INILAH JALANKU


Ada orang gagah meredah lautan, tapi lemah mencari jati keimanan. Ada juga yang menang di medan juang, namun kalah di medan perasaan.

Tidak kurang yang tidak berharta, tapi kaya budi dan tidak miskin jiwa. Juga ramai di luar sana yang punya segala-galanya, namun kurang kasih mesra untuk keluarga.


Setiap cerita punyai dua sisi berbeza. Sisi bahagia dan sisi derita. Semua itu bukti Allah Maha adil lagi Maha Sempurna. Bahagia atau derita, kembalikan segala urusan kepada Nya. Munajatkan bantuan dan petunjuk sentiasa.


“ Ya Allah, andai keputusan yang kuambil ini baik untuk duniaku dan akhiratku, Engkau permudahkanlah ia, namun jika sebaliknya berilah aku petunjuk Mu agar aku tidak rugi di sini juga akhirat sana. Bantulah aku, tolonglah aku. Tiada sebaik-baik Penolong melainkan Engkau.”


YAKIN DAN BAIK SANGKA

“Awak berani ye Ina, buat keputusan berhenti dari mengajar, “ luah Cikgu R.

“Tak bimbang ke dengan masa depan ?” Cikgu A pula mencelah. Nampaknya berita yang saya akan berhenti kerja, sudah sampai ke pengetahuan ramai penghuni di sekolah SA.

Saya menarik nafas dalam sambil mata melihat ke luar tingkap bilik guru. Dua tiga pelajar yang lalu lalang, sempat menoleh. Melempar senyum dan melambai tangan. Saya membalas juga dengan senyuman.

“Berani atau tidak, bukan persoalannya kak, “ saya memulakan balas kata. “ Saya bertindak atas realiti hari ini. Suami saya sibuk, banyak tanggungjawabnya. Keluar bekerja pagi hari, kemudian pulang bersiap pula untuk Kuliah atau ceramah. Anak-anak pula lebih separuh hari mereka hanya dengan kakak-kakak nurseri. Pernah mereka bertanya, bila Ummi nak berhenti kerja?“ saya menambah sambil merenung rakan-rakan yang khusyuk mendengar.

“Biarlah saya berhenti. Anak-anak gembira dan suami juga tenang menabur manfaat demi agama. Tentang masa depan, saya dan suami akan berusaha merancang dan kami serahkan pada Allah untuk menentukan. Tiada siapa yang mengharapkan hari depan yang suram. Dari dulu, saya telah didik diri untuk yakin dan baik sangka padaNya. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan.” Saya menutup bicara dan mohon berlalu untuk bertemu Pengetua.


NILAI PENGORBANAN

“ Awak dah fikir masak-masak ke? “ tanya pengetua sekolah, sebaik saya duduk di kerusi berhadapan. Sengaja saya memilih masa kosong selepas rehat untuk berjumpa beliau, seorang yang dikenali di kalangan orang-orang besar Kementerian Pelajaran juga bergelar Pengetua Kanan.

“ Orang selalu bercakap wanita yang berhenti kerja sebagai mereka yang melakukan pengorbanan untuk keluarga. Hakikatnya, kami yang bekerja inilah yang berkorban. Meninggalkan anak-anak demi kemajuan bangsa dan negara. Wanita yang tak bekerja, apa sumbangan mereka ?” Luahnya lagi seraya melempar senyuman sinis.

Tidak pernah pula saya menghakimi nilai pengorbanan seorang perempuan, baik yang berkerja mahu pun surirumahtangga. Bagi saya berkorban ada makna yang pelbagai. Apa yang penting, nilaiannya di sisi Allah.

Berkorbanlah, seumpama pengorbanan Asiah, isteri Firaun. Sanggup bergadai nyawa demi keyakinan dan iman pada Yang Esa. Berkorbanlah, sebagaimana Maryam, ibu nabi Isa AS. Sanggup menanggung payah melahirkan, kemudian dihina dan dicerca lantaran anak tidak berbapa.

Berkorbanlah, seperti pengorbanan Khadijah. Berhabis harta demi kelansungan dakwah Rasulullah tercinta. Berkorbanlah seumpama Fatimah. Tanpa keluh kesah, menguruskan rumah tanpa pembantu dan alatan mewah. Dan berkorbanlah, sebagaimana ramai lagi srikandi Islam lain yang yakin dengan Hari Perhitungan.


SURIRUMAH VERSI BARU

Pengalaman mengajar di sekolah menengah beberapa ketika dulu memperlihatkan kepada saya kepada pelajar-pelajar yang baik adab dan akhlaknya. Kebanyakan mereka ini datang dari keluarga yang mana ibu-ibu mereka merupakan surirumah sepenuh masa. Justeru itu, jangan sesekali menafikan sumbangan seorang wanita bergelar surirumah. Mereka berperanan membentuk modal insan untuk masa depan agar nanti lahirnya seorang ketua yang amanah, pemimpin yang takutkan Allah, guru yang berhemah dan sebagainya.

Tambahan pula di zaman dunia tanpa sempadan ini, peranan seorang surirumah boleh sahaja dikembangkan di luar kerangka tugas rumahtangga. Mereka boleh mendidik melalui penulisan dengan menghasilkan buku-buku, berdakwah menerusi blog dan majalah, terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain lagi. Pendek kata, sumbangan mereka boleh dipelbagaikan secara lansung dan tidak lansung melalui suami, anak-anak dan kaum keluarga.

Adapun kepada wanita yang berkerjaya, teruskan tugas dan tanggungjawab anda, namun jangan pernah mengabaikan keluarga kerana kerja. Rumahtangga akan hancur dan anak-anak menjadi penyumbang kemusnahan. Amat mendukacitakan, seorang ibu yang begitu berjaya menyumbang secara langsung kepada sebuah organisasi, sekolah, unversiti, syarikat dan lainnya tetapi tidak mampu menyumbang secukupnya buat suami dan anak-anak tercinta, sedangkan keluarga adalah paksi kehidupannya.


JALAN KITA BERBEZA

Akhirnya, jalan kita berbeza. Walaupun begitu, bekerja atau tidak bukanlah perdebatan utama. Pokok pangkalnya, usaha dan ikhtiar berterusan untuk melahirkan sebuah keluarga bahagia dan seterusnya menyumbang kepada keutuhan masyarakat dan keamanan negara. Biarpun nanti, hasil yang ingin dicapai tidak menepati apa yang dihajat.

Boleh saja, anak-anak wanita yang berkerja lebih baik dari anak-anak surirumahtangga. Demikian juga sebaliknya. Namun, jangan putus harap. Bukan kesempurnaan yang kita cari, tapi kebaikan berterusan demi kasih sayang Ilahi. Mudah-mudahan, bila mereka tersalah jalan suatu hari nanti, hidayah Allah menyuluh agar mereka kembali ke pangkalnya, amin.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


Jumpa lagi, Insya Allah.

6 Rabi'ulakhir 1430

2 April 2009

Comments

D'Rimba said…
Sudah tiba masanya kita memarbatkan golongan pendidik dengan membekalkan ilmu agama yang mendalam dalam diri semua yang ingin menjejakkan diri dalam bidang pendidikan. Mengajar dan mendidik tidak dapat dipisahkan berteraskan Islam Sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ni anak bangsa makin hilang jatidiri Islam makin dipandang sepi terpisah dengan keseluruhan ilmu yang dipelajari.
Intan said…
Assalamualaikum Kak Ina..

Terima kasih untuk artikel ini.Ia mengingatkan tentang persoalan saya kepada akak suatu ketika dahulu i.e. persoalan tentang Wanita dan Kerjaya.Dulu,saya sedikit buntu apabila terlalu ramai yang memberikan pandangan,namun ia cenderung kepada pendapat peribadi,dan tidak melihat melalui skop yang lebih meluas.Alhamdulillah,sekarang saya lebih faham..

Teruskan menulis ye kak..Jalannya mungkin berbeza,namun tujuan kita tetap sama,yakni redha dan cinta Ilahi.InshaAllah..

Take care,dan jumpa nanti :)

ps:Saya link kan blog akak ke blog saya ye..


Intan Nadia
Nottingham,UK.
zaffan said…
Salam Kak Ina,

Kadangkala kita jadi keliru apabila jalan yang menjadi kebiasaan dilihat sebagai satu-satunya jalan.

Saya juga pernah mempunyai pemikiran bahawa wanita HARUS dan PERLU berkerja. Namun selepas memikirkan dan memerhati disekeliling, tambahan pula dengan fitnah dunia yang hebat masa kini, baru saya nampak kembali bahawa tugas mencari nafkah adalah tanggungjawab suami. Tanpa dinafikan muslimat digalakkan kreatif untuk membantu.

Apa jua jalan pilihan muslimah masa kini, biarlah mendapat redha Allah dan redha suami. Membina baiti jannati.


Kerja sebagai ibu dan isteri juga bukan mudah. =)

Teruskan menulis kak ina.

InsyaAllah
Anonymous said…
salam kak ina,

tahniah atas keberanian. saya pun sedang mengumpul segala keberanian untuk berbuat demikian. walaupun jalan sukar sedang menanti sekiranya saya berbuat demikian. namun faktor jarak dengan usia yang meningkat, serta anak-anak yang makin memerlukan saya. doakan saya dan keluarga tabah menghadapinya. apapun terima kasih atas artikel yang membakar semangat saya untuk menjadi ibu yang lebih baik.
Ely said…
Assalamualaikum

Benar kata 'kakak' (panggilan tanda hormat, mungkin sebaya atau lebih muda dari saya), jalan kita berbeza.. yang penting matlamat kita.. untuk mencari cinta dan redha Ilahi.
salam. saya bahasakan kak ina boleh? saya normi. membaca tulisan kak ina menyebabkan keinginan saya untuk berhenti kerja semakin membuak2. saya memang ada perancangan ke arah itu. cuma belum ada kekuatan....doakan saya. realitinya, manusia hari ini memandang enteng dan sebelah mata wanita yang tidak bekerja.....
Salam,

Kak Ina, terima kasih atas artikel kali ini. Semoga menjadi suri rumah yang mantap.
salam,
suka benar saya baca blog ni..
banyak pengajaran yg boleh diambil..
izinkan saya link blog ini dan juga blog anak-anak kak ina..
bila sudah berkelurga nanti pasti saya impikan keluarga blogger seperti ini juga..
=)
iedasa said…
assalammualaikum kak ina,
blog kak ina sekeluarga amat2 saya alu2kan keberlangsungannya sebagai panduan tuk saya jadi islam bkn hny pada nama tp secara praktikalnya. smg kak ina sekeluarga trus diberi kekuatan tuk menjadi model kami di luar sni yg ingin menghayati dan mengamalkan islam sebagai cara hidup kami..
fiezarmy said…
Salam Akak,

Dunia sekarang bukan dunia yang calang-calang untuk mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Kekuatannya bergantung kepada ibu yang mendidik anak-anak itu.

Usahamu murni, pengorbananmu suci, teruskan usaha. Tidak semua orang yang mampu menjadi surirumah yang mampu mendidik dan melahirkan anak-anak yang berguna di zaman muta'akhir ini. Coretan akak sangat berguna buat muslimat diluar sana. Ganbatte!!

*saya linkkan blog akak ke blog saya.

many thanks!
UnGu VioLet said…
salam kak, bangga mar dengar pengorbanan dan kata2 akak tue.. insya allah, boleh mar jadikan panduan di masa mendatang..

salam syg slalu dr mar..
terry bogart said…
saya sokong pendapat madam...
coz saya pun plan agar my wife will be fulltime housewife....

~still belum kawin lg...
urdun awwalan said…
salam, tislam atas artikel ini dan yang lain. Saya rasa selesa dengan gaya penulisan dan isi yang diketengahkan. Semoga ustazah melahirkan rantai2 pejuang dalam meneruskan dakwah Islam. Anthony Brandts pernah sebut “Other things may change us, but we start and end with family”. Slmt
ummubalqis said…
salam k.ina
1st time bc tulisan akk terus terpaut. pd sy jln yg akk pilih tu btl. sy juga seorg guru. melihat kelakuan pelajr membuatkan sy takut apa akn jd pd ank sy nnti wpun ank br 7 bulan. mungkin suatu hari nnti sy juga kn ikut jejak lgkah akk. izinkn sy link blog akk ye
Kak Ummi said…
Aslkm Ina.
Kak Ummi baru balik dari Bukit Gantang dan baru sempat buka blog Ina.Ya Allah..rindunya nak baca tulisan Ina. Terimakasih dik atas tulisan yang padat dengan peringatan.
D'Rimba,

Memang betul apa yang dikata. Insya Allah ada luang masa, Kak Ina akan berkongsi pengalaman anak-anak bersekolah di UK berbanding ketika di Malaysia. Ada 'lompong' yang perlu diperbaiki, sebagaimana kata D'Rimba di atas.
nisha said…
Tahniah, atas keputusan dik ina. Kak juga suatu ketika dulu membuat keputusan kerana anak dan ingin mendalami ilmu Islam. Kak rasakan ketika itu pasti bakal melahirkan anak-anak soleh dan solehah dan kak sendiri pasti mendapat kekuatan iman yang kuat dan tabah. Tetapi tak semua yang kita sangka dan duga benar akan terjadi. Bertambah dekat dengan Allah bertambah besar lagi dugaannya. Itulah yang kak rasakan sekarang ni sehingga terlahirnya blog ibumithali.com. Jalannya bukanlah mudah, pelbagai dugaan, cabaran, ranjau dan duri terpaksa di tempuhi. Ya! mungkin itulah caranya Allah ingin mendidik kak menjadi lebih baik dan baik. Pada kak tunggulah anak-anak meningkat remaja nanti, masa tu tahulah susah atau senang menjadi ibu. Tapi tak taulah setiap orang akan di uji dengan pelbagai cara. Mungkin inilah bahagian kak. Semoga kita semua para ibu, akan tabah dan terus beristiqomah dalam mendidik anak-anak kita. Amin, amin ya Robbil alamin.
Aisyah said…
Salam,
Tahniah kepada UmmuHusna... Bagi saya, tidak pernah saya memandang rendah kepada wanita pengurus rumahtangga malah saya sangat kagumi jika mereka bijak berdikari dan membawa diri dalam masyarakat.
Kepada Kak Nisha dan ibu2 lain yang diuji Allah dengan anak2, bersabarlah dan yakinlah hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.
haneen's Dr mommy said…
salam ummu husna,
baru pertama kali membaca blog puan n baru pertama kali juga rasa tergerak hati utk membuat komen di alam blog ini.
saya baru 5bln menjadi seorg ibu, berkerjaya.ada impian utk menjadi ibu rmh sepenuh masa, kpd anak.apatah lg ibu sy juga seorg suri rmh, yg mengambil pndekatan spt puan.memandangkan kerjaya skrg menuntut keperluan ummah, saya sering meminta kpdNya spy dipermudahkan urusan dlm menjadi seorg ibu..
Salam, Haneen.

Alhamdulillah, bgus niat tu. Kak Ina doakan semoga dipermudahkan Allah segala urusan ye.

Tahniah juga bakal bergelar ibu.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA