18 March 2009

MEMAKSA DIRI UNTUK BERJAYA


Entah seru dari mana..hari ini seusai memasak untuk keluarga tercinta, tangan terus mencapai keyboard.Sementelah si kecilku masih tidur dapatlah aku melakar sesuatu..menulis tentang apa jua untuk manfaat diri dan agama pastinya. SYUKUR....akhirnya kekuatan ini datang juga..mengorak langkah pertama..menarikan jemari untuk mula ber'kata' .

Bukan sekali dua, tetapi telah sering kali 'teman sejati' meniup semangat diri :

' tulis lah sesuatu...keluarkan bakat yang ada..paksa diri lakukannya...orang yang malas mencabar diri, akan sentiasa di takuk lama, tidak ke mana..'

dan banyak lagi. Terima kasih abang..kata-katamu sentiasa bermain di ingatan..dan hasilnya hari ini, aku akan mula melakar sesuatu.Dan ini permulaannya.

Semoga ada faedah buat diri yang menulis, ada manfaat bagi yang membaca. Selebihnya, hanya Allah yang akan menilai.

Yang pasti, aku menulis bukan kerana nama, tapi kerana Cinta Nya..mencari dan terus mencari..Cinta Ilahi.

Jumpa lagi, Insya Allah




12.45 pm

18 Mac 2009

21 Rabi'ulawal 1430 Hijriah

11 comments:

zaharuddin said...

salam habibati,

tahniah atas kelahiran blog ini.

Teruskan berkarya, jangan dipaksa menulis sesuatu yg tidak diminati.

Tulis apa yang diminati tetapi berperancangan agar kandungannya tahun depan boleh dibukukan.

Abuhusna
www.zaharuddin.net

Princess Beauty said...

Cantiknya blog ummi!!

Ummu Husna said...

Salam, abang.

Terima kasih. Terus mendokong dan membantu As dalam hidup ini.

Semoga terus di bawah Rahmat kasih sayang Nya.

Kak Long,
Blog Kak Long Kak Ngah lagi come lote..
Teruskan menulis yang baik-baik ye.

Sayang semua.

zul said...

Salam. Teruskan usaha murni ini. izinkan saya menyeduk beberapa isi sekiranya sesuai dengan tajuk yang ditulis dalam blog saya.
Alfateh.

najiha said...

salam alayk,
harap masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniahdengan kelahiran blog ini.
moga saya juga beroleh manfaat daripadanya.

-najiha-

Ummu Husna said...

Salam, Zul.

Alhamdulillah dan terima kasih. Boleh silakan.

Najiha,

Terima kasih juga buat Najiha atas sokongan.

Semoga kita bersama beroleh manfaat, amin.

Min said...

salam kak ina...

tahniah atas kelahiran blog baru yang Insya Allah akan sentiasa menjadi panduan Min dalam melayari hidup di bumi Allah ini dan juga demi mencari redhaNya...

ilmu2share said...

salam..
tahniah dan jazakillah..
syukur kpd allah..dgn izinNya jari-jemari akak melakar karya yang mantop..trus jatuh hati ini untuk trus mengikuti perkembangan blog akak..supaya ruhani saya sentiasa ada santapan..moga ilmu2 yang akak kongsi, insyaAllah akan saya jadikn bekalan utk hari2 saya..saya juga akan cuba paksa diri ini menurut langkah akak..andainya ini adalah wasilah dakwah yg dapat bantu umat kta sekarang...doakn kejayaan kta bersama...

puterinurzahra said...

salam ummi..saya nak copy n paste mane2 artikel menarik dalam ni boleh tak ummi..

nak letak dalam blog saya :)

Ummu Husna said...

Ws, Zahra.

Boleh, silakan. Semoga ada manfaat untuk semua.

puterinurzahra said...

syukran ummi