28 June 2009

ALAHAI..MALUNYA!


Mahu saja saya lari. Tapi kaki bagaikan terpasak, tidak bergerak. Mata saya memandang matanya. Kami saling bertentang pandang.
Ini pertama kalinya saya begitu dekat dengannya. Sebelum ini, saya hanya melihat dia dari balik pintu kaca. Namun, pertemuan kali ini sangat tiba-tiba. Sungguh saya tidak menyangka bertemu dengannya dalam jarak hampir sebegini. Dada saya berdebar. Mulut saya terkunci.

GERAM
“ Ya Allah, memang Israel Laknatullah..jahat, kejam..” mulut saya menyumpah geram.

Pemandangan di depan mata tidak mampu menyekat mulut saya dari berkata begitu. Terpampang pada kaca televisyen, seorang petugas keamanan Palestin mengangkat satu objek seperti anak patung. Namun bila diamati betul-betul, ia adalah mayat seorang bayi yang telah mengeras, tertimbus di balik runtuhan batu-batu dan kepingan kayu. Sesiapa yang melihat pasti belas. Simpati, dan marah yang amat pada kekejaman Rejim Zionis Israel.

Sepanjang tiga tahun menghuni bumi Irbid di Jordan, selama itu juga hampir saban hari saya melihat kezaliman dan kerakusan tentera Israel membunuh warga Palestin. Rata-rata mangsa mereka adalah golongan lemah dan tidak mampu melawan. Mereka terdiri dari wanita dan kanak-kanak termasuk juga golongan warga emas. Apalah daya mereka untuk bertindakbalas. Sebiji bom gugur ke bumi, jasad mereka hancur terkubur. Sebutir peluru mengenai tubuh, darah merah mereka menyimbah tanah. Tidak lagi bernafas.

Malangnya kesan kekotoran tangan-tangan rakus Israel ada di mana-mana. Ramallah, Tebing Gaza, Rafat, Jenin dan Al-Khalil telah ramai menjadi mangsa. Ibu meratapi pemergian anak. Isteri menangis kehilangan suami.


‘ANJING’ ZIONIS PEMBOHONG
Telah terlalu lama tanah Palestin dijajah. Bumi yang di dalamnya berdiri Masjid al Aqsa. Kiblat pertama umat Islam sedunia. Namun setelah pendudukan haram warga Yahudi pada tahun 1948, bumi Palestin menyaksikan sedikit demi sedikit tanah mereka dirampas. Hanya yang tinggal kini, sebahagian Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

“ Kami bertindakbalas terhadap Hamas. Mereka teroris yang mesti dihapuskan !” Sungguh angkuh nada suara jurucakap tentera ‘anjing’ Israel. Siaran berita petang itu melaporkan kejadian pengeboman terbaru di tengah-tengah rakyat awam Palestin di Jurusalem.

Meluap kemarahan saya. ‘Pembohong ! Hujah palsu’ desis hati. Jika dia ada di depan saya, pasti saya beri sebiji dua penumbuk lesung batu ke wajah bongkak itu. Menyampah! Meluat! Berselindung di sebalik operasi menghapus teroris kononnya. Bukan dunia tidak tahu tujuan dari perlakuan jahat mereka.

Sepanjang pertempuran, tentera Israel sebenarnya yang terlebih dahulu bertindak membedil kawasan penduduk Palestin. Melancarkan roket di malam hari dan mensasarkannya ke perkampungan awam. Selain itu, pelbagai kemudahan turut diserang, masjid dan sekolah dibom, jalan raya dirosak hancur, malah stesen janakuasa turut diletupkan untuk mengekang kemaraan warga tempatan. Lantaran itu, Hamas membalas balik dengan serangan demi serangan.


TIADA LAGI KETAKUTAN
“ Kami tidak punya apa-apa lagi untuk kami rasakan kehilangannya kecuali maruah dan iman. Dan ini yang akan kami pertahankan sehingga akhir hayat dikandung badan. Kami akan terus berjuang. Walau pendek atau panjang, dekat atau jauh. Namun kami yakin, kemenangan itu hampir untuk mereka yang berjihad di jalanNya. Sama ada kami menang atau kami syahid kerananya. Palestin milik umat Islam, dan janji kami untuk mengembalikan kedaulatan silam. A’aiduun!” Laung pemuda pejuang Bridget Izzuddin al Qassam.

Sungguh, saya kagum dengan kekentalan semangat dan kesabaran mereka. Telah berpuluh tahun mereka diasak dengan serangan bertubi tentera Zionis Israel. Akan tetapi kehidupan mereka tetap berjalan seperti biasa. Tiada riak bimbang, apatah lagi rasa takut untuk mendepani hujan bom dan ledakan mortar musuh. Solat berjamah tetap berjalan. Sementara kanak-kanak masih setia ke sekolah walau yang bersisa hanya bumbung dan dinding yang kopak.

Kaum wanita keluar bersama saudara-saudara perempuan dan anak-anak kecil mereka. Melalui jalan yang dikawal ketat dengan pasukan bersenjata Israel dan kereta kebal di sisi. Mereka berjalan tanpa sedikit pun rasa gusar. Sebaliknya mereka bangga untuk terus hidup dan bergerak di atas tanah yang sememangnya milik mereka.


ANJING GARANG
“ Anjing aku memang tak baik sangat.” Seakan terngiang-ngiang perbualan singkat jiran sebelah dan suami tempohari.

Entah kenapa hari ini. Anak kecil jiran sebelah membuka pintu depan. Anjingnya yang garang menerpa ke halaman. Kebetulan ketika itu, saya dan dua anak kecil saya, Khalil dan Solehah melintas berjalan menuju ke sekolah. Petang itu, seperti hari-hari biasa, kawasan perumahan Barbara Avenue sunyi. Jarang sekali kelihatan kereta lalu lalang, demikian juga pejalan kaki.

‘Bagaimana kalau dia menggigit..atau mengejar kami?’ bertalu-talu suara hati saya meluahkan ketakutan. Anehnya, Khalil memandang selamba. Solehah juga diam, tidak menangis. Bagaikan tidak ada apa-apa yang luar biasa.

“ Allahu Akbar ! Allahu Akbar !” Hanya dua kalimah itu mula-mula terlintas dalam ingatan sebaik anjing itu berada betul-betul di tepi anak lelaki saya. Bimbang sungguh saya saat itu.

“ Kami tak kacau kamu, jangan ganggu kami.” Saya berkata dalam Bahasa Melayu sambil mata tepat memandang anak matanya. Mulut saya terkumat-kamit membaca beberapa ayat Al-Quran. Syukur, anjing itu hanya diam memerhati, tidak berganjak sedikit pun.

Melihat itu, cepat-cepat saya menarik tangan Khalil dan menolak kereta sorong Solehah. Alhamdulillah..dia tidak mengejar kami.


ALAHAI.. MALUNYA !
“ Khalil tak takut tadi?” soal saya menduga anak bujang yang masih berjalan selamba. Hairan juga saya dengan riak wajahnya yang tenang seolah-olah tidak berlaku apa-apa.

“ Khalil tak takut pun,” jawabnya jujur.

Alahai..malunya saya mendengar jawapannya. Terasa betapa diri saya terlalu kerdil saat itu. Menyangka yang bukan-bukan sedangkan pergantungan pada Allah tidak saya dahulukan.

Ingatan saya terbang mengingati saudara seakidah di Palestin. Mungkin ini yang menjadi salah satu nadi kekuatan mereka menghadapi kekejaman Israel.Pergantungan yang tuntas hanya kepada Yang Maha Kuasa. Tiada lagi yang mereka takuti selain DIA. Tiada lagi yang mereka bimbang selain mengharap syahid dalam berjuang.

“ Ya Allah, bantu hambaMu yang hina ini untuk membersihkan hati. Menggilap jiwa hanya dengan rasa takut yang sebenar kepadaMu. Tiada lagi sisa ketakutan kepada selainMu. Ketakutan yang menghijab kasih cintaMu dari terus menyinari kehidupan ini. Jadikan aku di kalangan mereka yang cintakan perjuangan di jalanMu, orang-orang yang Engkau firmankan :

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka. (Surah Muhammad ayat 7-8)

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Surah Al-Ankabut ayat 69). Ameen Ya Rabbal ‘alamin. ”


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

6 comments:

ummumishkah said...

Berbicara soal palestine dan yahudi pastinya menimbulkan rasa sebak, sedih dan marah yang amat sangat.. kalau sis ina pernah berhadapan dgn mereka.. saya hampir setiap hari terpaksa memproses buku berkaitan dgn mereka.. sungguh diuji dengan emosi!!
Hanya doa yang tidak putus2 buat sedara kita di sana...
Dan kekadang anak-anak memang memberikan contoh buat kita kan.. kami sendiri pun pernah merasai rasa 'malu' tersebut. Tapi selalunya akan 'cover' dengan memuji2 mereka.. hihihi

Kak Nisha said...

Assalamualaikum semua,

Betul dan sangat bersetuju dengan komentar Ummumishkah.

Setelah membaca artikel terbaru Ummu Husna terasa macam satu semangat baru datang.

Terima kasih Ummu Husna.

Wassalam.

saiful islam said...

salam 'alaik...!

setelah agak lma menunggu...
dpt gak baca entry ummuhusna yg seterusnya...
mmg benar aper yg dperkatakan..
tiada lagi rasa takut..
tiada lagi rasa gundah..
tiada lagi rasa gelisah..

bahkan..

semakin berani..
semakin gagah..
semakin kuat..

semoga kita bukn sekadar dpt berdoa dr hari ke hari tnpa ader rs ingin ke sana utk berjuang bersama2 mereka...

entry yg bermanfaat...
sentisa mnunggu utk entry seterusnyer..
tiap2 hari bukn blog nie..
hehehe..
moga ALLAH kurniakn isteri yg hebat pd saya sperti ummuhusna..
dn mohon doa dr ummuhusna..
11 7 nie dftar degre..amik mbbs..
doakn saya yer...!

salam 'alaik..!

Ummu Husna said...

Salam, Ummumishkah.

Semoga kita dapat mencontohi ketabahan mereka. Mereka telah, sedang dan tidak tahu berapa lama lagi akan diuji begitu.

As Syahid Sheikh Ahmad Yassin pernah berkata yang maksudnya lebih kurang begini : walaupun kamu tidak dapat menyertai perjuangan Hamas di Palestin, cukuplah kamu menyokong perjuangan kami dan mendoakan kejayaan kami.

Allahummansur ikhwanana fi filastin, ameen.

Ummu Husna said...

KAK NISHA : Saya petik sebahagian kata-kata puitis akak ye, sangat bermakna dalam perjuanagn kita untuk menjadi muslimah solehah akhir zaman ini :

Ibu Mithali,
Ketakutannya,godaan juga hasutan syaitan,
Kegagalannya pasrah kepada Allah,
Kemenangannya mati fi sabilillah.

Ummu Husna said...

SAIFULISLAM : Terima kasih atas kunjungan dan perkongsian pandangan.

InsyaAllah, bittaufiq wannajah, ameen.

Salam