar ini : Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada di belakangnya seorang wanita yang menjadi pendorong kepada kejayaannnya.

Bagi Kak Ina, kejayaan suami adalah kejayaan bersama. Yang utama, adalah keikhlasan dan dorongan yang berterusan.
Salam,

ANONYMOUS :Soalan cepu intan berlian tu :)

Panjang untuk dinyatakan di dalam ruangan komen ini. InsyaAllah, akan dikongsikan kemudian.

UMMUHUMAIRA : Ws, Seri. Alhamdulillah. Semoga isinya dapat memberi manfaat untuk kita semua.
Salam kak Ina,

TAHNIAH buat kak Ina dan UZAR atas "kelahiran" buku baru...UNTUK MU WANITA....

Semoga saya dapat mengikut jejak langkah kak Ina dalam memperolehi keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah....pastinya bukan mudah...apa yang penting teruskan mencari cinta Ilahi, nescaya akan ku perolehi cinta manusia yang cinta kan Ilahi...InsyaAllah...ameen....

Kak, jangan lupa jawab soalan cepu intan berlian tu ye...:)

Jumpa lagi kak....Wassalam
Anonymous said…
husband nashwa ada crita mlm sblum nk pi menikah ngn kak ina, ustaz pinjam motosikal dia.. sibuk sungguh ustaz time tu.. nashwa kagum dgn keazamannya utk menjadi yang paling byk manfaatnya bagi org lain.. dgn sokongan isteri tercinta, insyaAllah matlamatnya pasti tercapai.. :)
haidar said…
salam,

akak, buku ni boleh didapati di UK tak..
Salam,

SHAZA :Ws, dik. Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat dan kurniaNya.

InsyaAllah,banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT.

Soalan tu..nanti Kak Ina jawab :)
NASHWA : Kak Ina memang tak tahu cerita tu. Memang kenangan sungguh ye :)

Kalau ikut jadual program ustaz selepas nikah dulu,sehari lepas tu dah ada program.

Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan kesihatan dan ketabahan kepada Ustaz dan Kak Ina juga. Terima kasih dik atas ingatan dan doa.

HAIDAR : InsyaAllah akan dimaklumkan nanti. Kami akan dapatkan dari penerbit bila pulang ke Malaysia nanti. Mungkin dalam FUIYO akan dijual, InsyaAllah.
wfaiziah said…
suspend betul cerita tu..garapan cerita akak mmg bagus. Patut bukukan cerita2 akak jgk..saya pun cemburu tgk buku tu..:)nampaknya kena beli ni..
Anonymous said…
Assalamu'alaikum Ummu Husna,

Akak pun cemburu dengan buku itu. Sendiri punya projek belum start lagi. Penerbit yang melamar, alhamdulillah.

Moga Allah permudahkan akak dan Ummu Husna juga.

Amin
Salam,

WFAIZIAH : Alhamdulillah, tolong doakan ye :) Beli..jangan tak beli. Kak Ina pun tak sabar nak menatap buku tu nanti, InsyaAllah.

KERANA CINTA :Wah! Akak dah kena lamar ? Bagus tu..saya tunggu kemunculannya. Alhamdulillah, moga bertambah buku-buku di tanahair kita hasil tulisan muslimah yang berbakat seperti Kak Ummu Abbas ni :)
ibuaiman said…
salam k'ina, blh akak bg email add akak pd saya x? ade perkara personal nak tanye dgn akak..TQ
Salam,

IBUAIMAN : Ws, emel Kak Ina : noraslina.jusin@gmail.com atau noraslinaj@yahoo.com

InsyaAllah, apa yang Kak Ina boleh tolong, Kak Ina cuba ye..cuma kalau lambat, Kak Ina mohon maaf terlebih dahulu :)

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA