AYAH SAYA DAN AYAH MEREKA

Jumaat lalu, suami saya pergi lagi. Kali ini, menghala ke utara. Dundee, di Scotland. Seperti biasa, sebelum berpergian, keperluan rumah semuanya telah dicukupkan. Tidak perlu saya keluar untuk membeli apa-apa yang kurang. Tinggal lagi saya menjadi pemangku sementara jawatannya sebagai nakhoda dalam bahtera keluarga.

“ Ayah pergi mana, Ummi?” Khalil anak bujang saya, kerap bertanya soalan yang sama setiap kali ayahnya tiada.

“ Ayah pergi ceramah, “ balas saya tiga patah sambil mempamer senyuman pada wajah.

“ Oo… Ayah pergi ceramah,” Khalil mengulang ayat saya. Namun, selang beberapa ketika, dia akan bertanya soalan serupa dan itu juga jawapan saya kepadanya.

AYAH SAYA
Dari jauh terdengar deruman enjin motor ayah. ‘Ayah dah habis menoreh,’ desis hati saya. Begitulah rutin ayah setiap hari sebagai peneroka felda. Jika cuaca baik dan cahaya mentari memancar indah, ayah akan ke kebun getah yang jauhnya hampir 2 kilometer dari rumah.

Sebaik ayah sampai di halaman, enjin motor dimatikan. Ayah turun dan terus ke belakang menuju ampaian.

“ Dah balik bang ?” sapa emak yang sedang menggoreng ikan. Ayah hanya membalas dengan anggukan. Ayah membuka baju. Baju itu ayah perah lalu ayah sidai di ampaian tengah. Bagaikan kain yang baru habis dicuci, basah lencun dengan air bilasan, begitulah curahan peluh ayah.

“ Kasihan ayah, tentu penat,” bisik saya sendiri. “ Ina janji ayah, Ina akan belajar bersunguh-sungguh. Ina nak hantar ayah pergi Mekah” hati saya berbisik lagi. Terasa bagaikan ada titisan air jernih menuruni pipi. Saya menangis. Hiba melihat banyaknya keringat yang mengalir dari tubuh ayah untuk membesarkan kami sembilan beradik.


AYAH MEREKA
“ Ayah selalu pergi ceramah. Kan Ummi?” kata Kak Ngah bertanya soalan yang telah lebih dulu dijawabnya.
“ Ye. Sebab ayah nak berkongsi rezeki dengan orang lain, “ balas saya mengingatkannya.

“ Kenapa pula nak kongsi rezeki ? Bukan dulu Ummi kata, seorang ayah tugasnya mencari rezeki untuk keluarga ?” tanya Kak Long dalam nada kurang setuju. Kak Ngah di sebelahnya mengangguk-angguk kepala. Seiya sekata.

“ Betul kata Kak Long tu. Seorang ayah bertanggungjawab mencari rezeki untuk anak dan isteri. Bekerja untuk pastikan makan, pakai dan tempat tinggal cukup untuk keluarga. Tapi, Kak Long dan Kak Ngah juga perlu tahu. Rezeki yang Allah beri bukan satu. Ada banyak lagi yang Kak Long, Kak Ngah patut tahu. Anak-anak, kesihatan, harta kekayaan, pangkat dan jawatan, termasuk juga ilmu pengetahuan juga adalah rezeki dari Yang Esa,” jelas saya.

“ Kalau dulu Atuk bekerja membanting tulang empat kerat untuk menyara keluarga. Ayah Kak Long dan Kak Ngah pun macam tu juga. Cuma ayah tidak menggunakan tenaga, tapi ayah menggunakan otak, berfikir dan berusaha mendapatkan ilmu yang bermanfaat untuk agama dan umatnya. Sebab itu, ayah selalu ke sini dan sana. Semuanya untuk berkongsi rezeki ilmu pengetahuan yang telah Allah beri supaya manfaat dan faedahnya dapat dinikmati semua, “ saya menghuraikan lebih panjang lagi. Saya mahu anak-anak menghargai pengorbanan ayah mereka sebagaimana saya menghargai jasa bakti ayah saya. Atuk mereka.


