BIAR LAMBAT, ASAL BENAR !

Hati bimbang sedikit melihat perkembangan bacaan al Quran anak kedua saya. Di kalangan rakan-rakan seusianya, malahan ada yang lebih muda, telah pun mula membaca al-Quran juzuk pertama, Surah al Baqarah. Namun, Kak Ngah, panggilan manjanya masih berada di tahap Iqra' 3. Sementara anak sulung saya, Kak Long, telah berada pada juzuk ketiga. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebayanya, anak sulung saya ini juga agak ketinggalan pencapaian bacaan al Qurannya.

" Ummi, sikit lagi nak masuk Iqra' 4 ", wajah Kak Ngah nampak ceria tatkala mengira baki lembaran Iqra' 3. Saya hanya mengangguk mengiakan.

" Kak Ngah perlu lebih rajin dan tekun, baru cepat habis ", saya menambah memberi sokongan berbaur harapan.
Sepanjang mengajar anak-anak mengaji al Quran di rumah, saya mengambil sikap ' selagi belum lancar, selagi itu tidak boleh beralih bacaan'. Bagi saya belajar membaca al Quran merupakan perjalanan yang panjang. Bekalnya adalah kesabaran dan istiqamah sama ada kepada orang yang belajar mahu pun individu pengajar. Tidak perlu tergesa-gesa beralih bacaan jika yang sedang dibaca masih belum fasih dan lancar.Mungkin yang demikian, menyebabkan 'kelewatan' pencapaian anak-anak saya membaca kitab suci tersebut. Saya melakukan itu semata-mata demi memastikan mereka telah benar-benar bersedia membaca kalam Allah secara tartil dan tidak tersekat-sekat.

**********************************

Pengalaman mengajar beberapa ketika anak-anak lain membaca al Quran ,bagaimanapun memutik gusar yang bukan sedikit di jiwa saya. Ini kerana ada di kalangan mereka yang masih belum 'bersedia' berada pada tahap membaca al Quran. Sewajarnya, anak-anak ini dilatih lagi membaca Iqra' sehingga fasih. Banyak kesalahan panjang pendek berlaku juga kesilapan menyebut huruf-huruf tertentu akibat keliru. Namun demikian, mereka akan beralih juga membaca muka surat seterusnya pada keesokan hari.

Saya maklum keadaan anak-anak, mereka akan cepat bosan bila melakukan perkara yang sama. Dan saya sangat mengerti, mungkin ibu bapa mengharap dengan beralih bacaan selembar-demi selembar setiap hari akan menambah semangat anak-anak ini untuk mengkhatamkan bacaan al Quran.

Akan tetapi, ada persoalan lain yang mungkin terlepas pandang ibu dan bapa dalam menilai pencapaian al Quran anak-anak ini. Hadis junjungan Rasulullah saw yang bermaksud mengingatkan kita:

“Berapa ramai orang yang membaca al-Quran tetapi dilaknat oleh al Quran itu sendiri ”.

Ulama mentafsirkan perkataan 'dilaknat' yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah kerana dua sebab iaitu membacanya dengan tidak bertajwid, panjang pendek yang tidak dipatuhi dan keduanya membaca al-Quran tetapi tidak mematuhi isi kandungannya. Justeru, usaha untuk memperbetulkan bacaan anak-anak di usia muda mereka, mudah-mudahan akan melahirkan generasi yang elok bacaan.
Memang benar, setelah khatam, bacaan boleh diulang-ulang sehingga kelancaran diperolehi, namun siapa dapat menjangka apa akan berlaku di hari mendatang. Lebih-lebih lagi berada di perantauan ini. Di sini tiada rancangan bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji, juga kurang guru-guru al Quran untuk dihantar anak-anak mengaji bersama mereka. Lantas, ketika masa bersama anak-anak terbuka luas; ibu bapa wajar mengambil peluang memantau pencapaian bacaan al Quran anak-anak lebih kerap. Jemu mereka mengulang ayat yang sama, selitkan cerita, peristiwa dan apa jua peringatan di sebalik kalam-kalam Allah itu. Bosan mereka dengan surah yang berkali-kali diulang, tontonkan mereka bacaan kanak-kanak lain yang telah fasih membaca ( kemudahan internet wajar dimanfaatkan, di samping cd dan bahan-bahan media lain). Moga-moga menjadi motivasi dan dorongan.
Sabda Baginda saw lagi yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )
Semoga Allah membantu. Allahumma irhamna bil Quran....
Mencari dan terus mencari cinta ilahi.
Jumpa lagi, Insya Allah
29 Rabi'ulawwal 1430
25 Mac 2009

Comments

Nurul Husna said…
Salam Ummi,

Ummi tulis semuanya sangat menarik dan sangat
bermanfaat.
Ws, kak long,

Terima kasih. Semoga menjadi dorongan dan semangat untuk Ummi menulis lagi...baru bertatih.

Banyak kurangnya, tetapi mudaha-mudahan ada manfaat walau sedikit.
UnGu VioLet said…
salam kak.. mar datang singgah nie.. waaa, bestla.. lepas nie, tiap2 harila mar datang melawat ke sini.. sekurang2nye, terubatla rindu mar pada akak sekeluarga..

akak, rajin2 update yer.. :)
Ws, Mar.

Syukran dik kerana sudi ziarah blog tak seberapa ni. Kita bertukar-tukar link ye, mudah-mudahan ada yang boleh dikongsi dan dimanfaat bersama.

Insya Allah ada kelapangan Kak Ina up date.
Salam Kak Ina,

Tahniah atas "kelahiran" web baru ini.

Semoga menjadi panduan hidup muslimah.

Salam dari Selangor,
Shaza
Ws, Shaza.

Terima kasih :)Sama-sama belajar.
Salam

Tahniah! semoga sama-sama kita mendapat manfaat dari blog puan ini dan tentulah akan merapatkan ukhuwah antara kita Insya'Allah, sunggupun tidak kenal dan tinggal berjauhan namun dengan kebesaran Allah swt yang menciptakan 'dunia maya'/virtual world ini, kita menajdi sangat hampir dan dapat bercakap hati ke hati dengan lebih mesra.. moga kita akan dikumpulkan bersama kumpulan yang dicintai Allah di padang mahsyar kelak..moga cinta Allah bersemi di hati-hati kita..harapan saya agar karya puan akan menyumbang untuk saya setia 'bercinta' yang hakiki kepada-Nya..
doakanlah saya dan keluarga akan menjadi hamba-hamba-Nya yang Dia cintai..


Salam ukhuwah dari saya..

Aishah
Sabah, Malaysia
Assalamualaikum. Semoga beroleh kebaikan dari segala usaha untuk kebaikan walaupun sedikit. Semoga kita bertemu cintaNya!
Ws, Kak Aisyah.

Terima kasih atas ziarah. Insya Allah sama-sama kita berdoa.Saya nak ziarah 'rumah' maya akak, boleh ye ?

Semoga ukhuwwah berpanjangan.
Wa'alaikumussalam, traveler,

Maaf, tak dapat trace nama. Terima kasih atas doa.

Salam ukhuwwah.
opps..Janah ye namanya.

Salam kembali :)
MizWaR_SuLHaFaT said…
Salam.. kebetulan buka blog ni.. Saya ada copy entry ni di dalam blog saya.. Mohon izin ya..

Jazakillah..
Myzwar,

Ws, sila. Semoga sama-sama beroleh manfaatnya.
Min said…
betul kan kak ina, risau dengan anak-anak zaman sekarang. kat sekolah min kat malaysia pun sama. soh baca Fatihah dalam kelas bole la hafal. tu pun puas nak kena betulkan makhrajnya. suruh je baca al-quran, hmmm tergagap2 tak reti. 12 tahun dah tu. risau melihatnya...
Tak Mengapa Min. Yang penting kita sendiri tak putus asa. Selagi mampu, kita lakukan sedaya mungkin, InsyaAllah.
Unknown said…
Puan, saya sgt bersetuju dgn pandgan puan. Saya lihat ramai ibu bapa yg berbangga kerana anak mereka telah beberapa kali khatam alquran, tapi amatlah menyedihkan bila mendengar bacaan anak-anak ini dengan makhraj huruf yg tidak betul, apatah lagi tajwid, wakaf dan sebagainya. Lihat saja lah wakil2 sekolah mahupun daerah dalam acara tilawah al quran, banyak bacaan yg tidak betul. Ini anak-anak yg terpilih, bagaimana pula dgn yg lain? Biarlah anak kita lambat khatam asalkan ayat-ayat yg dh dibaca itu betul maknanya dan alquran tidak mengutuk kita pula. Wassalam.
ummi nazihah said…
salam k.ina, nak tanya pendapat berkenaan dengan kaedah mengajar A-Quran ni. Saya dulu diajar kaedah baghdadi oleh ibu dan saya terbiasa dengan kaedah itu. tapi anak sulung saya umur 4 tahun saya guna kaedah Iqra'. saya rasa kurang selesa dengan kaedah iqra' tapi saya teruskan juga mengajar anak dengan kaedah ini. Sekarang dia berada di iqra' 2. adakah saya perlu teruskan atau tukar method.

Popular posts from this blog

JANGAN HILANGKAN.....

Pernahku... ( Sempena 8030 hari mengasihimu )

YANG PERTAMA DAN KEDUA