TIDAK TERBALAS
Seorang ayah dengan tanggungjawabnya mencari nafkah keluarga dan memastikan pendidikan anak-anak terjaga sehingga mereka dewasa. Sungguh besar jasa dan bakti yang diberikan olehnya. Tidak terbalas walau dengan segunung emas.

Apa yang boleh dilakukan adalah ucapan terima kasih yang diseiringkan dengan penghormatan yang tulus ikhlas sebagai menghargai lelah dan payah, sukar dan susah seorang ayah membesarkan anak-anak. Terdapat beberapa ayat yang menyeru manusia agar beribadah hanya kepada Allah dan kemudian tidak pula lupa berbakti kepada ibu juga ayah . Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Dan ( ingatlah ) ketika Kami mengambil perjanjian dengan Bani Isra’il, agar kalian ( wahai Bani Isra’il ) tidak beribadah kecuali kepada ALLAH, dan agar kalian berbuat baik kepada kedua orang tua.” (al Baqarah ayat 83)

Di dalam surah al Isra’ pula, Allah SWT sekali lagi menyebut melalui firmanNya yang bermaksud :

“ Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kalian jangan beribadah kecuali kepadaNya, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua.” (al Isra’ ayat 23)

Selain itu, berdoa dengan merendahkan diri juga merupakan cara yang diajar oleh Allah SWT sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan orang tua, iaitu ibu dan pastinya juga seorang ayah. FirmanNya di dalam surah al Isra’ ayat 24 yang bermaksud :

"Dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibu bapaku) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Juga di dalam surah Ibrahim ayat 41 yang bermaksud :

"Wahai Tuhan kami! Berilah keampunan bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."


AYAH SAYA DAN AYAH MEREKA
“ Ummi, Kak Long Kak Ngah ada buat kad, “ kata Kak Ngah dengan wajah cerah. Tangannya memegang kad yang di buat khusus untuk ayah.

“ Alhamdulillah, cantik kad yang anak-anak Ummi buat ni, “ ulas saya melihat kad hasil buah tangan permata hati. Berseri-seri wajah mereka bila dipuji.

“ Ini salah satu cara menghargai ayahkan, Ummi ?” Kak Long meminta jawapan pasti.

“ Ye, tapi jangan sekali-kali lupa ucapan terima kasih dari mulut sendiri. Juga doa agar ayah diberi kesihatan untuk terus berkongsi rezeki, ikhlas hati dan tabah menerima sebarang cabaran dan dugaan dari Ilahi,” kata saya lagi. Mereka tersenyum, mengangguk kepala tanda mengerti.

Ayah saya, mencari rezeki dengan mengalir keringat yang mencurah ke bumi. Ayah mereka, berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk kebaikan umat di masa depan. Kedua-dua mereka sama berjasa, sama berbakti.

Terima kasih ayah, ayah tiada duanya. Juga Syukur padaMu ya Allah, atas anugerah seorang ayah.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
27 Jamadilakhir 1430
21 Jun 2009

Comments

Kak Ummi said…
Terimakasih Dik Ina.Baru aja Maghrib tadi anak-anak Kak Ummi bising pasal terlupa nak buat kad untuk Abi diaorang.Setuju sangat Kak Ummi dengan apa yang Ina cakap.Hadiah paling istimewa adalah anak-anak yang tahu menghargai susah payah ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka.
Ummu Mishkah said…
ibu yang baik akan mengajar anak-anak tentang ayah mereka adalah insan yang hebat, kehebatan ayah akan menutup segala kekurangan yang ada.. inshaAllah
Unknown said…
Salam...
Saya sangat bersyukur di kurniakan seorang abah yang banyak berkorban untuk saya dari kecil sehingga dewasa dan saya juga sangat bersyukur kerana di kurniakan seorang ayah yang penyayang untuk dua permata hati saya.Alhamdulillah......
Guru said…
assalammualaikum

bila ibu n ayah mengingati anak2 dalam doanya, insyallah anak2 akan mengingati ibu dan ayahnya..
Ummu Mar'ie said…
menyetujui apa yg a kl citizen cakap..ada logiknya di situ..semua ibu termasuk diri ini perlu ingat utk berdoa utk anak2nya juga familynya..bukan apa, kdg2 kita culas dlm berdoa, tidak khusyuk hasilnya terus mana mungkin kita akan beria berdoa..huhuhu...

satu lagi point, ibu selalunya iA confirm akan mendoakan anaknya juga suami Namun bagaimana jika si ayah yg kurang menjaga solatnya..agak2 relevan tak a kl citizen utk anak2 ingat ayahnya suatu hr nanti? sekadar lontaran...

Alhamdulillah, saya punya suami & juga seorang abah yg penyayang pd anak2 kami mcm pn Zilla...:)

pengajaran yg dpt disini (terima kasih kak Ina juga sahabiah pemberi komen;)mari sama2 upgrade cara berdoa kita..ingatkan juga pada suami yakni ayah kpd anak2 kita spy lebih khusyuk berdoa..

wassalam..
alQasam said…
Askum Kak Ina

Terharu saya membacanya. Kebetulan saya juga baru menulis pasal bapa. Sebak masih membekas di dada.

Begitulah kasih seorang bapa. Sekalipun tidak terluah. Penuh kasih mereka buat kita. Mencari nafkah siang dan malam. Bekerja tanpa henti. Memastikan kita mendapat pendidikan sebaiknya. Bekorban masa, tenaga dan wang untuk kita.

Semoga ALLAH menjadikan kita, adik beradik, anak-anak kita hambaNYA yang taat agar dapat membalas budi dengan secangkir doa. Doa anak yang soleh.

Amin
Sebak dada membaca tentang pengorbanan ayah ustazah membanting tulang mencari rezeki unt 9 anak. Apa kabar dia sekarang ye, selamat hari bapa untuknya..!!
Kak Nisha said…
Assalamualaikum

Kak pun tulis pasal bapa. Walaupun siapa bapa kita, baik atau sebalik. Dia tetap bapa dan patut di hormati dan di hargai. Tanpanya kita takkan ada di dunia ini dan takkan kita dapat berjumpa di sini.

Wassalam
Salam, Kak Ummi.

Anak-anak Ina pun begitu juga. Kecoh tak buat kad lagi hari tu..Apapun, Ina memang selalu ingatkan tentang kepentingan doa kepada anak-anak.Terima kasih kak.

UMMUMISHKAH :SIapa pun seorang ayah itu, dia adalah sebab untuk kita berada di dunia. Terima kasih UmmuMishkah atas buah pandangan :)

ZILLA :Ye, kita sama. Alhamdulillah.
A KL CITIZEN & UMMU MARI'E: Terima kasih. Ye, benar. Ingati mereka dalam doa kita juga sebagai ibu dan bapa.

ALQASAM :Wang dan harta tidak akan mampu sampai bila-bila membalas jasa mereka, hanya doa kepada yang Esa agar ayah menerima sebaik-baik ganjaran di sisi Nya, ameen.
MY LIFE MY JOURNEY : Alhamdulillah, ayah masih di Felda Gedangsa, telah berusia 71 tahun. Masih diperlukan khidmat bakti dan buah fikirannya sebagai Ketua Blok.

Terima kasih kak atas ucapan untuk ayah saya. Memang tak terbalas jasanya, dari saya kecil hingga telah berkahwin dan beranak empat ini. Doa dan nasihat darinya masih saya perlukan.

KAK NISHA : Ye, saya ada baca di blog akak :) Terima kasih kak atas perkongsian pandangan.
anak_kecewa said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
kak.. diminta akak delete komen yang saya kirimkan sebelum ini; yang ada alamat blog itu ye.

Thanks
juanita said…
Salam ,

Wah hebat nye berada di perantaun. BOle saya tau kg puan di felda mana. kg suami di felda kita tinggi. johor
Salam,

JUANITA : Alhamdulillah, duduk di negara orang dapat pengalaman yang pastinya berbeza dari negara sendiri. Apapun, hujan emas negara orang, hujan batu negara sendiri..tempat jatuh lagikan dikenang, kan :)

Ayah saya di Felda gedangsa, Hulu Selangor.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA